Pasar Malam

Bila kat rumah, aku avoid keluar. Pertama, aku tak suka Selangor dan KL. Kedua aku memang suka jadi kera sumbang di rumah. Ketiga aku tak tahu kenapa aku tak suka keluar rumah walaupun sekadar buang sampah dalam tong sampah besar dekat LUAR RUMAH.

Tapi kakak aku balik dan aku rasa nak makan makanan pasar malam. Mungkin aku rindukan USM. Serius aku rela masak makanan yang tak sedap, yelah sebab aku yang masak dari aku keluar dan lepak kedai. Sungguh bukan aku.

Aku takut dua benda. Ulat dan petir. Selangor sedang hujan lebat, dan petir buat aku meniarap dalam selimut sambil sembamkan muka dan peluk teddy bear loyie sampai sesak nafas.

Serius aku takut petir. Hilang cool aku.

Pasar malam.
Penuh dengan manusia. Menarik perhatian aku untuk melihat setiap satu dan sekaligus menghadiahkan traffic jam dalam otak.

Friends masa sekolah agama buat-buat tak kenal aku atau memang tak kenal aku. Mungkin aku makin pendek, atau makin gemuk, atau makin kiut atau makin banyak jerawat atau makin comel, tak tahulah. Mungkin sebab itu diorang ignore aku. Mungkinlah.

Ada budak kecil dalam dukungan bapa dia depan aku. Sepanjang jalan, dia tengok aku dan aku mengagah dia. Sesekali dia ketawa. Naif. Innocent. Setiap kali aku agah, dua batang gigi bawah yang kecil menghiasi tawa. Kau pernah dengar ketawa bayi? Aku tak tahu apa yang kau rasa, tapi pada aku, jauh dalam hati aku tersentuh. Satu bunyi yang suci.

Aku tahu kau tak tahu. Abaikan.

Ada ayah berpakaian pejabat yang lengkap. Neck tie masih terikat kemas dengan dua anak kiri kanan memegang erat. Mereka ke gerai yang sama dengan aku sambil bertanyakan anak dia mahu makan apa. Walaupun aku dalam bidang kesihatan aku tetap ke pasar malam, aku tahu bukan semua makanan dijual di situ menyihatkan dan bukan semua memudaratkan. Tanya hati yang jarang memberikan jawapan benar. AKu manusia juga bukan?  Aku membuat konklusi sendiri bila anak lelaki menunjukkan ke arah gerai burger dan mereka mendekati.

Mungkin tak sempat masak. Mungkin bercerai. Mungkin sesekali burger. Mungkin itu mungkin ini. Anak aku nanti begitukah? Mak ayah aku tidak begitu.

Memang. Aku curi-curi makan aiskrim dulu. Aku sorok makan cikedish/jajan. Rumah aku tak pernah masak maggie dan aku tak pernah kenal maggie sampai aku masuk asrama. Tingkatan satu. Aku ajar kakak dan adik aku masak maggie. Kitorang sorok-sorok pula beli maggie.

Bukan tak boleh makan aiskrim, exception aku asthma, ayah aku ada hari benarkan kitorang makan aiskrim. Kalau dia beli, dia beli aiskrim mahal dan beli kon asing. Makanlah nak makan sangat. Tapi still bawah pengawasan dia. Aku asthma, ingat itu.

Sebab aku degil, tengah malam aku bangun dan sorok-sorok makan.

Baru aku faham bila dah besar. AKu sendiri tahu bila boleh makan, berapa banyak dan bila kena berhenti makan. Bila aku besar, aku faham kenapa ayah marah sangat makan maggie walaupun kadang-kadang aku makan tapi sangat jarang. Itupun tak habis. Bila aku besar, baru aku faham kenapa cikedish/jajan ayah aku pantang tengok sekalipun hanya dapat hadiah.

Kadang-kadang, masa adalah perkara yang paling sesuai untuk memberi jawapan.

Pewarna. Kanser. Sakit. Perisa. Tumor. Derita. Pengawet. Barah. Duit. Masa depan. Mati.

Aku faham kenapa sekarang.

Masih pasar malam.
Manusia ramai dan pelbagai.

Kecualikan gender, etnik, pekerjaan, fizikal, warna kulit, genetik, rupa paras dan sewaktu dengannya, kita semua sama. Manusia. Bila elemen diatas dimasukkan, maka berbezalah kita.

Kelainan dalam persamaan.
Persamaan dalam kelainan.

“Dik, tiga ringgit,”

Jarang kita menghargai persamaan itu, kan?

“Dik, tiga ringgit,”

Kita lebih suka menitikberatkan perbezaan.

“Dik?”

People love to compete rather than complete.

“Adik? Tiga ringgit,”
“Aah? Aa.. Ehem. Yap. Nah, terima kasih,”

Aku perlu tidur barangkali.

Advertisements

~ oleh INFINITY di Mei 14, 2009.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: