[Ini Entry Khas] Takziah, Ibn Shaukani

Aku ingat nak cerita perihal charger laptop aku yang terputus dua dan aku berterima kasih pada tikus. Charger yang terkerat itu telah buat aku kumpul kain, campak kain dalm mesin basuh, letak dynamo, tekan button on, normal, wash bla..bla.. jemur kain, lipat kain, masak nasi, keluarkan ikan tapi tak masak sebab mak aku bila balik sekolah yang masakkan, buang sampah, lap kabinet dapur, siram pokok bunga, bagi ikan dalam kolam makan, sapu bilik, dapur, ruang tamu dan halaman dengan muka masam dan stressnya.

Bahana tak dapat online walhal aku online bukan buat apa pun selain menaip-naip. Yelah, bukan boleh masak nasi atas laptop pun kan.

Fuh! Gila banyak kerja aku. Itupun aku buat-buat terlupa gosok baju ayah aku yang mak pesan sebelum dia pergi sekolah.

Ada ciri-ciri boleh buat bakal bini tak? Hahahaha.
Sila abaikan statement gila itu.

Aku rasa malas nak update kisah hospitalized walaupun setiap kali sebelum tidur aku terkenang. Aku kan mudah bosan. Dan kisah UMAR untuk Rakan Masjid. Adoyai, maaflah Azahiri. Will be sooner. Trust me. I have idea that not smoothly flow to be written. Oh!

Macam biasa sebelum aku menaip, aku buat exercise berjalan-jalan ke blog orang.

Tersenyap bila sampai ke blog dia.

Ada seorang lelaki kaya tengah memandu kereta mewah dia di sebuah lebuhraya. Lelaki berjaya, lelaki bussinesman. Masa adalah wang, detik adalah duit.

Tiba-tiba telefon berdering lalu dia memberhentikan kereta di tepi jalan sebelum menjawab telefon. Punat ‘yes’ di tekan dan dia membuka pintu untuk menjawab di luar. Elok dia melangkah kaki, seorang lelaki tua berbasikal laju melanggar pintu kereta dan seterusnya dia. Telefon bimbit di tangan terpelanting ke tengah jalan dan serta merta dilanggar lori besar.

Berkecai.

“Buta ke??!”
“Pak cik tak sengaja,”
“Tahu tak aku tengah bercakap dengan siapa? AKu baru nak dapat tender tahu tak??! Sebab kau lah ni. Siapa nak ganti handphone aku??!”

Tunduk dan diam.

“Kalau macam tu kecewanya kamu, kita undurlah balik masa,”

Cerita bermula semula.

Ada seorang lelaki kaya tengah memandu kereta mewah dia di sebuah lebuhraya. Lelaki berjaya, lelaki bussinesman. Masa adalah wang, detik adalah duit.

Tiba-tiba telefon berdering lalu dia memberhentikan kereta di tepi jalan sebelum menjawab telefon. Punat ‘yes’ di tekan dan dia membuka pintu untuk menjawab di luar.

Ya, dia sedang berusaha mendapatkan tender jutaan ringgit. Sambil leka dia berborak, dia tidak sedar dia sedikit demi sedikit ke tengah jalan.

Bum!!!!!

Sebuah lori besar telah menghentam seorang bussinesman berjaya yang leka menjawab telefon hingga ke tengah jalan.
Berita ini dilaporkan oleh seorang lelaki tua berbasikal yang melalui lebuhraya tersebut secara tidak sengaja.

Huda/aku/saya bercerita perihal hikmah.

Antara handphone dan nyawa. Kadangkala kita berdukacita tentang perkara yang kalau kita tahu perkara itu hanyalah sekadar gantian kepada perkara yang lebih dahsyat, kita mesti bersyukur kan?

So, dear Ibn Shaukani.
Be strong. It’s OK to lose something. You, me, we might never know what is actually hidden behind.

If I’m in your shoe, I don’t know what will I do, feel. As for me, I’m girl.. I just can easily crying to express feeling. It goes differently to guys which I’ve never understand why it seems so weird for guys to cry. Its such a gender bias, isn’t?

Maybe you, the outsiders can explain to me the differences?

Be tough then!

Aku terfikir kemudiannya. Apalah sangat charger laptop aku yang digigit tikus yang dah pun dibaiki ayah aku kalau nak dibandingkan dengan kehilangan begini.

Advertisements

~ oleh INFINITY di Mei 12, 2009.

2 Respons to “[Ini Entry Khas] Takziah, Ibn Shaukani”

  1. huda, thanx a lot..x perlu la kot smpai entri khas..hehe..

    relaxla bro. Benda besar tu…=) Setakat ni dah ada dua entry khas. Hehehe
    BTW, Takziah T_T

  2. kisah handphone dgn nyawa tu aku rasakan cukup berguna lah.
    aku selalu percaya apa yg jadi tu apa ada hal nak fikirkan ttg situasi “kalau tak terjadi”..atau “kalau-kalau jadi lain’..

    just take it and follow the flow…learn and no regrets!

    yes ur right! Believe in HIM that knows everything.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: