Babi. Penting?

“Senyaplah, angah nak dengar berita,”

Sedikit sebanyak, anak perempuan boleh meniru perangai ayahnya dan ya, itu aku. Bila dengar berita jangan ada suara. Tolong. Aku perlukan konsentrasi.

Terima kasih kepada ayah kerana mahu membantu aku menyiapkan model telinga demi tesis itu. Syukran jazilan. Cuma sekarang hanya dua kebimbangan. Aku malas atau aku penat bila pulang dari klinik.

Yuhuu!!! Clinical attachment akan bermula dan aku ditempatkan di Hospital Serdang. Wah! Walaupun akan berlalu dengan penat dan erm, ala biasalah kalau dicondemnkan?

Dan mungkin bertemu bakal doktor? Hurm.. Ini bunyi menggatal. Hehehe.

Dengar berita. Angkat pinggan lepas makan dan ayah di dapur sambil aku mengomel sendiri.

“Banyak lagi makanan lain, duk nak juga makan babi yang tak berkhasiat tu. Apalah yang penting dengan babi tu yang duk cari sangat,”
“Siapa kata babi tak penting?”
“Err…”
“Allah jadikan semuanya ada kepentingan sendiri. Babi pun sama. Ada kepentingan dia sendiri,”
“Apa penting dia?”
“Kita tak tahu agaknya dalam hutan ada tumbuhan yang binatang lain tak makan, babi yang makan. Babi kena makan untuk melengkapi kitaran alam supaya normal. Agaknya kalau dia tak makan, tumbuhan tu akan merencatkan ekosistem yang lain. Allah tak jadikan benda sia-sia. Macam lalat, siapa nak lupusan najis tu kalau dia tak ada? Lalat penting tak?”
“Penting,”
“Sama juga dengan babi,”
“Tapi tu babi dalam hutan, ni babi yang kat luar ni?”
“Asal dia dalam huta juga, manusia yang bawa keluar,”

Ya! Allah tak jadikan benda sia-sia.

Warded.

Esok pulang ke Kelantan semula dengan ayah. Mak sekolah. Adik sekolah jua. Kakak? Dengan pesakit-pesakitnya. Maka hanya aku dan ayah ke sana. Demi arthoscopy. Oh!

“Ika, mu pinjamlah white coat budak medik mana-mana,”
“Bakpo?”
“Budak medik boleh masuk wad sesuka hati selama mana diorang nak. Aku takut tak ada kawan,”
“Aku datangnya,”
“Datang tau. Kita tengok movie ke. Mu bawaklah laptop,”

Aku tak suka tiada kawan. Tolong melawat aku. 4 Utara. Wah, ada rayuan di situ.

Advertisements

~ oleh INFINITY di Mei 1, 2009.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: