Ambil Hidung Dia

Lama tak dengar radio.

Sebab pertama, earphone yang dibeli kali kedua rosak. Paling sakit hati, earphone aku mesti rosak sebelah. Aku pantang dengar menggunakan sebelah earphone, aku tak masuk dunia satu lagi. Dalam erti kata lain, aku masih in the middle of dunia realiti dan dunia fantasi, radio.

Iya, mood aku berubah seiring dengan lagu. Jadi, jangan pelik jika kau panggil aku, aku dalam khayalan. Tapi bukan macam drug addicted. Dan jangan pelik kalau aku memandang langit dengan pandangan jauh. Aku sedang berfikir dan fikiran itu makin mendalam. Ala, macam filem ada muzik latar. Lebih thrill dan lebih memenuhi dan lebih terkesan.

Ok, itu subjektif.

Dan sebab kedua aku tak suka dengar earphone sebelah, aku rasa sesuatu. Corpus Collasum, atau jambatan otak (erk! Tapi realiti it’s brain bridge, jambatan otaklah kan?) tak membahagi impulse dengan sempurna, mudahnya, aku rasa otak aku tak seimbang bila satu muzik harmoni hanya datang dari satu telinga. Serius.

Earphone rosak maka aku banyak membunuh sampai mati sesuatu bernama masa, (Azizi, you’re right. Kalau buang masa, kita boleh kutip. Buang boleh diselesaikan dengan kutip atau ambil balik. Tapi tidak untuk masa. Oh! I’m thinking too much too deep).

Aku habiskan masa menonton House, cerita medikal dan sains instead of dengar radio atau lagu macam selalu.

Maka kamus perubatan, Netter dan kamus dwibahasa teman paling setia atas meja selain secawan kopi, roti dan aksesori lain.

Hari ini, pagi ini, aku dengar radio. Mp3 besar semut dan headphone besar gajah. Kombinasi tak sepatutnya tapi berkesan. Dunia aku menjadi satu semula. Dunia khayalan. Dunia fantasi. Dunia irama dan lagu.

Mata terkebil-kebil. Situasi gelap. Tarik cormforter menutupi hambir 90 peratus tubuh. Selebihnya, kepala yang mempunyai hidung utuk proses respirasi. Asthmatic person need clean air. My nose shouldn’t be covered though air is not really clean.

Dunia berputar ke belakang. Mengingati peristiwa sungguh menyakitkan. Ngilu. Mengenang kembali satu demi satu demi satu sungguh memeritkan. Walaupun kisah gembira, tetap menyakitkan.

Ngilu.

Aku tak tahu perkataan sesuai untuk menggambarkan keadaan tapi perasaan itu tidak selesa dan menyakitkan.

Menyakitkan macam ketika aku tingkatan enam dan munginap di rumah yang aku sewa biliknya. Anak saudara tuan rumah berusia dalam lingkungan 3 tahun selalu datang rumah setiap weekend. Aku sangat suka layan budak jadi kedatangan dia ketika hujung minggu memang sesuatu yang dinanti.

Satu hari dia datang awal dan aku tengah tidur. Dia masuk bilik dan berdiri depan aku terkelip-kelip. Macamlah aku tahu dia terkelip-kelip. Dah nama pun aku tidur.

Tak, aku tahu bila dia pegang tangan aku dan panggil nama aku dan aku terbangun nampak dia tersengih-sengih sambil terkebil-kebil. Perkara pertama dalam hati, “Kenapa datang sekarang, kakak mengantuk,”

Tapi dalam hati tidak sampai realiti cuma kalau aku zahirkan, aku rasa dia faham. 3 tahun sudah cukup untuk memahami.

Bermain.

“Cantiklah hidung Anis, kakak nak boleh,”
Geleng kepala. Kemudian angguk. Maka aku melakonkan dengan menyentuh hidung dia dan meraup muka aku.

Tiba-tiba dia menjerit dan menangis,

“Hidung Anis!!!! Kakak ambil hidung Anis!”

Oh. Satu hal nak memujuk dan melakonkan semula adegan memulangkan hidung. Mana dia nak percaya sebab hidung aku masih ditempatnya. Hidung aku adalah hidung aku. Dalam erti kata lain aku tak pulangkan pun hidung dia walaupun dia sedang bernafas.

Terpaksalah aku suruh dia pejam mata dulu dan dukung pergi cermin dan raupkan muka dia.

“Ok, buka mata. Kakak dah pulangkan,”

Buka mata. Sambil teresak-esak sentuh hidung dia.

“Hidung Anis……….”

Sengih semula.

Aduhai budak. Kan aku dah kata, mengingati peristiwa menyakitkan! Tak sakit lagi teringatkan frekuensi tinggi dia jerit dekat aku sebab hidung dia aku ambil?

Cuma aku perasan sesuatu yang selalu aku tahu. Budak sangat innocent, naif dan suci.

Dia tetap sambung bermain dengan pencuri hidung dia!

Advertisements

~ oleh INFINITY di April 25, 2009.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: