Aku dan Antaranya

Aku suka berjalan berjalan dekat jalan berbumbung sebab ada dua beranak ni. Sebenarnya aku sangat pelik, mana Lela? Yang seekor lagi warna putih bersih tapi sakit mata. Dah lama aku tak nampak. Hanya ada dua kemungkinan, satu orang ambil sebab sangat comel. Kalau ini yang berlaku, oh, sungguhlah kejam memisahkan ibu dan anak. Satu lagi yang mungkin berlaku, dia mati. Ada sekali hujan lebat, dan ada dua orang budak tunjuk pada longkang kat sebelah yang berarus laju. Aku tak sedap hati. Jatuh longkangkah?

“Kenapa dik?”
“Tak dok gapo,”

Tak ada apa? Budak-budak, biarlah. Tapi aku mula pelik tak ada apa-apa itu setelah aku tak lagi jumpa sekecil putih ini. Lela.

Aku jalan ke kelas dan aku nampak dua beranak ini yang terbongkang. Kerja dia terbongkang je. Hehehehe. Sangat comel kan ibu dan anak ini?

Kasih ibu. Hehehehe.

Aku exam final 12 ni. Kerana lecturer aku hanya ada satu sahaja dan dia terpaksa cover untuk semua students, sangat kesian pada dia jua kagum dengan semangatnya, kelas aku tergendala dan bersambung ke study week. Tak mengapa dan tak apalah sebab belajar mana pernah mudah.

Dan kerana tidak pernah mudah, maka banyaklah dugaannya. Dugaan paling aku tak suka, mengantuk. AKu hanya ada dua prinsip dari sekolah dulu bila mengantuk. Hanya dua. Pertama, aku keluar kelas dan pergi tidur. Dari aku dengar tak masuk dan terseksa tahan mengantuk, baik aku tidur. Cikgu pun tak sakit hati tengok aku tersengguk-sengguk. Oh, dek kerana perangai ini, aku selalu kena bantai sebab ponteng kelas. Hahahaha.

Dan satu lagi prinsip aku, buat sesuatu yang membuat aku lupa pada tahap kantuk. Sungguh aku anti dengan perasaan mengantuk dalam kelas. Tak selesa. Antara yang selalu aku buat, berlatih menulis dengan tangan kiri. AKu kena concentrate supaya aku shift pathway kantuk aku kepada tekun menulis. Ada negatif positif. Aku lupa mengantuk dan aku tak dengar lecture. Hahahaha.

Aku tak boleh buat dua kerja dalam satu masa. Serius.

Selain menulis dengan tangan kiri, aku suka melukis. Sangat suka. Sangat suka sampai kalau aku mengantuk atau bosan, aku akan conteng nota aku dengan muka orang. Aku pun pelik dengan satu perkara, kalau aku melukis muka orang, to be exact kartun, air muka kartun itu pasti mengikut perasaan aku. Kalau aku marah, aku tak boleh melukis dan biarkan lukisan aku jadi tersenyum. Begitulah sebaliknya. Walau aku cuba, sudahnya pasti cacat.

Dan aku tak suka melukis potret. Tak. Aku suka. Bila perasaan tu datang. Kalau aku nak berlatih melukis potret, aku tak akan gunakan orang yang aku sayang. Takut muka orang tak jadi muka orang. Hehehe. Kecuali. Kecuali kalau mood melukis datang dan aku mahu hadiahkan potret itu. Dan ya! Masa itu potret insyallah muka orang yang aku nak lukis.

Oh, melencong. Masa sekolah aku selalu conteng muka tengah dan belakang buku dengan macam-macam jenis muka.

“Syahidatul Huda,”
“Iya?”
“Dengar sini kelas, ada sorang kawan kita ni nak jadi pelukis. Homework dia penuh muka orang.. bla.. bla,”

Sengih-sengih pergi depan. Sambil menyumpah sendiri kenapalah aku conteng buku yang kononnyalah menyesal. Memang kalau dah tabiat. Oh, tu kira bagus aku hantar homework. Selalu aku pekasamkan homework. Hihihi.

“Lain kali conteng buku lagi ye,”

Hahahha. Baik cikgu! Memang aku teruskan hobi menconteng.

Semalam aku review nota-nota lecture. 70 peratus berconteng yang bukan contengan ilmu. Faham sendirilah.  Ini menyebabkan aku sangat risau bila lecturer nak tengok nota aku kalau dia nak bincang sesuatu.  Siapa suruh duduk depan? Nasiblah kalau nota kena mintak. Sebab tak suka? Sebab kat bawah nilah. Hehehehe.


Zoom in


Zoom out. Hehehe. -_-“


Ini adalah antara lukisan kesayangan aku. Hohoho. Gila jiwang ayat kalau kau baca. Kalau nampaklah. Harap tak nampak. Takyahlah struggle la nak baca. Tak macho aku jadinya.

Mari study!!

Advertisements

~ oleh INFINITY di April 9, 2009.

3 Respons to “Aku dan Antaranya”

  1. wawawa..pndai lukis!! lukis ain bleyh?? ngeh3..
    oppss..dah bace dah ape yg khud tulis kt potret tu..wahh..kagum2..

    gilalah! nampak ke?

  2. wah, pandai nya melukis!

    erk! macam tu pandai eh? hehehhe

  3. huda sangat pandai melukis! dan dah baca juga ayat jiwang huda. hehehe. mesti khat huda sangat cantik, kan? 😀

    erk! hahaha. Khat tak cantik pun. Tulis sikit-sikit bolehlah.. =)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: