Rasional

Oh. Merasionalkan pemikiran jauh lebih sukar dari merasionalkan tindakan. Jauh lebih payah. Jauh lebih mencabar. Jauh lebih sakit. Jauh lebih jauh dari KB ke Kuala Lumpur.

Tiada beza warna kulit atau rupa, yang ada hanyalah insan yang lemah.
Dengan satu tujuan, mencari keredhaan dan berbudi di bumi tuhan.

Berjalan bermusafirlah.

Tapi, jika dapat membahagikan otak antara rasional dan emosi, semuanya akan menjadi mudah. Sangat mudah. Sesiapapun boleh marah. Semua orang pun boleh terkecil hati. Setiap satunya juga boleh ketawa, berduka, suka dan gembira. Sejauh mana rasional dalam menghadapi segala macam perasaan anugerah tuhan itu?

Ya, aku sedang merasionalkan diri. Merasionalkan pemikiran samalah seperti melakukan pekerjaan dalam imaginasi tanpa sempadan. Infiniti.

Seperti semalam. Hari ini aku ada CA (Continuous Assesments/ Selanjar). AKu bukan buku oriented, jauh sekali last minute study oriented. Oh, dari pagi sudahnya sampai petang hati tidak tenteram. Saat aku perlukan seseorang untuk menenangkan bercerita dan faham.

Rasionalnya?
Ingin bercerita pada kawan? Mereka juga menghadapi perkara yang sama. Rasional. mereka juga harus membaca.
Mak ayah? Oh tidak boleh. Yang menangisnya aku. Yang risau tanpa sudahnya, orang tua aku. Rasionalnya. Tidak.
Kakak? Perkara yang sama pasti berlaku. Akan berlaku. Tidak.
Kawan-kawan selainnya? Entah. Aku tahu mereka mungkin memahami. Mungkin tidak. Lebih kepada tidak.

Samalah macam bercinta. Hidup sekali dan bersama dari selalu berjumpa, tidak serupa. Bila dah hidup bersama, baru faham baru mengerti baik buruk. Aku mahu sampaikan ini sebenarnya, kau mungkin akan mengambil berat, tapi mungkin kau tidak akan respon seiring dengan apa yang aku rasakan. Ingat, at the first place we are in different situation which may feel differently.

Sampai satu saat semalam, aku terasa mahu click pada satu nombor. Nombor. Nombor yang satu ketika dulu jika benda macam ni berlaku, aku rasa aku ada tempat yang rasional bercerita. Itu dulu. Satu ketika dululah. AKu genggam handphone dengan saku kadar waktu lama. Dan kemudian aku letakkan gadget dunia kini itu di tempat yang lain. Sudah tiada rasional jika mahu menghubungi dia.

Oh. Berfikir baik buruk selepasnya sangat memenatkan. Untuk apa perkara sekalipun. Mesti kau akan berkata, mengadulah pada tuhan.

Well, aku tidak menafikan. Tapi fitrahnya manusia, mahukan komunikasi dua hala.

Buat masa ini. Seperti selalu, aku sangat perlukan bahu.

Advertisements

~ oleh INFINITY di April 8, 2009.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: