Senyumlah

Antara benda yang paling menyejukkan hati apabila seseorang yang kita berusaha untuk buat dia tersenyum telah tersenyum.

Atau ada perkara yang bercanggah pendapat, namun kita masih berkeras kerana yakin dengan pendapat atau cadangan kita dan orang lain mengikut kerana terpaksa akhirnya tersenyum melihatkan hasilnya.

Atau kita sendiri berusaha tersenyum demi mengelakkan segalanya semakin buruk.

Atau apa sahaja. Tersenyumlah. Itu mendamaikan, mengasyikkan, melegakan. Meski hati tidak tersenyum sama.

Ya, ini bicara orang putus asa. Ini kata aku, maka aku sedang berdepan putus asa.

Jangan tanya aku kenapa sebab aku memang lagnsung tak tahu atas sebab apa dan mengapa. Aku hanya tahu hati aku dalam posisi yang sangat tidak selamat untuk bertenang. Oh, tak.. ada sesuatu dalah hati aku yang serba tak lengkap dan tak kena dan entah apa-apa yang membuatkannya ngilu. Ada sesuatu. Memang ada sesuatu cuma aku tak tahu. Apa itu.

Aku mahu senyum dari hati. Kebelakangan ini senyumnya hanya persepsi wajah dengan bantuan otot-otot untuk membiarkan mulut melebar dan menampakkan gigi berbraces dengan satu lengkung berbentuk mangkuk, senyuman.

Aku tidak tahu.

Tidak tahu.

Tidak.

Tahu.

Ada sesuatu. Sesuatu yang menganggu.

Dan, ya! Aku perlukan bahu.

Advertisements

~ oleh INFINITY di April 3, 2009.

Satu Respons to “Senyumlah”

  1. sakit tak pakai braces? hehe

    sakit gila. Nak makan untuk seminggu pertama masa pasang dulu memang tak boleh even bubur. Owh, Huda demam seminggu. Hihi. Dan first three days setiap kali tukar getah tu, juga tak boleh makan. Sangat seksa. Huhu!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: