Say Something

Latest updated.
Lerr.. baru aku tahu hari ni 17 Mac. Ingat 16. Esoklah aku 22… -_-”

*********************************************************************************************************

Arghhhhhhhh!

Stressful! OK, aku tak keruan.
Semalam, aku pergi appoinment ORL. Macam biasa, macam selalu. Macam sudah tahu aku semakin sihat. Ye, aku tipu. Hoho.

Middle ear efusion. Apakah? Silalah cari sendiri. Mild for sure. Repeat ocularnystagmography (ONG). Wah, dunia akan berpusing semula. Hihihii. Tak kisahlah, nanti nak kerja dalam lapangan ini juga. Dia nak jadi profesional berjaya, kena merasa apa yang pesakit rasa. Baru boleh appreciate setiap chief complain and in order to diagnose.

Konon pakar. Huuu.

Aku serabut. Serabut sangat. Dengan semua kawan di sekeliling, sekurang-kurangnya ada tempat bercerita meluah, menerima pandangan dan ya, bertenang! Terima kasih kawan!

Oh, mohon terima permintaan aku. Mohon. Jangan dipujuk lagi. Aku mohon. Walau sangat tak patut untuk berkata tidak mampu, tapi ya, itu alasannya. Mohon. Mohon. Mohon.

Selesai ORL, selesai bercerita dengan mereka yang baik hati, oh kamu, terima kasih! Aku tidur sampai 5.30 petang dekat musalla library. Tak nak balik bilik, walhal katil kat bilik tu lagi selesa. Oh, itulah aku. Time ada problem, rasa nak masuk hutan. Tipu, aku takut pacat. Jadi aku tak suka hutan basah. Aku tak mahu berada di tempat selalu. Percaya atau tidak, kalau aku serabut kat rumah, aku tak tidur dalam bilik tidur aku. Aku duduk dalam stor.

Sekarang stor tu dah jadi bilik tetamu yang mak ayah aku buat jadi bilik diorang sebab tak nak naik bilik tingkat atas. Jadi stor dah tak ada seiring dengan aku sudah berada di Kelantan. Tak kisahlah.

Aku mahu ke suatu tempat untuk tidur mengiring separuh bersujud. Serius, itulah posisi tidur paling tegar time serabut. Rasa macam seronok telangkup muka dan cakap-cakap dalam hati sampai tertidur. Gila cool. Trylah!

Pastu mulalah tengkuk macam nak patah. -_-“

Kalau tengok muka aku masa tidur gitu, macam orang kalah judi. Ayah pernah cakap ni masa aku terbalikkan badan waktu tertidur kat ruang tamu kes serabut sekolah dulu. Serabut kat sekolah, pastu balik memonteng seminggu. Buat tambah serabut. Gila dahsyat.

Balik sekolah, kena bantai. Hahaha. Nasib sekolah semua perempuan. Nasib tak kena buang sekolah juga. Aku dah selalu memonteng pun.

Ini entry bakal panjang. Baik janganlah baca.Owh, since umur aku akan berganda lusa. AKu rasa nak merapu banyak-banyak. Oh, ini cerita peribadi. Sila janganlah buang masa membaca ini. Tak masuk exam. Serius aku cakap, memang tak akan masuk exam. Hahahha.

Lusa genaplah juga blog aku berusia setahun. Aku mula menjadi blogger tahun kepas, 18 Mac. Terima kasih pada izzahsakinah yang mencadangkan ini.

Dulu, aku penulis diari yang sangat tegar. Dulu, aku serius suka tulis segala benda yang aku lalui setiap hari. tapi aku pantang baca semula. AKu tulis dan jarang aku selak helaian lain. Aku boleh dikatakan tak akan baca semula. Sedih ke, marah ke, geram ke, bengang ke, tak kisah. Cukup awal tahun, aku akan bakar atau buang diari tu dan mulakan diari baru. Antara bakar dan buang, selalu aku pilih buang.

Since aku tulis diari dari umur aku sekolah rendah, kalaulah aku simpan sangat logik untuk terbaca oleh orang lain kan. Jadi aku buang. Cara aku buang lagilah unik. Aku akan buang bila keluar pergi mana-mana. Aku hanya akan buang dalam tong sampah  bukan area rumah atau berdekatan dengan rumah atau area perumahan aku. Aku akan buang jauh sejauhnya.

Macam berharap jauhnya aku tinggalkan benda-benda kenangan. Wah, gila jiwang!

Dari umur aku tingkatan tiga, aku ada simpankan setiap tahun satu benda yang hanya akan dibuka bila umur aku 21. AKu ada tulis surat khas masa tingkatan 3, rekod suara dalam kaset masa tingkatan 4, diari macam novel masa tingkatan 5, dan beberapa barang lain yang hanya akan aku baca, buka, lihat bila aku berusia 21.

Sekarang aku dah nak masuk 22. Semua benda yang aku janji akan dengar, buka, baca, lihat ketika 21, aku tak buat pun. Ada lagi dalam kotak dan aku tak berniat untuk buka semula. Bahkan aku berniat untuk buang bila aku pulang nanti. Aku rasa aku tidak mahu tahu apa-apa langsung dengan segala macam benda aku dah buat itu.

Step forward and never backward. Look behind just to make sure I won’t fall in front.

Hidup aku sudah cukup bahagia sekarang. Kenapa aku perlu koyak rabakkan hati dengan membaca.

22 walau hanya satu nombor. Itu penegasan kepada usia aku yang makin bertambah. Peringatan pada kematian yang mendekati. Pelajaran untuk sepanjang 21 tahun yang dah dilalui. Pengajaran untuk setiap tahun-tahun yang insyallah bakal mendatang.

AKu sangat tak suka hari lahir. Zaman kanak-kanak aku bukan zaman yang seronok secara total. Aku tak ada benda untuk digembirakan. In fact, aku avoid untuk bercerita tentang itu.

Aku tak suka usia aku bertambah. Sebab semua orang juga akan bertambah usianya. Perkara yang menyedihkan bila tahu usia aku dan kakak aku bukan lagi 6 tahun, atau darjah satu. Bila naik sekolah menengah, aku dan kakak aku tidak lagi berdekatan.

Sekarang kakak aku dah kerja. Esok lusa dia akan ada keluarga sendiri pula. Oh, serius aku rasa tak boleh nak terima usia dewasa.

Siapa lagi mahu dengar segala cerita aku secara detail???????!

Ni yang buat aku nak tidur merengkok lagi ni.

Macam mana susah pun, life’s go on. It’s not reach its end yet.

Ada satu hari aku rasa sangatlah bodoh. Oh, aku memang berdengki dengan adik aku dulu. Sebab dia lahir 6 tahun selelpas aku, aku dah tak dapat tiyle ‘adik’ tu. Sangatlah bodoh. Paling aku nak ketawa sebab ketidakrasional aku masa tingkatan 3 ialah… gelak dulu. Satu family balik kampung sebab apa aku lupa. Aku hanya tunggu kat sini sebab aku duk asrama kat sini. Ayah kata dalam 3 pagi dia sampai, jadi aku tidur sampai ke siang tak sedar. Bila aku bangun pukul 5, aku nampak ada budak tinggi tidur sebelah aku. AKu ignore je mula.

Aku bangun tak puas hati. Adik aku? Aku tidur sebelah dia untuk membandingkan ketinggian aku dengan dia. Memang dia dah tinggi! Aku punyalah nak marah, maka bertambahlah kebencian aku.

Ek, enen. Tinggi je pun beza. Gila bodoh aku rasa sekarang bila ingat balik. Kesian adik aku. Masa aku 16 tahun, barulah aku dapat terima dia adik bongsu..er adik tunggal, dan aku panggil dia dengan panggilan ‘adik’. Hohoho. Kalau tak sampai kiamat pun aku tak panggil ‘adik’. Dahsyat.. dahsyat.

Setiap tahun pun aku ignore hari lahir aku. Kali ini aku rasa concern. Aku rasa aku dewasa sekarang walaupun aku jarang boleh berperangai macam orang dewasa apatah lagi bertindak macam orang dewasa.

Kalau sentiasa nak kena ada orang to rely on. Apa kes?

Mak ayah aku kahwin masa umur 22 tahun. Aku pun pelik, gila awal. Selalu dia ingatkan dia masa sebaya aku dah jadi dewasa dah. Dah bertindak macam orang besar. Aku 21 macam budak-budak lagi. Mak aku siap bincang dengan kakak aku lagi, since kakak aku kamcing dengan aku dia cerita semula. Jadi, tak adalah rahsianya. Hoho. Dengan pemarahnya, dengan lembiknya, dengan suka buat kerja tak peduli orangnya, dengan kuat menangisnya, dengan kasarnya, dengan sakitnya, dengan segala bagainya lagi… mak aku runsing nak lepas aku jauh-jauh.

Walaupun dah sejauh ini, mak aku tetap tak harapkan aku.

Agak-agak aku akan jadi mak macam mak aku tak? *geleng kepala* *sigh*

Silap haribulan, anak aku jadi mak pada aku. Hahahhaha.

Ada satu benda aku tabik dengan diri aku, kalau aku tulis mesti semua termuntah. Jadi, baik tak payahlah. Hii~

Aku dan 22.
Say something!

Advertisements

~ oleh INFINITY di Mac 17, 2009.

3 Respons to “Say Something”

  1. 22 tahun y lalu……
    (18/3/87=18 rajab 1407=rabu)
    hari ini…..
    18/3/09= rabu
    slamat hari lahir,my not sooo sweet sis!!!

    OO…ye ke? aku tak tahu besday aku dalam bulan islam berapa -_-” Dahsyat sungguh! Thanx ler bagitahu.. huhu

  2. oi. kau dah tua!

    Happy Birthday!!

    still comel!!!! hohoh. thanx ~

  3. heppy bestday. lov u. huhu

    arigator. huhuhu

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: