Umar [2]

Owh, mungkin aku akan postkan cerpen ini khas untuk rakanmasjid. Tengoklah macam mana. Nak harapkan ayat quran, hadis dan pengisian rohani, secara jujur aku tidak mampu.

Aku bukan baik sangat pun.

*********************************************************************

“Umar, kau demam lagi ke?”

Ketukan pintu bertalu-talu tidak di buka Umar. Azrul sangat faham satu sifat unik sahabatnya yang seorang ini. Dia takkan buka pintu saat dia sakit, selalunya demam.

Pernah juga Azrul bertanya, Umar hanya diam dan tersenyum. Biar pucat, Umar tetap tidak mahu Azrul bantu.

“Umar, ke kelas tak?”

Senyap.

“Umar????”

Masih senyap.

“Az, kau pergilah. AKu tak sihat,”

Perlahan namun jelas. Bila Umar berkata begitu, itu satu isyarat dia tidak mahu diambil tahu. Ya, Umar pelik. Azrul akui itu. Namun atas sebab mengapa, Azrul masih tidak tahu. Umar bukan perahsia orangnya. Lebih-lebih lagi kalau membincangkan ilmu agama. Setiap maghrib, pasti satu ayat ilmu paling tidak akan terkeluar dari bibir lelaki muda berkumis nipis ini.

Wajah cerahnya makin indah dengan disulami tenang.

Beberapa muslimat dan gadis-gadis universiti selalu melirik Umar tidak kira apa sedang Umar lakukan.

“Az, pandangan pertama tak mengapa. Dua kali sudah nafsu,’

Azrul tertunduk. Segan. Sudah namanya lelaki, dan Azrul lelaki. Itu jelas.

“Umar, mahu ke klinik?”
“Az, pergilah. AKu mahu rehat,”

Azrul menjatuhkan tangannya yang melekat pada pintu sejak dari ketukan pertama. Satu tarikan nafas panjang.

Kalau dulu Azrul seperti orang biasa, Azrul sekarang lebih mirip Umar.

“Woi Az, nak jadi malaikat sekarang eh?”

Ah, dunia.

“Aku pergi dulu. Panadol ada dalam peti. Assalmualaikum,”

Salam berjawab perlahan. Ada batuk. Azrul rasa Umar sakit. Pernah juga dia mengutarakan beberapa persoalan. Namun Umar menjawab dalam tawa.

“Kau ingat aku ada barah ke? Macam semua cerita novel. Watak merahsiakan penyakit tanda dia mulia? Hish, Az, mengarutlah kau,”

“Habis,”

“Aku memang tak suka kalau sakit ada orang. Aku memang pelik pun. Tak selesa bila ada orang. Alah, demam pening selsema batuik je pun,”

“Kenapa?”

“Semua manusia ada sifat tersendiri kan? AKu itulah salah satunya. Jangan risaulah, kalau aku ada barah, kau orang pertama aku cerita. AKu bukan watak dalam novel melayu,”

Mengekek Umar ketawa. Tawa itu berbunyi ikhlas. Seikhlas dan sejernih hati Umar.

Azrul lega.

Advertisements

~ oleh INFINITY di Mac 15, 2009.

4 Respons to “Umar [2]”

  1. anda di tag..sila datang ke page aku

    erk!

  2. salam.. nak berdakwah x semestinye tau ayat2 quran seberapa banyak pon.. benda tu dah memang jatuh atas bahu kita.. nabi kata sampaikanlah walau sepotong ayat. tu Al fatihah tu kan dah ke 7 ayat??? so sape kate huda x mampu??

    Yang paling penting ialah kita ada fikrah islamiyyah.. pemikiran kita mengikut islam agar suasana islam leh kembali seperti dulu.. kalau dulu org kaya, petani bla2 ada fikrah islam.. dan ni kita kena kembalikan skang..

    Sometimes, don’t you think that we have to know and really understand our limitation?
    Itu yang Huda fikirkan.
    Nak menyampaikan sesuatu, kena ada evidence. Dan evidence terbaik adalah ayat-ayat Allah dan nabinya, which in the first place, Huda tak tahu banyak.
    That’s my limitation.
    =)

  3. cabang dakwah ni banyak.. ada dakwah Bil-hal, bil-kitab, bil-lisan, bil-hubbi dan mcm2 lagi lah.. xleh berdalil at least berdakwah melalui tingkah laku..

    ada org tanya xkan Allah utk manusia je? macam mana kalau ade alien? maklumlah galaksi ni luas. kalau takde alien pon, mcm mana ngan pokok2, binatang dan bla2.. sape tuhan mereka

    dan kerana itu ade orang masuk islam sebab satu ayat je.. ayat yang kita sentiasa hafal dan ulang iaitu drpd surah al fatihah. bukan kesemua ayat al fatihah tapi SATU AYAT SAHAJA..
    “Alhamdulillah hiRabbil a’lamin” yg membawa maksud segala puji bagi Tuhan SEKALIAN ALAM..

    =)
    Tak tahu nak kata apa dah, cuma, ya, kita berbeza. (“,)
    Syukran jazilan ‘ala kulli hal ya Naim. =)

  4. I like the name of Umar 🙂

    me too =)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: