Umar

“Biarlah dia,”
“Kenapa nak biarkan?”
“Umar, perempuan tu dah terlebih had. Kau nak diamkan lagi?”

Azrul memandang sahabat baiknya. Atas dunia ni, Umar pada Azrul terlalu baik. Jarang dia nampak Azrul merah kemarahan. Umar putih, bukan pucat. Umar punya wajah ingin dipandang bukan sekali.  Meski suasana tegang, Umar tetap tenang. Tenang tak bermaksud Umar diam. Jika silap, Umar tetap membangkang. Tapi cara Umar dengan bertegas, dalam lembut.

Ah, Umar. Dia Umar. Dia bukan Azrul. Kerana dia Umar, jarang ada orang mampu berbicara lebih bila hitam sudah Umar tetapkan.

*****************************************************************************************************

“Makan?”
“Diet,”
“Diet?”
“Aah diet, kenapa?”
“Badan tak adalah ceramping mana, tapi tak adalah gedempol pun. Tak faham akulah,”
“Tak payah faham,”

Aliya memandang dalam wajah Hannah. Degil. Kepala batu. Susah di ajar. Entah apalah dalam kepala otak perempuan nan seorang ni. Pun begitu, dia masih kawan. Dan Hannah, dia masih boleh didampingi. Hannah, bernas dalam tutur kata. Hannah, jelas berbicara yang benar-benar sahaja. Hannah, senyumannya mudah terukir, namun serius lebih banyak dari senyumnya.

Hannah dan bongkak, sinonim. Dia punya pendirian sendiri dan itu jelas. Bukan semua sukakan Hannah, tapi belum semua bencikan dia.

Ah, Hannah dia unik seperti singa.

p/s: Ini bukan kisah cinta. Mungkin. Tapi mungkin tidak. Ini kisah hidup. Ingat itu. Huhuhu~
p/s: Dua nama ni, Hannah dan Umar (dan Adam), nama aku sangat suka. Hiks.
p/s: Jangan bertanya perihal Tsunami Hati. Aku tak tahu nak mula macam mana semula. Muahahaha.

Advertisements

~ oleh INFINITY di Mac 13, 2009.

3 Respons to “Umar”

  1. Umar ialah nama adik aku yg ke-7.

    OK. Aku minat adik ko.. muahahha

  2. hahaha..hannah?? cirinye same cam hannah kat sini la..garang n ngader2..hik3..

    hakhak..=p

  3. Best pulak entri kali ni..

    hehehe. mungkin tidak.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: