Nampak Sangat

Tadi teman Azah menghantar roomate ku yang pulang ke rumahnya. Aku dan Azah ke airportlah. Awal-awal sudah pesan pada Azah bawa Yaya, adiknya yang kecil itu. Hohoho. Kalau tengok untukmu Palestin punya movie, si kecil itulah aku gunakan. Huu~

Kemudian jalan berjalanlah. Disebabkan gigi besi inilah Yaya agak musykil mahu berada dalam dukungan aku. Tapi, kerana kuasa magis yang aku ada, mahu juga dia. Huhuhu. Ya, aku mempengaruhinya dengan kucing dan segala bagai bunyi-bunyian binatang.

Sila take note bagi bukan penggemar kanak-kanak dan mahu mula menyukai mereka. Mereka sangat suka bicara yang berintonasi dan mimik mukayang pelbagai dan, bunyian binatang. Ala, bertatih memasuki fasa mahu tahu segalanya. Standardlah budak. Kau pun begitu dulu.

Susah pakai gigi besi ni. Budak nampak aku macam alien! Kacau!

Aku dukung dan berjalan-jalan. Dan aku nampak bayi dalam 2 bulan dalam dukungan orang lain. Macam biasa, sah-sahlah aku akan merapati macam magnet, selatan bertemu utara. Hii~

Aku gunakan Yaya kali ini. Memang mula-mula dia duk beriya sebut ‘baby’ berulangkali. Ini satu bonus untuk aku pergi sentuh pipi baby perempuan mata bulat sangat comel itu. Hahahahahaha. Gilalah. Baby memang comel. Sekali lagi, macam aku. Hee!

Dialog basa-basi.

“Lelaki perempuan?”
“Perempuan,”
“Ala, cutenya. Berapa bulan ni?”
“2 bulan,”
“Owh.. anak ke?”
“Tak lah cucu,”
“Ish mudanya dah ada cucu,”

Gelak dan gelak.

“Yaya, ni baby. Nak pegang,”
*Buat muka*

“Hai tadi beria nak pegang,”
“Ni nak balik juga ke?”
“Taklah, hantar kawan,”

Sambil tunjuk pada wanita berdiri di sebelah. Perempuan yang mendukung bayi comel itu memandang aku yang tengah dukung Yaya yang dah mula tarik pergi tempat lain.

“Anak ke?”

Erk!

“Eh, tak adalah. Saya belajar lagilah. Ni adik kawan,”
“La ye ke?! Ingat anak, muka sama,”

Gilalah! Nampak sangat muka aku dah tua.
Aduhai…..

p/s: Esok, siapa mahu teman aku pergi pasar malam…? isk..isk.. Tak nak lintas jalan soraaaaaaang!

Advertisements

~ oleh INFINITY di Mac 6, 2009.

4 Respons to “Nampak Sangat”

  1. hahaha…sesungguhnye budak sungguh comey!!!!!!

    macam saya. hahahah

  2. akak pn suka baby gak..hilang serabut bl tgk mereka..innocentnye 🙂

    betul..betul!

  3. erkk..iyer!! comey cam khud!!
    kalo khud senyum, memang baby face..hihihi

    Hai. Nganying ko? hehhehe

  4. Ala, tua muda ape kes? xda hal lah..

    erk! apsal aku tak paham eh? heheheh

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: