MRI. Lagi?

Sebelum aku cakap apa-apa,  jangan bertanya apa-apa mengenainya. Serius aku susah hati.

Assalamualaikum Dr. Rosdan.
Better minggu depanlah kalau macam tu.

Dr. Rosdan,
1. Is that normal to feel all the time our own heart beating? Saya mula sangsi kenapa saya sangat aware dengan setiap degupan jantung saya. Sometimes, it seems that I have to fight to concentrate lecture otherwise my heart beating will trouble me. It’s annoying.

2. Saya baru mendengar tinnitus semula. Sekarang. Pulsatile. Right ear. The rhythm same to heart beating. Only the rhythm, bunyi tak adalah saya rasa macam bunyi heart beating. Almost 5 seconds, 4 times, it’s loud. Yang ni saya yakin saya dengar, bukan rasa.

Is there any excuses? Such time sebab sekarang dah lewat sangat? Food allergies yang saya tak tahu? Atau apa sahaja?

Saya dah mula takut.
Dr. Rosdan, tolong saya.

Huda

Aku ambil masa beberapa minit tenung keyboard library ni. Dan beberapa minit untuk ayat seterusnya. Dari aku menaip dekat library sampailah aku dekat bilik. Internet library buat hal.

Oh tuhan..

“Ada dua pilihan, buat MRI atau bedah,”

Aku tahu Dr. maksudkan bedah tu arthroscopic. AKu ada baca tentang itu. 3 tebukan lubang kecil pada lutut untuk lihat jika ada meniscus. Dan kalau ada, masa tu juga tisu akan di repair.

“Doktor, saya dah tak nak buat MRI lagi. Kalau boleh saya dah tak nak, dah fobia,”
“Pastu nak bedah?”

Aku pandang muka doktor bersongkok depan aku. Aku pun dah tak tahu nak kata apa. Kalau boleh semua aku tak nak. Tapi aku tak ada pilihan untuk keduanya. AKu ada pilihan, meneruskan treatment atau sakit selama hidup aku. Dan bersedialah untuk semakin teruk hari demi hari.

“Doktor, kalau buat MRI, expected result?”
“Lateral menicus tear,”

Angguk.

Kelas biostatistik berbaki 25 minit. Dengan emosi aku yang tak berapa keruan aku mencari tempat. Memang, aku mengaku aku menangis.

Library. Mencari sebanyak mungkin cerita perihal lateral meniscus. Dan braces untuk MRI. Mulanya aku refuse nak buat sebab bila doktor tanya doktor gigi, katanya braces tak boleh. Itu yang buat aku semakin dahsyat tak nak. Tapi sepanjang pembacaan aku, braces tak apa. Tak apa dalam dua keadaan. Satu knee dan gigi jauh tempatnya. Dan, kehadiran dental braces tak merosakkan kualiti imej. Ini untuk kes akulah.

Tarik nafas lega.

Beberapa minit lagi. Terberhenti. Jarang begini.

Aku serabut. Sangat serabut. Sangat sangat sangat. Orang lain dengar lecture, aku buang masa menunggu. Do i have any choices? In any way. No, I dont! Aku rasa nak bercerita, tapi aku tak tahu kepada siapa. Aku tak tahu! Aku rasa setiap kali aku bercerita mesti seolah-olah aku ada sorokkan sesuatu. Sudahnya tak sampai apa aku nak bagitahu.

Membebel di sini. AKu rasa lebih lega. Aku rasa ada orang mendengar aku bercerita. Walaupun bukanlah komunikasi dua hala. Tak mengapa. AKu hanya ingin bercerita. Mungkin aku rasa ada orang, mungkin Wandai, atau Nana, atau siapa sahaja yang aku kenal atau tidak. AKu tak peduli. AKu hanya ingin memberitahu!

“Dr, tolong saya,”

Memang aku berniat untuk jumpa Dr. Rosdan. Memandangkan dia sibuk, aku lupakan aja. Lagipun memang aku ada appoinment secara rasmi minggu hadapan. Tapi serius kali ni memang aku nak jumpa dia. Aku dah tak keruan.

Petang. Presentation. ORL. Pintu bilik Dr. Rosdan terbuka, indikasi dia ada.

“Saya baru response emel awak. Saya pun musykil. Amitriptyline tu akan kurangkan tinnitus dan kurangkan stress at the same time. Sepatutnya tak terukkan asthma awak sebab ubat tu ada antiasthamatic attack. Bila awak cakap awak mula palpitation, certain drugs boleh menyebabkan kondisi ni. Setiap manusia berbeza, mungkin awak tak boleh,”

“Psychological problem?”
“That one should be the last choice. Mungkin psycosomatic problem. Tapi saya tak rasa Huda macam tu. Personaliti Huda type apa?”
“Let us take O for B and 100 percent is A, mine is 52. In the middle. Due to the result, it suppose to be really good. Bila saya stress I’ve my own way to manage it. Yes, that’s true Dr. Rosdan. Saya setuju, saya mengaku, saya selalu dulukan negatif. Because I believe that bila berfikir buruk dulu, the outcomes akan jadi positive,”

Angguk.

“Huda ada kawan yang boleh bercerita?”
“Ada,”
“Kawan ada banyak. Kita ada ramai kawan. Kawan yang betul-betul boleh bercerita. Macam kat sini, awak boleh bercerita dengan saya. Lecturer ni macam pengganti mak ayah,”

Aku gigit bibir. Satu cara nak elak menangis. Tapi kalau aku tak tahan, aku tak tahu kenapa aku selalu minta izin untuk menangis.

“Maaf doktor, saya akan menangis dalam masa beberapa saat,”

Dr. Rosdan keluarkan tisu. Dia terkejut barangkali aku memang ambil sehelai.

“Bukan sesuatu yang seronok dapat tahu mungkin tumor, atau hypertension atau TB atau apa sahaja penyakit. Saya faham bahkan sangat faham kalau saya terpaksa menunggu doktor. Tapi Dr. Rosdan, memikirkan orang lain tengah dengar lecture dan saya di sini, saya risau. Doktor, saya tahu diri saya. Masa paling banyak saya belajar, bila dengar lecture. Sebab tu saya banyak bertanya. Saya bukan manusia jenis boleh membaca. Saya jenis orang yang study group which I seek for this group that I’ve never get. Saya tak boleh paksa orang ikut saya walaupun banyak perkara saya dah sakitkan orang. Saya demand doktor. Tolong saya doktor,”

“It’s good that you know yourself. Saya terkejut juga Huda menangis. Mesti ada sesuatu sebab saya rasa Huda bukan jenis yang menangis.  Huda nak jumpa kaunselor ke?”

“Saya serabut. Satu lagi, saya tak percayakan kaunselor. Maaf cakap doktor, saya nak dengar nasihat saya pilih orang untuk lakukan. Macam, saya nak makan ubat. Doktor Rosdan, secara jujur saya bagitahu, saya susah nak complete makan ubat. Walaupun mak ayah saya yang suruh. For the first time I really obey masa untuk makan ubat oleh seorang doktor . Doktor letaklah Fadzilah Kamsah sekalipun, saya dengar tapi belum tentu saya pakai. Kecuali, kalau Prof. Din atau doktor Rosdan sendiri atau beberapa orang yang mungkin bukan terkenal, itu lebih bermakna pada saya. Saya tahu ini nampak ego atau sombong, tapi itulah saya,”

“Satu kaunselor ni saya rasa bagus. Dia bagus. Iyalah, memang stress. Dengan study, kena jumpa doktor, emosi tak stabil. Saya faham,”

Dari aku nak tanya pasal tinnitus akhirnya sampailah kepada antara dialog diatas. Dan menangis. Walau aku rasa sangat bodoh, tapi aku lega. Itu lebih bermakna.

“Tapi Huda, itu kita letak belakang sekali. Sebagai doktor, psychological problems kita letak last sekali. Cuma sekarang saya risau asthma awak, kenapa tak ok,”

“Doktor, saya tak kisah asthma tu. Saya boleh je study dengan asthma. Saya dah biasa,”
“Awak study dengan bunyi whistle?”

Angguk.

Dialog tu sebahagian dan aku tak berapa ingat sequence mana dulu. Terima kasih pada Dr. Rosdan kerana mendengar. Asalnya nak cakap benda lain, panjang sudah.

“Maaf doktor. Dah panjang lebar dah saya ambil masa doktor,”

“Tak apa. Kita mungkin boleh rule out masalah psychosomatic, tapi tu last. It’s good to hear all this. At least we may have a bit informations for psychology problems,”

Aku berjalan ke kelas. Ya, aku kena present yang aku langsung tak bersedia. Hanya rely on benda yang aku baca satu ketika dulu untuk devide kepada subtopik.

Masuk dan tanpa mood.

Semua berjalan biasa.

Dear Heart,
No matter how hard the path would be,
Stay strong, stay calm.
Please,
Please dear heart,
Please don’t have any regrets….

 

Advertisements

~ oleh INFINITY di Februari 16, 2009.

5 Respons to “MRI. Lagi?”

  1. sabar huda..biarpn aku tak tahu sangat, tapi tadi aku dah google search what tennitus n pulsatile tu. sabar ye..aku doakan yg terbaik..bersemangat kembali.

    amiiiin T_T. thanx =)

  2. Lateral menicus tear?..baru je google..sabar ye..

    insyallah =)

  3. sedih sangat bace entry nih..paham sangat2 camana perasaan akak sekarang nih..tapi apa yg boleh katakan, banyakkanlah SABAR..kalo kita sendiri tak tenangkan hati kita, sape lg..em..jgn biar emosi kawal diri ye, kak..think +ve..doakan akak sentiasa epi n sembuh..

    thanx..=)

  4. Huda, you’ve got really good doctors by your side. Alhamdulillah. Indeed, pain is a pleasant reminder from Allah to His slaves so that we can get back to Him. Dalam entry lepas (title:Kenapa?) huda cakap rasa jauh dari Dia, kan? I dont exactly know, but i feel like this is His calling to you. Apapun, syifakillah ya ukhti. Ana ud’u ilaiki insyaAllah. (sory kalau bahasa Arab lintang-pukang ye)

    Itulah, saya pun rasa macam tu. Saya tak tahu apa yang saya cari sebetulnya. Hida, thanx… =)

  5. kau tahu, aku takut bila org bercerita ttg penyakit.
    tapi, kau sabar la huda. kalau agak2 kau tak tahu nak luah pd siapa, kau ada aku. ingat tu.

    oh Nana, Thanx…. T_T

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: