Ya, Masih Bermula!

Manusia beratur penuh depan mesin transaksi Bank Islam. Tiga pelajar lelaki melompat-lompat ingin membuka air cond. Sekumpulan manusia kuning. Sekumpulan manusia biru. Beberapa manusia merah hati. Dua orang lelaki seluar jeans baju tahi cicak.

VanHouten dan bukan Cadburry. Lebih pahit. Aku suka. Hidup bukan selalunya manis. Nyata lebih sedap. Sedap tersurat dan tersirat.

Hari Kekasih?
Gila!
Bukan sebab aku tak ada kekasih. Sebab yang kau pun tahu.

Malas cakap.

Hari kahwin?
Aku kahwin minggu depan.
Aku tipu.

Tarik nafas. Pandang kiri.

Dua baju putih leka berbual. Lelaki dan perempuan. Mengekek ketawa. Buku dan pen. Wanita atas kerusi roda. Bayi besar lengan dalam kotak. Budak dengan mata berbalut, besar bola tenis. Berlari.

Langit biru. Angin nyaman. Padang hijau. Matahari ceria.

Jalan lambat. Zebra crossing. Kereta laju bertegas tidak berhenti. Gila! Kau pakai lesen apa? Berjalan. Pandang kiri lagi. Padang kosong. Hijau bertona. Gelap cerah. Mendung dan cahaya.

VanHouten bersaiz sederhana. Vanhouten menggemukkan. Tidak sedar. Kunyahan terakhir.

Ya, dunia bermula biasa!

 

Advertisements

~ oleh INFINITY di Februari 12, 2009.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: