Mentally Exhausted dan Nikah Awal

Come on!
There’s nothing to be worried that much, heart!

2 CAs done.
2 hopeless CAs!

Crap!
Tahniah kepada aku kerana sangat ‘rajin’!
Dan padan muka ke atas aku untuk segala kecarcamerbaan yang berlaku.
Oh, tahniah juga kerana merosakkan bahasa.

Tolonglah hati. Tolonglah kamu semoga tabah. Oh tolonglah, aku dah tak sanggup untuk segala macam appoinment lagi. Boleh tak kalau aku lupakan je? Boleh tak?

Aku mungkin ketawa. Aku mungkin nampak seronok. Aku mungkin kelihatan gembira dikelilingi doktor. Tapi, aku sangat tak selesa menunggu bila orang lain tengah belajar. Orang lain tengah dengar lecture. AKu? Oh!

Lutut cedera. Aku fikir setelah doktor selesaikan beberapa assesments yang pelik kerana aku langsung tidak merasa sakit, selesai. Selesai di mana doktor sudah boleh mendiagnos penyakit berdasarkan ketisaksakitan aku itu. Aku silap. Bila assesments aku tak sakit, maknanya ada faktor lain. Faktor lain yang perlu diambil kira.

Faktor yang dia menyebut MRI dan Scope (ke amenda entah).

MRI?
Aku tak nak dah. Tak nak. Tak nak. Tak nak. Duduk dalam terowong. 45 minit. Bunyi bising. Kaku. Lenguh. Takut. Bosan. Tak nak dah. Tak naaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaakk!!! Kalaulah ada orang teman, mungkin tak apa. Tapi tetap tak nak.

Aku rasa nak menangis merayu tak nak.

Scope?
Apakah?
Aku bertanyakan kepada beberapa rakan perubatan, masukkan kamera untuk cari masalah. Macam itulah secara ringkas. Aku tak nak berfikir secara sakit tapi ada cara lain dapat aku fikirkan? Kalau betul seperti kata doktor ada koyak dan perlu dijahit, akan bertongkatkah aku?

Aku tak kisah bertongkat tu. Serius! Aku tak kisah. Yang aku kisah, berapa ramai pula yang aku perlu minta tolong. Berapa ramai lagi yang akan susah kerana aku?

Aku tak kisah sympathy, weird or even cruel glances. Serius aku tak peduli! Macam masa aku jalan terhincut-hincut dulu. Macam aku tak stabil dulu. Aku. Tak. Peduli.

Yang aku peduli, pertolongan itu. Dan yang aku peduli, hati mak ayah aku yang risau. Oh!

Saat ni aku rasa aku nak makan aiskrim. Aku nak makan aiskrim yang ada sos coklat. Ada sesiapa nak belikan aku?

Mari kita tutup kisah buang masa ini. Penyakit adalah anugerah dan anugerah adalah sesuatu untuk digembirakan. Kan?

Aku tengah ratah milo. Milo ni sebelum kisah perang Palestin. Milo mak aku beli sekilo yang tinggal berapa gram je lagi. Huhuhu!

Nikah Awal.
Semalam.

Aku tak sangka pula moderator tu Dr. Rizal yang mengajar paediatrik aku sem lepas. Hahahah. Dia sangat comel. Aku, asal nama doktor USM, semua comel. -_-“

Mulanya aku memang berniat nak jadi pendengar. Tapi, lepas tu aku jadi camerawoman. Muahaha.

Sebenarnya tak ada istilah nikah awal kalau tengah belajar. Kecualilah masa tadika dan kau berkahwin. Yang ni ya, nikah awal. Hahaha. Perihal nikah juga ada hukum-hukumnya. Haram. Sunat. Wajib. Kalau nak tahu, aku rasa biarlah kau rujuk pada yang pakar. AKu bukan tak boleh terangkan. Aku err.., aku malas menaip secara formal.

Cuma aku mahu ketawa bila penceramah bertanya,

“Kamu dari golongan yang mana?”

Ada seorang bertempik kuat menyatakan wajib! Muahahaha! Agak-agak, memang dia wajib kahwin ke tak?

Mahu bernikah awal? Yup! Aku galakkan. Dari kau membuat maksiat, baiklah kau bernikah. Ye tak? Halal lagi. Tiada yang berdengki, iri hati. Oh, mungkin ada. Tapi kamu sudah sah, jadi? Mulut orang sampai bila pun tak mampu ditutup.

Tapi kalau si dia bukan milik kamu dan kau heret ke sana ke mari, jangan salahkan mereka bercerita itu ini. Zaman sekarang, secara realiti manusia sudah tidak peduli. Bila sudah kurang tidak peduli ini, maka semua orang bertindak bebas. Tanpa perlu takut orang lain akan bicara apa. Ingat! Bila ini berlaku dan semua manusia bebas melakukan silap tanpa takut mahupun bersalah.

Janji tuhan itu pasti!

Berpegang pada ini. Bila murka Allah mula menunjukkan wajah, tiada guna tangis sesal ketika itu. Kita semua bakal sama, melihat dan merasa setiap bencana, bala. Mahu?

Jangan tanya aku, atau jangan minta pendapat aku. Pastinya aku mahupun kamu, tidak mahu.

Zina semakin berleluasa. Sudah tidak ada malu. Segan mahupun silu. AKu lagi bimbang dan ragu-ragu, bila media massa terutamanya kotak terpapar gambar itu sering menayangkan pelbagai kisah yang menunjukkan zina itu, tidak apa.

Oh tolonglah! Kau tahu halal haram bukan?

Bebalik kepada tajuk asal. Nikah awal. Kalau kau sudah punya pasangan, kenalilah dia. Kenalilah juga personalitimu juga dia. Jangan kau tekan pada buruk yang dia ada, tapi peganglah pada keistimewaan baik hatinya. Kelak, insyallah, bahagia kekal rumah tanggamu. Biasalah, mana ada manusia sempurna. Biasa juga, kau atau dia menjadi manusia mulia ketika bercinta. Semuanya indah. Semuanya tampan. Semuanya kacak. Semuanya serba molek.

Hati bila dah suka.

Nikah awal ataupun lewat. Ingatlah tanggungjawabmu. Pegang kekal satu persatu. Ingat amanah terbeban di atas bahu. Ikatan nikah membawa maksud segala dosa pahala, baik buruk, elok dan teruk berada dalam tanggunganmu. Mampu atau tidak, engkau sudah berikrar janji. Mahu atau tidak, jalan ini kau pilih maka berusaha semampumu.

Carilah ilmu.
Bahagia akan bertambah selalu.

Hidup ini satu proses pembelajaran. Alam rumah tangga bermakna proses belajar bertambah. Dari satu kepada dua. Dari kau hanya memahami diri kamu, kepada kau juga wajib memahami diri dia. Dan keluarga dia. Dan anak-anak dari zuriatmu. Mereka manusia berbeza. Mereka punyai naluri tidak serupa. Mereka juga miliki persenoliti yang bukan seratus peratus kau turunkan yang bisa mudah kau fahami. Justeru amanahmu bertambah.

Jangan menidakkan. Ini sunah nabi. Anak itu rezeki. Itu janji DIA. Dan janji DIA sangat pasti.

Cuma aku belajar ini. Kalau kau mahu bernikah ketika masih dalam proses pembelajaran formal alam kampus ini, capai restu ibu bapamu. Aku sangat yakin, sampai satu saat, kau juga mahu anak-anakmu mendahulukan kamu dalam membuat keputusan bukan?

Dan ingat. Jika kedua orang tua kamu tidak merelakan, tidak bersetuju bahkan memberatkan hati membenarkan perkahwinan kamu. Positiflah. Aku belajar ini. Mungkin sebenarnya bukan jodoh kamu. Lalu Allah anugerah perantaraan menyampaikan bahawa masa kamu belum lagi sesuai melalui ibu ayah. Umi abi. Mama abah. Apapun panggilannya, hormati mereka.

Ingat juga ini. Manusia yang kau ingin nikahi, engkau akan menghabiskan insyallah keseluruhan hidup kamu bersama dia. Aku lebih suka kau terima buruk dia dari membesarkan baiknya. Bukan aku berdengki. Jauh sekali aku beriri hati. Bukan kerana aku tidak seperti kamu, sudah memiliki hati manusia berbeza jantina denganmu. Bukan. AKu tidak maksudkan itu.

Bila kau mengenali buruk dia dahulu, maka kau akan selesa selalu dengan baiknya.

Alah bisa tegal biasa. Tapi permulaan adalah satu langkah sukar. Langkah yang mahu atau tidak, pincang atau sempurna, kau kena berdikit faham. Dia dan kamu, sudah dibawah naungan ilahi, atas nama hubungan suami isteri, yang bakal kamu bina seawal alam kampus ini, jagailah. Bajailah. Siramilah.

AKu tidak percayakan percintaan sebelum ikatan halal ini dibina. Disitu tersembunyi kejujuran yang paling dusta. Dan di situ jugalah tersorok pembohongan yang paling jujur.

Nasihat aku juga. Jika masa kamu untuk berumah tangga  sudah tiba. Jangan dipayahkan. Permudahkanlah. Ini sunah nabi. Dan moga ramailah umat Muhammad bertambah dengan pernikahanmu.

Biarpun seperti awal, itu lebih bermakna dari kau mencipta dosa. Biarpun nampak tidak bersedia, tapi sampai bila? Bersedia itu satu bentuk subjektif, hanya manusia sendiri mengetahuinya. Hanya manusia sendiri mampu mengubahnya. Bernikahlah, jika benar kau menyukai dia. Bernikahlah, atas nama tuhan yang menciptamu. Bernikahlah, moga segala fitnah dapat kau elakkan.

Aku sentiasa mendoakan.

Advertisements

~ oleh INFINITY di Februari 8, 2009.

Satu Respons to “Mentally Exhausted dan Nikah Awal”

  1. em..kekadang kita merasa bosan dengan sume masalah yg menyusahkan orang lain..tapi, bila mereka berikan bantuan, maknanya mereka sayangkan kita..so, hargailah mereka…
    em..camtu lah ain rase..em..sabar eh??

    semoga. Thanx… =)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: