Nikah Awal

Oh, sebelum itu, terima kasih kepada sambungan internet yang bentak sembak. Ini bahasa Kelantan. Kalau tak tahu, tanya mereka yang tahu.

Banyak bertanya, tak sesat jalan. Biarpun kau bukan tengah mencari jalan, tapi banyaklah bertanya. Kalaulah kau faham peribahasa ini.

Ya. Aku marah dengan internet ini. Argh!

Silalah faham aku nak buat assignment. Walaupun aku nak update blog pada masa yang sama, aku tetap inginkan internet untuk tujuan ini. Oh, tolonglah faham!

Trend sekarang, promote acara-acara yang bakal berlaku dalam USM. Aku tak tahu kenapa sinaps aku nak menceritakan perihal acara sebegini tak sampai. Maksud aku, mempublisitikan acara dalam blog. Aku tak ada langkah ke arah itu. aku rasa pembaca blog aku bukan dalam kalangan pelajar USM. Jadi tak perlulah.

Mungkin atas alasan ini juga, internet sangat siput lalu nak upload gambar lambatnya macam anak siput baru lahir. Oh, lambat aku masih boleh terima. Tapi kalau sambungannya memang gagal, tak boleh dan tak pernah elok, logic tak kalau aku sumpah seranah?

Tapi, kali ni aku nak promote program esok. Err.. memandangkan telah pukul dua belas malam, maka bertukar kepada program hari ini.

Nikah Awal
7 Februari 2009
Dewan Nurani
8.30 malam

Itu forum esok. Tiba-tiba semua orang bercerita perihal ini. Tiba-tiba semua orang berceloteh tentang ini. Oh, ini adalah dialog terbaru yang terjadi yang aku sangat suka. Muahahah.

“Kak Hud mu nak nikah awal?”
“Nak,”
“Bakpo?”
“Kalau umur aku panjang, nanti aku larat nak main teng-teng dengan cucu aku,”

Hahaha. Boleh terima tak alasan tu?

“Pahtu mu nak kahwin ngan sape?”
“Aku nak kawen dengan orang yang nak kawen dengan aku la,”

Logikkan?

“Ada ke orang nak kahwin ngan mu?”
“Itulah, aku pun musykil,”

Hahahhaha!

“Mu nak kahwin dengan orang macam mana?’
“Orang yang sekolah agama dan duduk asrama,”
“Erk! Sekolah agama tu aku boleh terima. Tapi duduk asrama tu kenapa?”

Aku gelak-gelak.

“Nanti dia faham perasaan kelaparan. Dia juga faham perasaan rendam baju, berus baju, sabunkan baju, softlan kan baju, perah baju, sidai baju, angkat baju, kalau hujan basuh baju semula, lipat baju, almarikan baju-baju tu semua dan gosok baju bila nak pakai,”

Semuanya baju. Memang, aku tak gemar perkara perihal baju. Aku hanya suka pakai sahaja.

Tolonglah!

Sesiapa nak nikah awal dengan aku sila angkat tangan.

Ok, aku tahu jawapannya tidak.

Hikhik.

Advertisements

~ oleh INFINITY di Februari 7, 2009.

7 Respons to “Nikah Awal”

  1. nak angkat tangan pon, dah ada bini di tepi. Kalo dulu, bleh jer nak angkat tangan..hahaha

    Najwa, tengok lutfi ni!!!! Hahahhaha!

  2. khud..tak penah dengar pun bentak sembak tuh..erk..btol ke bahase klate..?? cam tak jer..

    erk…gune la broadband!! ain gune celcom broadband..p/s: PROMOTE2!!

    erm…ain pun nak nikah awal!! jemput eh dtg mkn nasi minyak 31 april nanti..muahaha

    ini betul ke tipu nih. Muahahhaa

  3. emmm… ye ke orang duk hostel tu buat suma benda yang berkaitan ngan baju? entah2 dia duk buli juniors suruh buat utk dia? ehehhee…

    kalaulah juniors boleh dibuli…hehe

  4. tak berani angkat tangan…
    takut nanti idup aku terseksa…hahahahhaa
    aku jadi katak je..duk diam2..pas tu kebil2 kan mata..

    hahahahhahaa

    cis!! muahahah! Nak sangat jadi katak tu -_-“

  5. nak nikah awal jugak..!!
    tapi xde calon laaa…
    huhu

    Jom cari! hehehe

  6. erk..btol nih..akak kena dtg umah tau!! set reminder tuh..kena jadI pengapit ain nih..nanti berjangkit kawin awaL..muahaha..ingat 31 APRIL!!

    hmm~ benarkah?

  7. Saya juga mau Mbak..

    Salam dari pemuda Indonesia, tepatnya di kota Bandung..

    Salam…

    terima kasih datang melawat sini =)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: