Kenapa Nak Jadi Doktor?

“Yelah, orang nak jadi doktor,”
“Bila pulak aku nak jadi doktor?”
“Ye la ber’patient’ bagai,”
“Dah orang datang jumpa aku tu pesakit, patientlah kan? Bahasa je yang bertukar. Macam kau nak jadi akauntan, kau panggil benda lain, client ke?”
“Ye la. Doktorlah tu,”
“Aku audiologis. Bakal audiologis. Bukan doktor. Bukan.  Bukan. Bukan,”
“Samalah tu,”
“Tak. Sebab audiologis lagi comel. Macam aku,”

Muahahahaha!
Aduahi -_-“

Sesiapa yang ingat aku doktor atau bakal doktor, sila ubah perspektif anda. Saya bukan doktor atau bakal doktor. Walaupun saya berada di USM Kubang Kerian yang terkenal dengan bidang perubatan, saya tetap bukan bakal doktor. Walaupun saya insyallah akan bekerja dalam kawasan hospital, saya juga bukan bakal doktor. Saya dalam bidang kesihatan. Ingat, kesihatan dan perubatan bukan sama. Macam ubat dan apam balik. Keduanya makanan tapi tidak serupa.

Jika saya insyallah bergraduasi kelak, depan nama saya takkan pernah menjadi Dr. Huda Mustaffar. Oh, mungkin saya akan mendapat title Dr, tapi tanpa titik di hujung. Itupun kalau saya berjaya ke PHD. Amiin.

Jadi saya bukan bakal doktor.

Erk! 

“Yang kau duk ingat aku nak jadi doktor ni kenapa?”
“Betul apa,”
“Apa yang betul?”
“Ye la doktor tu la,”
“Ya Allah. Aku audiologis to be. Bukan doktor,”
“Sama je lah. Hospital juga. Jumpa orang sakit juga,”

Huh!
Aku tak faham.
Lantak hanglah!

Kenapa nak jadi doktor?

Aku just terfikirkan ini semalam. Aku pernah berbual dengan rakan online tapi bukan persoalan ini. Cuma lebih ke arah ini. Oh, macam biasa aku appoinment semalam. Kali ini dengan Dr. Rosdan. Aku datang awal macam biasa. Kot. Tapi aku menjadi patient kedua terakhir dan aku menunggu lebih kurang 3 jam. Bila masuk bilik, sikit punya ramai medical student. Master dan ijazah. Pulak tu semua pakai baju membosankan, white coat. Hahahah. Tak guna pakai baju cantik-cantik kan? Bukan nampak pun. 

Ajaibnya aku tidak merungut dan aku tak kisah. Walhal aku amat pantang menunggu dan di tunggu. Kenapakah?

Berbalik pada persoalan ini. Aku secara jujur tak tahu kenapa kau nak jadi doktor tapi mari kita menjawab dengan sedikit perubahan soalan.

“Kenapa aku mahu kau jadi doktor?”

Sah-sahlah aku tak tak boleh jawab kenapa aku nak jadi doktor. Ingat, aku bukan bakal doktor.

“Huda tak kisah kan diorang observe huda,”
“Tak,”
” By the way students, ini Huda. Bakal audiologis, student sini juga,”

Aku senyum-senyum. Ada dua tiga muka aku kenal. Adeh.

“Huda kenal diorang? Tak gaduhkan?”

Senyum lagi.

“Tak,”

Dr. Rosdan. Antara doktor yang aku harap kau jadi seperti dia. Mungkin tidak pernah untuk sepenuhnya tapi sebahagiannya mungkin? Mengapakah.

Setiap kali dia membicarakan apa-apa, pasti ada dakwah tersembunyi di situ. Setiap kali itu juga, dia mesti tersenyum. Dia suka menerangkan sesuatu dia pastinya tidak kedekut ilmu. Mesra pesakit dan selesa juga. Rendah diri. Kalau aku tulis pun kau sebenarnya dah tahu.

“Saya ketawa pun boleh kena asthma. The main cause to have sudden attack,”
“Sebab tu Islam tak ajar ketawa banyak sangat kan?”

Hehehe.

“Lama tunggu? Dah makan?”
“Hari ni pelajar ramai sikit, Huda bolehkan?”
“Boleh saya nak tengok hidung sikit?”
“Huda, kita cuba selesai satu satu. Ada 4 masalah kat sini, tapi kita treat satu dulu. Perhaps, dengan treat yang ni, yang lain akan membantu juga,”
“Kita cuba ubat lain? Huda OK?”

Antara dialog yang sebenarnya kalau kau doktor, kau tak payah tanya pun. Kau doktor dan aku pesakit, pastinya kau lebih berhak untuk tidak perlu bertanya antara soalan diatas. Kau tahu perasaan itu bila ditanya begini?

Somehow words can let someone cormfortable enough though no actions, better than you just treat, rather than nothing.

Aku mahu kau jadi doktor. Di hospital yang memerlukan. Kau faham maksud aku? Memang sangat tidak cukup doktor di sini. Benda biasa kau mendaftar pukul 8 pagi tapi kau dirawat pukul 12.45 tengahari hanya untuk setengah jam. Mungkin lebih pendek mungkin lebih panjang. Depends.

Dan tidak pelik kalau kau dengar banyak rungutan. Sesiapapun akan merungut jika terlalu kerap begini. Tapi situasi tidak mengizinkan untuk berjalan lancar, berubah cepat. Kita tidak mampu untuk mengubah benda tak dapat dikawal sebegini. Tapi sekurang-kurangnya kita boleh memahamkan mereka tidak faham.

Seperti,

“Mak cik tunggu berjam-jam, pergi kafe banyak doktor duk lepak-lepak makan,”

Signifikasinya?
Ya, makcik itu tidak faham.

“Memang pun lama nak tunggu. Tapi itulah, sabar tu penting. Doktor tak cukup tangan juga tu. Nak-nak USM, doktorlah mengajar, doktorlah nak membedah, doktorlah nak check orang. Doktor kat hospital besar-besar ni memang banyak. Tapi lain-lain pandainya. Yang makcik tengok melepak tu doktor gigi kot. Tak pun doktor nak cek jantung orang. Agaknya pesakit dah habis rawat, dia makan sementara tu. Itupun agaknya dia kena cepat-cepat. Bila dah lain pandainya, dia tak boleh nak rawat orang suka-suka hati. Ambil contoh sekarang, saya nak jumpa doktor yang nak cek hidung saya, takkanlah doktor tulang yang nak rawat saya? Kalau dia boleh tengokkan, saya pun taknak. Mcam nak baiki paip air, kita cari tukang paip. Kita mesti tak nak bergantung pada tukang kebun. Kan makcik?”

Mengangguk.

“Betullah tu. Nak buat macam mana. Tunggu je lah,”
“Tak pe. Kita tunggu sama-sama,”

Lapar. Letih. Bosan. Marah. Benda sama. Jadi, dengan kau menjadi doktor yang memahami, kau berbicara manis, orang yang marah akan reda. Dan perkara pentingnya, orang tidak serik dan faham. Dan bila faham, dia akan menyampaikan kepada yang tidak faham juga. Nak rawat orang mentally dan physically, bukan kerja mudah tu. Tapi bukan terlalu payah untuk dibuat, bukan?

Kalau dulu bila aku kena tunggu doktor, aku lagi rela sumbatkan telinga dengan MP3, sekarang tidak lagi. Insyallah kekal. Aku akan cuba duduk dalam kalangan mereka yang menunggu. Berborak sama. Dan masa inilah kalau boleh diselitkan kenapa, mengapa.

Kenapa aku nak kau jadi doktor.
Aku harap kau meramaikan tenaga pakar yang sangat kurang dan insyallah, semuanya dapat rawatan sama rata.

Advertisements

~ oleh INFINITY di Februari 3, 2009.

7 Respons to “Kenapa Nak Jadi Doktor?”

  1. aku rasa mcm sakit gigi.
    kau ada kenal doktor gigi yg best?
    (hahaha..)

    Ada. Doktor master yang pasang besi kat gigi aku mula-mula. Gila handsome doh.. muahahahah!

  2. Yo..,
    kawan aku jadi Dr..tapi sian aku tengok
    tak abih2 lagi belajar..hahahahahha..

    belajar mana pernah habis..hehe

  3. hahaha…kena abih belajar..baru bleh enjoy..
    hahahahaha..mcm bbug tu…
    enjoy tetap enjoy..hehehe

    Hahaha. Belajar bukan sekadar formal sahaja. Well, belajar itu luas maknanya. Hiii~

  4. oh, kat mana ada dentist hensem tu?
    wawawawa….(teruja)

    kat tempat akulaa.. husm. Muahahaha

  5. huda, terima kasih untuk entri ini. sangat bermakna. 🙂

    sama-sama =)

  6. huda.aku bminat nk jad doktor…..tpi tcapai ke x.aku xtau…bgi tip2 blaja utk jadi dok

  7. Wuiyoo. Siapa KELIRU nih?? HHihihihi

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: