Vertigo, Orto, Ortho dan ORL

Semalam, ada appoinment di klinik vertigo dengan Dr. Zu. Biasalah, masalah imbalance yang tak selesai lagi. Cuma sekarang aku dah tak kisah, aku dah manage macam mana nak kawal imbalance aku supaya kurang possibility terjatuh. Nausea aku pun dah berkurang kecuali untuk beberapa keadaan. Oh, migrain aku juga makin kurang dan asthma juga. Asthma kurang? Macam pelik je nak state ayat tu.

Hahaha. Mulai semalam aku istiqamah nak pakai inhaler warna coklat tu setiap pagi. Terima kasih pada Dr. Rosdan kerana ayat-ayat berhikmah yang menyedarkan aku.

“Saya bukan nak takutkan awak, tapi asthma ni common kat HUSM penyebab kematian,”

Senyap. Senyum. Sengih. Aku tahu tu tapi mak aku kata aku degil. Aku tak rasa macam tu.

“Asthma ni boleh bawa mati. Mati memang ajal Allah bagi, kita tak tahu bila. Tapi kita kena usaha,”
“Saya rasa saya OK dapat asthma. Saya boleh manage insyallah. Saya dah biasa berjalan 6 pagi ke emergency. Tak ada apa insyallah,”
“Memanglah, tapi sampai bila? Saya tak doa awak mati, tapi realitinya begitu,”

Senyum lagi.

Baik pakai inhaler steroid dari makan prednisolone. (Macam ni kot ejanya) Steroid ni, penyebab darah tekanan darah aku pernah setinggi 160/100. Jalan macam orang mabuk. Musykil. Tengah jalan atas jalan raya ke, tengah naik bot. Tapi rasa dia serius tak best. Rasa macam bukan berjalan guna badan sendiri. Paling tak best, kena sorong masuk emergency.

Gila malu -_-”

Penyakit itu anugerah bukan?

Kembali pada vertigo semalam. Yes, aku macam dah normal. Aku rasa aku dah normal kecuali beberapa keadaan yang boleh dielakkan. Tapi kata Dr. Zu, dia tak berapa gembira dengan result aku. Maknanya aku still tak berapa OK lagi. Erk! Serius aku rasa aku OK. Aku ok.

Ulang VEMPs! Kan aku dah cakap normal. Hahaha. Kau tahu betapa bijaknya tubuh badan. 3 set VEMPs dulu kala, graf untuk saccule aku serius flat. Flat terus. Hari semlam, Bum!! Naik normal. Seronok seyh!

Rasa tak sabar nak berjalan normal.

Oh, lupa pada lutut aku yang jatuh sebab futsal yang disebabkan imbalancelah maka aku jatuh dan lutut aku terseliuh dan sampai ke hari ini aku menanggung sakit menyucuk-nyucuk terutamanya malam. Fuh! Gila panjang ayat. Serius lutut aku sengal. Buat rehab pun tak jadi apa. Sudahnya fisioterapis tu bosan tengok muka aku tak ada improvement agaknya. Hahaha. Aku tipu, aku yang malas nak buat rehab. Aku rasa hari-hari pun aku buat rehab dengan berjalan.

Kot.

Kata Dr. Zu juga, mungkin imbalance disebabkan any other causes. Kalau ikut pathologicalnya, aku normal sudah. Agaknya kaki aku tu menyebabkan tak stabil. Tapi memang aku tak sabar pergi jumpa pakar. Memang aku tak sanggup berpura-pura lagi berjalan sambil melupakan ngilu betul-betul pada patela kanan aku. Serius tak seronok.

Ada juga kemungkinan migrain. Dr. Zu kata juga, kalau patient ok tapi dia still rasa tak balance, dia hanta psikiatri dulu. Erk! Aku dah geleng-geleng kepala. AKu akui aku easily stress. Sangat mudah. Dan bila aku stress, semua orang boleh melihat dengan jelas.

Cuma satu je aku rasa cara aku boleh kurangkan stress. Kau tahu, aku dalam nak menenangkan diri pun stress. Double stress kat situ saja. Tak senonoh. Hahaha. AKu rasa stress aku boleh reduce bila aku bersama dengan orang yang terkawal stressnya.

Contoh masa sekolah aku sangat takut bila kerja rumah aku hilang walhal aku buat dan cikgu sangat garang tahap singa. AKu dah menangis cari buku dan mengamuk bagai. AKu baling buku-buku dalam loker cari satu-satu.

Sorang manusia ni hanya datang pegang tangan aku, pandang tepat mata aku, tersenyum dan

“Jom, kita cari sama-sama,”

Aku menangis. Oh, aku rasa ada kekuatan kat situ untuk bertenang walaupun buku tu tak jumpa sampai sudah. Hahaha. Kau tahu apa jadi pada buku tu? Kawan aku pinjam masa aku tidur dia tak tergamak nak kejutkan aku thus dia pinjam dulu tapi tak sempat bagitahu pagi tu. -_-“

Masa aku stress aku rasa ubatnya manusia yang bertenang disamping aku. AKu akan berjaya mengawal dengan sebaik mungkin.

Barangkali.

Amenda aku cerita ni. Nak cerita pasal lutut sebenarnya.

Malam-malam terjaga hanya untuk urut lutut yang ngilu. Nak tidur satu hal nak kawal otak jangan fikir ngilu. Kena banyak fikir benda lain supaya ngilu lutut tak terasa.

AKu tak boleh menangis!

Sakit anugerah. Kalau aku menangis, aku tak gembira maknanya!

Lalu Dr. Zu buatkan appoiment baru, clinic orto pula. Aku rasa dah merata-rata aku pergi kat dalam HUSM ni.
1. Emergency (dah jadi rutin)
2. Vertigo
3. pKP (ni memang wajiblah)
4. Clinic Hypertensi
5. Clinic TB
6. Xray department (lebih 4 kali dah tahun lepas)
7. Neurosains (Posturography and VNG)
8. Fisioterapi
9. Tempat nak buat MRI
10. Klinik gigi
11. ortopedik yang terbaru.

Haish. Jalan-jalan dan berkenalan dengan Dr. lain. Lepas pada tu aku selalu terjumpa Dr. Hypertensi ni kat library dan Dr. Syahidi, TB kat kafe PSP. Aduai. Hehehe. Mujurlah khabar berita aku tak ada TB. Syukur..

Selesai klinik vertigo, tunggu nak jumpa doktor ORL kes adenoids. Nampak Dr. Rosdan. Serius malu sebab teringat kes konon pacat itu. Hahahaha.

“Ni buat kenapa pula?”
“Tadi jumpa Dr. Zu, ni Dr. ORL pula,”
“Nama apa dah? Huda kan?”
“Aah,”

Dia mengangguk. AKu senyum. Kemudian dia keluar semula dengan satu folder kat tangan.

“Jom. Huda hari ni saya cek,”

Aku senyum lagi. Masa Dr. Zu bagi appoinment kes barangkali tinnitus hari tu, dia suruh jumpa MO je. Kes tak berat mana. Dr. Rosdan, pakar bedah ORL takkanlah nak cek aku -_-“

“Nurul Huda?”
“Taklah, Syahidatul,”
“Biasa orang kalau Huda mesti Nurul kat depan,”
“Saya lain,”

Senyum.

Serius aku kagum dengan doktor macam ni.

“Kak Ti, saya tak ada patient hari ni dok?”

Nurse mengangguk. Kak Ti antara nurse terbaik aku jumpa. Harap kakak aku nurse yang macam tulah kat HKL sana. Dna dia mengangguk.

“Tebal folder Huda ni. Jom kita pergi satu satu. Kak Ti saya lecturer, saya suka mengajar. Ni student saya juga ni,”

AKu ketawa. Memang Dr. Rosdan lecturer yang baik. Aku pernah state cerita dia dalam beberapa entry kat blog ni. Hee. Pasal Pacat, Handphone dan Triple R. hii~

Memang sehelai demi sehelai dia buka. Discuss. Terangkan satu persatu pada aku. Betulkan fahaman aku terutamanya pasal asthma. Dia selitkan pasal agama, islam, penyakit, Allah. Memang aku kagum habis.

Ni nak kena cari bakal doktor gini sorang ni. Tak stress hidup aku. Hahahha. AKu menggatal.

“Banyak cerita Huda ni. Tak fair hantar kes dia kat MO,”

Erk! Aku tak tahu kenapa aku tak rasa aku sakit. Aku memang tak rasa aku sakit pun.

“Saya rasa saya OK. Tak ada apa,”
“Memang sebab awak dah adapt. Macam naik lift tadi. Bila dari kecil awak dah terbiasa rasa terapung lepas naik lift, awak dah adapt. Bukan semua orang gitu,”

Senyap. Dan berfikir. Dan mengangguk lalu setuju.

“Meh saya nak cek sikit. Duduk sana,”

Aku punya reflex agaknya hyper. Asal besi tersentuh lidah aku, secara reflex aku tolak tangan doktor -_-” Sudahnya nak termuntah.

“Ok..ok. Dah. Tak boleh buat, kita tak buat dah,”

Baik gila doktor!

Tapi sangta beza pakar dengan doktor biasa. Result tympanogram aku diconsider normal, tapi pada pandangan mata Dr. Rosdan, tidak. Ada sedikit tidak normal. Aduhai. Result audiogram pun slightly decrease signifikan untuk dua kali. Lalu mengapakah?

Aku normal. Fullstop. Hahahaha.

Tak ada benda untuk diragukan sebenarnya. AKu dikelilingi pakar di sini. Tak perlu risau. Doal kena lebih. Ini pun ayat Dr. Rosdan. Kita usaha, yang tentukan, Allah.

Semoga aku OK.

MPI dah habis baru aku terfikir nak ke orthodontic. Nak ketatkan gigi yang dah dua bulan ni ha. Tapi aku balik khamis ni. YEAY!!!!

Jumpa lepas cutilah!

Aku berharap semua kawan-kawan aku yang bakal doktor jadi macam Dr. Rosdan, Prof. Din. Amiin~

p/s: Menggerikan! Antara top search manusia yang tersmpai ke blog aku adalah dengan menaip nama penuh aku dengan nama bapa aku yang sempurna ejaannya. Ngeri gila..-_-“

Advertisements

~ oleh INFINITY di Januari 21, 2009.

Satu Respons to “Vertigo, Orto, Ortho dan ORL”

  1. huda!!
    steroid itu namanya prednisolone.. heheh =)
    moga baik2 aja ye! ^_~

    hahaha.. dah agak dah salah eja. Malas nak amik ubat cek ejaan. Hee~ arigator

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: