Hati Yang Calar

Mungkin sepanjang minggu ini dan minggu depan, kisah untuk setiap entry berkisarkan Minggu Penghayatan Islam. yang bagus, jadikan pedoman. Yang tak bagus, disempadankan. Jika bosan, hentikanlah bacaan.

Menarik. AKu suka. Suka walaupun penat. AKu pun tak tahu apa aku sukakan, yang pasti aku suka. Walaupun suka itu masih bersyarat. Seperti, pertama, bila aku mula rasa terdesak. Kedua bila benda tidak mengikut kehendak. Ketiga, bila aku rasa aku sangat tidak berguna.

Tidak berguna dalam erti kata lain aku tidak membantu walhal aku masih di situ dan bila hormon manusia dalam diri aku bertukar rupa dari suka kepada sedih. Atau dari suka kepada sedikit benci. AKu pun tak tahu mengapa, tapi seperi azali selalunya begitu.

Begitu?

Aku memang mudah bertukar perasaan serta merta. Macam kalau aku tiba-tiba nak marah, bila ada benda yang buat aku kertawa, aku boleh hilang ingatan terhadap rasa negatif itu, serta merta. Begitu juga sebaliknya.

Contoh.

Meeting tadi. Mula-mula aku diam. Melihat setiap orang di belakan bermain game pada telefon bimbit. Perasan atau tidak, kadang-kadang teknologi merosakkan nilai kesopanan manusia bukan? Aku tidak kisah kalau kau marah dengan ayat ini, tapi itu yang aku rasalah. Macam kalau kau berbicara dan orang yang sepatutnya mendengarkan bicara kau buat perkara lain. Apa perasaan kau? Kalau kau tanya aku, dan kalaulah itu berlaku. Jangan terkejut kalau aku menghabiskan ayat tanpa noktah dan berlalu tanpa sepatah haram sebab. Dan tolong  jangan terasa ketika, sebelum atau sesudah itu. Aku tak marah, cuma mungkin aku rasa tak perlulah aku bazirkan air liur. Barangkali.

Itu kalau akulah.

Seperti tadi. Aku senyap Dan aku memerhati. Dengarkan tazkirah sebelum meeting. Tiba-tiba aku sangat terasa kerdil. Aku dan tazkirah? Huh?! Jauh panggang dari api. Dahsyat bukan? Sebab aku sangat jarang mengikuti perkara begini, setiap kali orang berbicara, aku cuba mendengar seteliti mungkin. Mungkin sebab itu juga aku marah kalau ada manusia lain tidak berbuat seperti aku. Selagi benda itu tidak salah, aku rasa tidak berdosa aku berbicara jelas. Bukan?

Oh, aku bukan ingin ceritakan ini.

Aku pergi dengan hati seronok. Kemudian aku terasa ingin berkata sesuatu. AKu benci dengan perasaan aku yang mudah bertukar. SEperti mula-mula aku ingin berbicara biasa. Sudahnya aku jadi ingin menangis. Argh! Antara sebab aku tak suka bercakap jelas, pertama, walau orang nampak aku kasar, bila aku seolah terpaksa lukakan hati orang, aku sedih sebenarnya. Kedua, walau orang nampak aku seolah tidak punya hati dan perasaan, aku sebenarnya sensitif di dalam. Dan ketiga, walau aku cuba se’cool’ yang mungkin, sebenarnya jarang aku berjaya. Aku emosi dan emosi aku sukar dikawal.

Itu yang berlaku. Tadi. Oh shit!

Kemudian, aku terdengarkan perihal luka berdarah Palestin terbaru. Itu sebenarnya buat aku berubah mood. Berubah langsung. Kalaulah kuasa dunia di tangan aku, mahu aku nasihatkan setiap orang, dan kalaulah nasihat aku sangat bagus untuk didengar. AKu tak tahu mengapa, aku langsung, bila aku berkata langsung itu adalah penegasan nyata. Aku langsung tidak boleh melihat apa-apa saja scene pembunuhan.

Kata kakak aku, macamlah orang lain boleh?

Mungkin ya mungkin tidak. Dalam diri aku, tidak boleh langsung itu lain. Pernah, dalam darjah enam, kawan aku berlanggar basikal dan motor di depan aku. Kau tahu apa jadi dengan aku? Seminggu tidak mampu mengayuh basikal.

Scene lain. Masih ingat Saddam digantung? Video tentang itu terlepas pada aku, dan hasilnya, seminggu aku langsung tidak boleh menjamah nasi. Dan ketika di PASUM, ada satu eksperimen katak perlu dihilangkan satu persatu refleks dan berakhir dengan eksperimen berhipotesiskan “rosak tulang belakang, hilang segala refleks dan mati”. Aku tak pernah takut buat eksperimen bedah membedah, cuma kerana aku terbayangkan kisah Saddam itu, aku muntah dan menggeletar walau hanya untuk pegang katak itu. Sudahnya, aku dikecualikan dari membedah.

Aku tak boleh tengok tinju. Hati aku sangat takut. Aku tak tahu kenapa manusia perlu bertinju. Dan aku sangat kasihankan pihak yang dimbuk bertaku-talu itu. Tinju atau gusti sepatutnya diharamkan dari tatapan umum. AKu terlihatkan gusti ketika lima tahun di kedai makan yang sudahnya buat aku langsung tak selera. Aku benci manusia begini! Benci!

Gila.

Kisah Palestin semula. Sebelah aku menceritakan perihal palestin di bom ketika tahun baru. Kita di Malaysia? Secara jelas, sebenarnya aku tak sedar tahun baru sudah bermula. Mangsa utama, antaranya kanak-kanak yang baru pulang dari sekolah dan juga kubu tentera. Perkataan pertama aku dengar adalah budak sekolah. Berderau darah dan aku  marah. Marah pada kesialan rejim yahudi dan kegampangan rejim israel.

Tapi aku mampu berbuat apa?

Dunia bagai pejamkan mata,
Jua terpasung tangannya,
Tidak mampu berkata apa,
Sedangkan mungkar beraja.

Saat itu aku terfikirkan aku bebas makan, tapi selalu aku buangkan. Aku terfikirkan, aku bebas memilih baju tapi mereka mandi pun belum tentu. Aku terfikirkan, aku masih aman dan sentosa, mereka ketakutan dan sengsara. AKu terfikirkan aku punya makaayah, dan mereka?

Oh, aku masih ingatkan begini. Bila aku ingin diserang asthma ketika kecil, aku ada emak untuk masakkan air mandi, stokinkan kaki, pegangkan nebulizer, suapkan bubur, tepukkan sebelum tidur. Tapi mereka sebaya aku di Palestin?

Aku tidak mampu hidup dalam ketakutan.
Apakah mereka mampu?

Oh!

Kenapa dunia terlalu kejam?

Kemudian aku membantu memasangkan backdrop pentas semula. Dan ada beberapa pelajar lelaki sedang berlatih nasyid untuk pertandingan. Kisah Palestin bermula semula. Mereka masih boleh menyanyi, dan Palestin tiada melodi lagi untuk dialunkan. Mereka tertawa dan berlatih semula, Palestin tiada masa untuk ini semua.

Mungkin aku yang banyak berbicara dalam hati barangkali.

Malam ini bermula suram. Sekurang-kurangnya suram dalam hati aku. AKu bayangkan juga, sebenarnya aku mampu atau tidak untuk mati syahid? Bayangkan aku yang berada di Palestin, sebenarnya aku mampu tak untuk tidak gentar?

Malang untuk aku katakan, aku rasa tidak. Iman aku..

“Ayah, ayah takut tak nak perang macam ni?”

Ini berlaku ketika aku sama-sama menonton cerita kisah kamikaze dan Britisah, The Last Samurai barangkali tajuknya. Lupa. Ayah aku bersemangat sangat menonton sampai bising rumah walhal yang menontonnya hanya aku dan ayah.

“Hah yah? Ayah takut tak?”
“Kalau boleh ayah nak berperang macam ni,”
“Ayah tak takut ke?”
“Kalau kena berjihad, kenapa mesti takut? Syurga tu,”

Aku tak tahu kenapa aku sedih. Aku tak boleh bayang ayah aku yang syahid. Oh! Anak-anak ayah aku semua perempuan. Dulu masa mak mengandungkan adik bongsu aku, erk! macam lah aku ada adik lain -_-“, ayah tengok cerita pasal panglima Umar Mukhtar. Panglima yang bijak menyusun strategi ketika perang sehingga dikagumi musuh. Dia disanjung walau dalam tawanan. Adik aku perempuan, jadi terkubur impian ayah aku untuk namakan dia, Umar Mukhtar.

Kisah Palestin, tidak pernah berakhir. Dan aku rasa takkan berakhir. Orang kafir tak pernah akan redha dengan agama kita. Dan selagi itu juga, yahudi akan mencuba, dan aku dapat lihat kian hari kita semakin mengikut mereka.

Nauzubillah. Tapi, kau mahu akui atau tidak, lihatlah sekeliling, itulah yang berlaku.

Dengan MPI yang berlangsung ni, aku ada satu harapan, satu saja harapan untuk diri aku. Hanya untuk diri aku. Aku buat semua benda yang kadang-kadang aku rasa tak masuk akal aku yang buat benda ni hanya satu. Satu. Bila aku mati dan aku di tanya apa usaha aku, ini antaranya. Dan masa ini, aku didik diri jangan berkira dengan apa yang aku ada. Sebab apa yang aku ada, sebenarnya tidak pernah aku punya.

MPI, aku datang. Jadilah satu medan untuk aku didik hati aku.
Dan Palestin, taruhlah bebanmu sedikit atas bahuku.
Dan secara jujur aku tidak pernah berjaya menjadi seperti kamu.

 

Advertisements

~ oleh INFINITY di Januari 4, 2009.

Satu Respons to “Hati Yang Calar”

  1. Didik hati, katakan bersabar.
    Ada masa, rasanya seperti dipermainkan T-T
    .
    Kagum. Kerana ketabahan itu.

    kadang-kadang mahu mengalah T_T

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: