Oh!

OK, it’s seems beyond imagination!

Oh, aku sangat kalut. Kalut dengan segala kerja sekarang. Sehingga beberapa perkara untuk aku berfoya-foya tergendala. T_T Kalau dulu aku sangat kalut, kali ini aku cuba bertindak tenang. Kalau rakan-rakan aku sedang bergembira berjalan-jalan, tak mengapalah kalau aku kena mengadap laptop bermeeting sana sini. Akan ada satu hari aku akan membuang masa sendiri. Makan pizza yang sangat aku suka buat bila aku gembira, berjalan-jalan tanpa tujuan, dan oh, aku suka membuang masa di farmasi. Aku pun tak tahu mengapa.

Hahaha. Aku ada meminta tolong Laili membeli perapi sunsilk, dan hasilnya tersilap. Aku memang dah agak kalau kirim mengirim mesti akan ada salah. Perkara yang sama kalau kawan aku mengirim pada aku, biasalah kalau miscommunication berlaku. Oh, cuma kali ini perapi itu giiiiiiiiiiiiiiiiila besar. Kalau boleh buat jem roti, memang aku dah buat dah. Muahahahaha!

Aku rasa aku ada masalah selera sekarang. 3 hari sudah aku tak menyentuh nasi. 3 hari sudah hanya roti dan semangkuk mi yang tak habis aku telan. Secara jujur, aku memang berniat untuk berdiet, cumanya sekarang, bila aku lapar, sinaps untuk makan tidak ada. Sepertinya aku memaksa ke cafe menjamah semangkuk mee. Pun begitu, aku sangat yakin berat aku takkan berkurangan.

Oh ya, aku ke ENT semalam. Seperti biasa, asal jumpa satu pakar, dan dan tu akan dapat tahu penyakit baru -_-” Dan kali ini, ada adenoid yang membesar. Agak besar. Tapi kata doktor, dengan medical treatment, insyallah tak ada apa-apa.

Dengan benda seakan besi didepannya ada kamera dimasukkan ke dalam hidung. Selama ni aku hanya melihat Prof. Din yang lakukan dan nampak tidak menyakitkan. Oh, bila aku yang kena, berair air mata menahan sakit. Gila sakit. Bila doktor tanya sakit ke tak, aku gelak-gelak je.

We’ll see on 19th Jan to check up,”
“Thats adenoid, how it can cause my ear to produce sound especially in the midnight,”
“That sound disturb you?”
“Yeah for sure,”
” No I mean, disturb you when sleeping,”
“So far, no,”

Nak kacau apanya. Tidur terbongkang. Agaknya kalau bom jatuh pun belum tentu sedar.

Kemudian doktor mula menerang itu ini, ada aku dapat tangkap, aku seronok untuk dengar. Yang aku blurr, aku iyakan aja. Aku pun tak ambil pusing sangat yang aku tak faham. Yang aku faham, jauh pula aku fikir. Aku rasa doktor tu pun fikir aku tak faham. Aku gelak-gelak lagi. Tapi dia sangat semangat menerangkan. Doktor mula mengambil tuning fork.

“Which one is louder?”
“Air conduction,”
“What?”

Aku senyum.

“Air conduction,”
“How you know that?”
“I’m audiology student,”
“You suppose to tell me ealier,”

Dia gelak besar. Aku tak tahu kenapa, aku suka orang downgrade aku. Macam kalau kat KL, aku pakai baju kurung selipar jepun pergi KL Central, minah-minah celup omputeh berborak dengan foreigner yang aku dengar bahasa perbualan tak adalah bunyi pun. Aku meluat. Dan orang mula bersok sek bila foreigner menanya aku itu ini.

“I love to hear explanation like i don’t know anything doctor,”

Senyum lagi.

 

Advertisements

~ oleh INFINITY di Disember 24, 2008.

3 Respons to “Oh!”

  1. oh huda! =)

    ye saya. hii~

  2. oh, ada org citer kat aku pung pang pung pang pasal akaun.
    budak ni baru grad deg actg. aku bg can la biar dia aplikasi kan pembelajaran dia kat U dulu. pastu, budak tu baru tanya,

    “akak keje apa?”
    “oh, akak kerani biasa aje”
    “oh, kalau akak kerani akaun, maybe akak faham kot apa yg saya citer”
    “oh, akak tak faham, patut la..”

    hoho…

    Nanti mesti dia malu besar nanti kan? Kita tunggu masa tu. Kureng betul jawab gitu.

  3. a ah,…

    perapi tu memang gila besar…sebesar2 nye la pendek kata! Memang rambut lurus semacam la lepas ni…he3…

    eh, tengokkah? Mi, masa awak call, gila ngantuk. Sorryla deh T_T

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: