Tsunami Hati [8]

Aku mengemas beberapa fail bertaburan , pensil berselerakan juga mainan yang digunakan. Bukan banyak pun. Tapi, cukuplah untuk aku katakan yang aku letih. Mata aku letih dengan segala keserabutan yang cuma sedikit. Mungkin akal aku letih hari ini. Barangkali.

Aku menutup kemas pintu klinik yang kebal bunyi. Secara realiti, bukanlah seratus peratus kebal. Cuma kalau masuk ke dalam bilik ini, telinga pasti sedikit berdesing. Normal.

Mengantuklah. Terciptalah beberapa nguapan kecil. Jam tangan aku perhatikan. Namun tidak sampai sinaps akal memberitahu pukul berapa. AKu memejam celik beberapa kali. Oh, satu suku. Waktu makan.

Klinik sudah kosong. Audiologis sudah keluar makan barangkali. Silap aku, berteleku lama di dalam klinik. Secara tidak langsung, aku kehilangan masa makan bersama. Tak mengapa, aku mengantuk. Kalau dapat melelapkan mata, seronok juga. Aku merangka untuk ke musalla melangsaikan kantuk.

Aku keluarkan kunci untuk menutup pintu klinik. Sambil meraup muka, pintu klinik terbuka. Siapa lagi? Rasanya semua pesakit sebelah pagi sudah selesai. Dari belakang aku memandang, dan aku tahu siapa.

“Clinician semua mana?”

“Pukul satu lebih ni, makan kot,”

“Awak tak makan?”

“Nak tidur,”

“Tidur?”

Aku pandang Dr. Fahmi. Kali ni mahu apa pula?

“Aah, tidur. Mengantuk. Nak apa?”

Kenapa mesti aku selalu terjumpa dia. Setiap kali aku terlihat muka putih milik dia, aku seolah teringatkan seseorang. Aku seolah kenal, tapi biarkan sajalah. Mungkin perasaan.

“Boleh hold dulu tak mengantuk tu?”

“Kalau boleh, kenapa? Kalau tak boleh, kenapa?”

Pelik. Manusia pelik. Kalau nak tanya benda, tanya sajalah. Perlukah meminta izin sebegitu?

“Kalau boleh, terima kasih. Kalau tak boleh, saya nak kata apa lagi?”

Sah. Sah dia lupa aku tidak mahu membahasakan ‘saya’ ‘awak’. Aku mengeluh perlahan.

“Tak pelah. Pergilah tidur,”

Ke situ pula. Barangkali dia mendengar keluhan aku tak? Entah.

“Kenapa pula?”

“Awak macam berat hati je. Siap mengeluh lagi,”

“Berapa kilo hati saya berat? Tahu pula awak. Saya pun tak tahu berapa gram hati saya,”

Dr. Fahmi ketawa besar. Buruk perangai. Ketawa selekeh. Menyampah.

“Dalam 2.4 kilo je pun. Berat manalah sangat hati manusia ni. Dulu tak belajar anatomi ke? Bolehlah ni?”

“Muka macam singa, takkan aku nak cakap tak kot. Nak mengutuk pun, janganlah depan tuan dia,”

“Lagi bagus macam tu. Tak dapat dosa mengumpat,”

“Dosa menyakitkan hati orang, dapat juga,”

Dia memandang aku pelik. Dengan muka yang sangat tidak kisah, dia mengerutkan kening. Walau apapun bicara yang hadir dalam hati doktor muda ini, aku tidak pernah kisah. Mungkin aku mengenalinya dengan perasaan sedikit jelik.

“Nak tanya pasal….,”

“Nak tanya kat sini ke?”

“Kenapa?”

“Dr. Fahmi yang bijak bistari, awak lelaki, saya perempuan, apakah itu tidak mengapa? Oh, saya tak nak kahwin free,”

Dia menggaru kepala yang pada hemat aku langsung tidak gatal. Sambil tersengih macam kerang busuk, dia membuka pintu. Aku tidak mahu membuat persepsi awal yang dia kurang mengambil berat hal-hal agama. Tapi, itulah manusia dan itulah aku. Aku rasa dia manusia yang biasa. Biasa pada hati aku, adalah mereka yang bukanlah terlalu warak. Yang kadang-kadang terlepas pandang hal agama. Mungkin. Dan aku teringatkan Umar, apakah dia juga? Juga mungkin. Umar ilmu agamanya tinggi, dan kerana itu aku bukakah hati untuknya. Mungkin. Dan mungkin itu aku andaikan benar sebagai pilihan.

Aku mengikut dari belakang. Di depan klinik, yang juga berhampiran jabatan ORL, terdapat satu kawasan yang lebih kepada istirehat. Terdapat lebih dari sepuluh bangku batu, tempat sesuai untuk berdiskusi. Foyer PSP, inilah nama paling sesuai untuk menyatakan tempat ini. Biasanya pelajar perubatan yang selalu memenuhi setiap satu bangku di sini. Selebihnya, orang seperti aku, dan pelajar kesihatan, pergigian, doktor-doktor, profesor-profesor juga makcik yang membersihkan kawasan di sini. Tidak kisahlah kerana bertugas atau sedang melepaskan lelah.

Dr. Fahmi melabukan punggungnya. Aku melakukan perkara sama.

“Saya keliru dengan satu result audiogram. Ingat nak tanya Puan Siti, tapi keluar makan pula. Petang ni, patient tu datang. Takut juga kena tanya dengan Prof. Am. Takut salah,”

“Library kan banyak. Kenapa tak cari je?”

Dia terkejut. Aku ketawa. Jawapan sombong dan sangat pedas aku rasa. Biarkan. Biarlah dia rasa.

“Berguru dengan buku tak sama macam berguru dengan orang. Ke awak rasa macam mana?”

Giliran aku terkejut. Degil. Degil kerana tidak mahu berbahasa ‘aku’ ‘kau’. Juga degil kerana tidak pernah ada benda dia mahu mengalah. Tapi, aku tidak mampu menafikan kalau apa yang keluar dari mulutnya adalah benar.

Sehelai kertas dan sebatang pensil kayu 2B berwarna kuning berjalur hitam dia keluarkan. Klasik sungguh. Sekarang zaman pensil mekanikal, pensil kayu juga dia pilih. Aku rasa sepaptutnya dia mengeluarkan pen. Dunia sudah terbalikkah? Pelajar sekolah pun berebut nak menulis dengan pen. Dia?

“Saya dapat result patient tu macam ni. Masked right air conduction sangat teruk. Bermula dua ribu hertz sampai lapan ribu, grafnya menurun. Dah sampai lapan ribu, threshold dia dekat 100 dB. Dah profound tu. Middle frequency je menunjukkan normal. Belah kiri pun sama, tapi dalam range moderate hearing loss je,”

Tangan dia laju melakarkan graf berpetak audiogram itu.

“Tympanogram?”

“Kiri normal. Kanan negative middle ear pressure tapi compliance normal,”

“OK,”

“Apa yang OK?”

“Hish orang tengah fikirlah ni. Sabarlah,”

“Yelah,”

“Speech test?”

“Bagus,”

“Patient ada complain apa-apa tak selain dari test ni?”

“Complain tak dengarlah,”

Aduhai si tuan doktor. Kalau dia dengar dah tentu dia tak datang hospital ni.

“Selain tu?

“Telinga berbunyi, kadang-kadang bunyi tu ikut rentak nadi,”

“Maknanya?”

“Ada significance dengan Tinnitus,”

“Bijak. Jadi kau nak tanya aku apa?”

“Awak rasa?”

Aku rasa? Rasa apa? Siapa yang doktor sekarang ni? Aku memandang muka doktor ini minta pengertian mendalam. Benarkah apa aku dengar perihal soalannya tadi?

“Siapa doktor ni?”

“Tak ada siapa. Saya kan tengah belajar ni?”

Nak mengenakan akukah?

“Awakkan murid paling bijak dulu. Prof. Am pun ada kata awak antara audiologis yang bakal cemerlang. Jadi, tak salah kalau kita berkongsi ilmu kan? Lagi pun saya baru dua bulan teroka ORL,”

“Terima kasih untuk pujian. So?”

Aku buat-buat tak faham. Sebagaimana aku diajar untuk lebih berdikari dan bukan memperolehi jawapan bersuap, aku sengaja melakukan perkara yang sama pada pelajar ini. Kerana dia sedang menyambung master, tidak salah aku menganggapnya pelajar, bukan? AKu ketawa di dalam hati.

“Saya nak tanya awaklah,”

“Semua benda kena consider sebelum nak diagnos. Tapi sekarang kita andaikan ini hanyalah pelajaran, berdasarkan apa kau bagitahu, asymetrical high frequency essentially sensorineural hearing loss, kanan  conductive hearing loss untuk frekuensi sederhana dan rendah. Patient mengadu ada bunyi dan acoustic reflex tak ada, mungkin tumor. Tapi, still kena confirm dengan MRI,”

“Eh? Graf dia memang macam ni ke?”

“Kan dah kata banyak benda kena consider. Ada beratus-ratus graf audiogram untuk diagnos penyakit berlainan. Tapi apa yang aku belajar, graf untuk mereka yang dapat tumor, antaranya, macam ni lah,”

Aku memandang jauh muka Dr. Fahmi. AKu sangat terasa aku seolah mengenali dia. Tapi, entah di mana.

“Awak tengok saya macam nak makan, kenapa?”

Aku memandang ke lain dengan cepat. Malu.

“Do you believe in deja vu?”

“Kenapa?”

“Tak ada apalah,”

Advertisements

~ oleh INFINITY di Disember 11, 2008.

2 Respons to “Tsunami Hati [8]”

  1. jiwa mmg kacau memikirkan soal hati n perasaan….

    haih kamu, mengapakah?

  2. deja vu?

    kekasih lamakah?

    mungkin tidak. Hii~

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: