Tsunami Hati [7]

“She has to be fitted with hearing aids!”

“If I say no?”

“What do you mean by no?”

“Nothing,”

“And now, what do you mean by nothing?!”

Damn!

Aku bermimpi. Aku mengerling ke arah jam. Sudah tiga setengah pagi. Entah bila aku terlelap. Aku memandang Azah di tepi. Lena.

Sejuknya. Hujan di luar tidak ada tanda ingin berhenti. AKu menggeliat beberapa ketika sambil memikirkan mimpi gila yang melanda.

Aku didatangi sebuat keluarga kaya yang kononnya mat saleh celup. Anak perempuannya ditakdirkan mendapat pekak yang amat memerlukan alat bantuan pendengaran. Sayangnya, kerana takut di cop anak cacat, si ayah menidakkan kepentingan itu.

Lantas aku berkeras dengan nada sesikit tinggi. Stigma masyarakat sukar diubah. Pada mereka, pekak adalah antara kekurangan yang dipandang sinis. Tapi aku musykil, rabun yang memerlukan kaca mata tidak pula di label apa-apa. Aduhai. Meski begitu, aku yakin, satu hari nanti alat bantuan pendengaran, akan sama taraf dengan kaca mata. Saat itu, tiada lagi stigma begini bahkan alat bantuan ini akan keluar dengan pelbagai jenis, trendy dan warna menarik. Sama seperti ‘alat bantuan penglihatan’, masyarakat gemar menggayakannya dan tidak menganggap sebagai satu kekurangan untuk disembunyi.

Mimpi ngeri mungundang jaga aku saat ini.

Aku bangun. Berniat bertahajud.

****************************************************************************

Udara dingin tenang. Setenang alam menginjak dinihari. Sesekali Azah beralih ke kiri kanan. Perangkaan tuhan itu jelas. Sekalipun sedang tidur, Allah masih mengurniakan deria tanpa sedar untuk membalikkan ke kanan kiri. Jika tidak, pasti akan berlaku sesuatu seperti lenguh esok harinya.

Untuk jelas, bayangkan orang yang terlentang tanpa dibangunkan dia. Kudis akan mula menunjukkan muka. Jelas bukan? Siapalah aku untuk membicara lanjut.

“Kak Huda tak tidur ke?”

Hening pagi pecah kerana lena kawanku kini yang terjaga. Jam sudah pukul lima.

“Terjaga tadi. Mimpi ngeri,”

Aku ketawa membiarkan Azah menyambung lenanya.

Bosan.

Aku bangun mencapai buku untuk dibaca, ‘Infections and Hearing Loss’. Sampai satu tahap aku jadi muak. Aku, telinga dan pekak. Infeksi, gen, keturunan dan hilang pendengaran. Trauma, kanser, tumor dan kecacatan telinga. Seluruh hidup aku bakal bergelumang dengan ilmu sebegini.

Senyum. Ini jalan aku pilih.

Dan aku sangat jelas bahawa semakin banyak aku belajar, semakin banyak aku tidak tahu. Ilmu Allah itu sungguh luas, sesiapapun tidak mampu untuk dustakan itu.

Seperti kata Umar yang selalu menghadiahkan aku beberapa bebelan, dia dan aku, dua lapangan berbeza tetapi keduanya ilmu tuhan. Itu terjadi bila aku mula mengeluh susah akan subjek duniawi ini. Ketika itu, Umar akan mula membacakan pelbagai kitab karangan syeikh itu ini, berbuktikan ayat alquran dan hadis. Umar sangat bersemangat bila berbahas. Selalunya perbualan akan habis dengan tawa. Itu membuktikan aku tidak resah lagi.

Membaca ubat mujarab untuk tidur. Kantuk mula bertamu semula. Aku semakin gelap, kelam dan mula terbang ke alam itu.

“Hai, orang di sana. Asyik tidur je,”

“Senyaplah,”

“Aih, kita pula dia marah. Tidurlah,”

Umar mula menjauh.

Advertisements

~ oleh INFINITY di Disember 8, 2008.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: