Mohfiz, pergilah dalam tenang…

Masa memasak menolong mak aku memasak sempena juadah hari raya esok, kakak aku membuka lagu-lagu dekat komputer dekat dengan dapur. Lagu raya dan beberapa lagu lama inteam.

Lagu lama inteam, samalah dengan maknanya lagu yang mengiringi pembesaran aku.
Lagu lama inteam, samalah dengan lagu-lagu kenangan zaman kecil persekolahan menegah aku.

Sekolah Menengan Agama Arab Saniah.

Sekolah ini, sekolah yang banyak memberi kenangan dan mencorak aku menjadi lebih berani setelah pelbagai suasana pahit memenuhi rencah hidup.

MOHFIZ.
Mohd Firdaus Zakaria.
Allayarham Firdaus.

Siapa dia?

Ketika aku di tingkatan 1, aku menonjol kerana bakat khat yang aku miliki. Lalu, Ustaz menyuruh aku ke peringkat saringan untuk pemilihan 10 orang terbaik untuk ke peringkat negeri Kelantan. Secara jujur, aku tidak terlalu teruja kerana aku tahu bakat aku di tahap mana. Tidaklah terlalu cantik. Oh, aku mengerti setiap silap yang aku lakukan dan aku kesalahan seni tulisan ini.

Meski begitu, aku masih belum terlalu berbakat untuk menulis.

Aku masuki bilik saringan dan aku menulis. Aku adalah pelajar termuda kerana hanya aku sahaja di tingkatan satu. Yang lain semua abang-abang di tingkatan enam dan tiga, kalau aku tidak silap. Ini menambahkan darjah ketidakmahuan aku bertanding.

Hanya aku sahaja pelajar perempuan dan muda di dalam. Aku juga bahkan faham bahawa pelajar lelaki sangat menakjubkan ketika berkarya.

Disusuli 2,3 orang kakak selepas itu.

Seperti biasa, aku hanya berbekalkan 3 batang pen khat bersaiz 1.0, 2.0 dan 3.0 menulis karya yang aku tiru dalam buku. Itulah kalam yang selalu aku gunakan. Dan aku teruskan menulis tanpa memandang sesiapa. Aku tahu kemampuan aku di takat mana. Dan aku masuk  ke kelas selepas itu.

Kebanyakan yang memasuki saringan adalah pengawas. Disebabkan aku mempunyai perasaan negatif terhadap pengawas, aku banyak diam ketika proses penyaringan.

Dua tiga hari selepas itu, datang dua orang lelaki, seorang pengawas yang sangat aku anti serta seorang lelaki beruniform pelajar biasa dan aku tidak kenal. Kerana aku berada di tempat paling depan dan agak tepi, aku nampak mereka.

“Masuk,”
“Syahidatul Huda kelas ni ke?”

Aku bangun. Keluar.

“Huda?”
“Aah,”
“Ni, Huda terpilih untuk bertanding nanti. Ada masa sebulan nak berlatih,”

Aku memandang lelaki beruniform biasa dihadapan aku. Memastikan bahawa benarkah tiap patah katanya. Nyata dia tidak berbohong, dan atas sebab apa pula dia perlu melakukan itu.

Aku gembira dan juga tidak.
Gembira kerana terpilih.
Tidak, kerana aku tahu aku di tahap mana.

“Huda tak pandailah,”
“Boleh belajar. Ada masa sebulan ni,”

Senyap.

“Lainlah kalau ada nak ajar,”
“Saya ajar. Petang ni, pukul 3. OK?”

Aku memandang dia. Benarkah? Selama ni aku hanya mengetahui lelaki di depan aku sebagai seorang yang menakjubkan hasil karnyanya. Dia, Firdaus menjadi anak didik kepada salah satu hakim khat Kelantan ingin mengajar aku?

“Kalau macam tu, Oklah,”

Aku ketawa girang. Dia tersenyum.

Dalam 10 orang terbaik, hanya ada beberapa perempuan. Aku dan kakak tingkatan 5. Dan dalam 10 orang terbaik, aku paling muda, tingkatan 1. Jadi aku dianggap adik dan atas sebab itu barangkali Mohfiz sudi mengajar aku.

Mohfiz, Mohd Firdaus Zakaria.
Setiap karya yang terlukis indah pada dinding sekolah aku, pasti akan ada satu selitan perkataan kecil, AlMohfiz. Tanda hasil karya dia.

Dan aku melakukan perkara sama. Oh, ketika itu, dia idola aku. Lalu aku mencipta, AsSyahum, Syahidatul Huda Mustaffar. Jika tidak silap, maknanya bijak.

Pukul 3, dia datang lambat. Ketika itu, Kak. Ina menemani aku. Aku sudah bosan menunggu. Hampir sejam, baru batang hidung dia muncul. Aku? Masam.

“Lama tunggu?”
“Janji pukul 3,”
“Gholiklah anak murid tunggu tok guru,”

Gholik = biasa

Dia mengekek ketawa. Ingatan ini masih terus segar dalam fikiran aku. Buat pertama kali aku rapat dengan pelajar lelaki enam atas. Oh, aku memanggil Mohfiz dengan panggilan ‘Ustaz’. Pelajar lelaki pertama yang aku baik.

Abang-abang sekolah aku dulu suka tegur budak perempuan macam aku sebab tak pakai stokin. Seperti biasa aku memang kaki menjawab. Pernah terjadi begini,

“Kenapa tak pakai stokin?”

Diam.

“Abang tak suka adik abang tak pakai stokin,”
“Sejak bila aku jadi adik kau?”

Ok, aku memang jahat. Dan ‘abang’ itu terdiam. Aku tak suka orang paksa aku. Jangan risau, aku akan pakai sebab aku tahu atas sebab mengapa aku kena pakai. Tapi bila dipaksa, selagi itu aku berkeras. Macam sekolah wajibkan Qiamulail, memang aku rela menyorok dalam toilet.

Fahaman aku sangat lain. Jadi maaf untuk itu.

Aku buat, tapi dengan rela hati aku sendiri dan bukan atas nama peraturan. Apatah lagi peraturan asrama.

Bagi aku, “Peraturan dibuat untuk dilanggar,”

Muahahaha. Salahkan Aziem. Dia yang mengajar aku begini. Hiks!

Berbalik pada Mohfiz. Dia satu-satunya senior lelaki yang aku baik. Aku seronok belajar dengan dia. Oh, ya, bersama aku yang menjadi anak muridnya, dua orang pengawas lelaki tingkatan 3. Aku seronok, kerana Mohfiz melayan aku seperti seorang adik yang kecil dan memerlukan perhatian.

Mohfiz. Berlesung pipit di kiri. Berkulit sawo matang. Tinggi. Sopan santun. Sangat baik dengan ustaz-ustaz bujang di sekolah aku. Setiap petang bermain sepak takraw di padang sekolah. Pandangan mata aku ketika itu, dia serba sempurna.

“Nak buat huruf ain ni, supo mata sadak. Huda buat salah tu,”
“Mata sadak?”
“Lupa. Orang KL. Macam mata sabit bentuk huruf ain untuk khat ni,”

Aku ketawa. Dan dia mengetawakan aku. Ingatan ini juga selalu aku bawa untuk tersenyum.

Pernah. Satu ketika, seorang kakak yang juga peserta datang masuk ketika aku sedang belajar. Setiap petang selama sebulan adalah kelas persendirian aku dengan Mohfiz. Oh, dan dua pengawas lelaki itu. Sebelah petang kami semua tiada kelas formal, jadi masa yang sesuai. Kecuali kalau Mohfiz membatalkannya.

Kakak itu malu-malu bertanya dan aku benci. Ok, aku jelous. Aku rasa Mohfiz akan tinggalkan aku. Sangat kanak-kanak pemikiran aku.

“Firdaus, boleh tak ajar Na khat ni,”

Mengada. Mohfiz memandang aku.

“Tahu eh. Tanyo Huda,”

Aku tercengang. Tapi aku menggelengkan kepala. Tanda tidak setuju. Dia tersenyum melihatkan aku menggeleng.

“Nak ajar bilo?”
“Malam ke?”
“Malam? Tok manislah lelaki perempuan duk sekali. Datanglah belajar sekali. Huda pun ada ni,”

Mohfiz mengangkat kening pada aku. Aku ketawa. Padan muka kakak tu. Kalau aku jadi kakak tu, memang aku malu habislah. Dan kakak tu join sekali je belajar. Sebab Mohfiz banyak kali tegur dia. Nak belajar pen pensil tak bawa. Itu ini. Macam-macamlah.

Sampailah hari pertandingan, lelaki semua satu kereta. Perempuan satu kereta. Mula-mula, ustaz suruh aku naik dengan semua budak lelaki. Aku sorang je perempuan? Memang aku berkeras taknak. Bersardinlah dalam kereta. Kakak-kakak semua tu agak bengang dengan aku.

Aku peduli apa?

Hari pertandingan. Dua jam. Ayat sangat sikit, dan aku kena menulis tiga jenis khat. Sebab aku memang tak pandai, jadi aku menyiapkan dengan cepat. Aku tengok peserta lain terutama dari Maahad Tahfiz Pulai Condong siap memakai buluh bagai. Macam Mohfiz. Bila aku dah siap, aku tak tahu nak buat apa. Lalu aku bangun pergi ke meja Mohfiz.

“Wah cantiknya!”
“Cantik?”
“Tak,”
“Betul ke?”
“Hahaha. Mestilah cantik,”
“Huda ada tisu tak?”

Padanlah ustaz sibuk gi cari tisu. Dan ada ustaz keluar cari tisu untuk Mohfz. Mohfiz harapan sekolah. Tisu penting bagi mereka yang menggunakan buluh untuk melakar khat. Jika tiada tisu, dakwat akan meleleh dan mengotorkan kertas. Buluh sangat seronok digunakan kerana matanya tidak akan berbulu.

Sekarang, aku lebih gemar melakar khat dengan buluh.

Aku dengan tak malunya pergi semula dekat meja pertandingan aku berjumpa seorang kakak cantik meminta tisu. Aku minta semua terus.

“Nah. Tisu,”
“Terima kasih. Mana dapat ni,”
“Adalah,”

Dia tersenyum. Dan aku seronok melihat satu persatu huruf dia lakarkan. Kemudia ustaz bawa sekotak tisu untuk Mohfiz. Ambik nak!

Lepas kisah pertandingan. Aku jarang bertemu Mohfiz. Dia hampir exam. Tapi aku keep on hantar karya minta dia tandakan. Bertambun-tambun aku hantar, dia akan pulangkan sesekali. Bila dia pulang, aku kecewa kerana banyak contengan salah. Tapi aku terus menulis dan menghantar.

Setiap petang, aku akan study di sekolah bersebelahan padang. Semata-mata melihat dia bermain sepak takraw. Dan aku rasa dia sedar aku memerhatikan dia. Tapi, dia akan selalu tersenyum bila terjumpa aku. Lesung pipit kiri, aku selalu akan ingat. Sehinggalah dia habis STPMnya.

Aku tidak berjumpa dia lagi.

Pernah aku pergi ke pejabat kononnya mencari data aku. Aku buat-buat tidak berjumpa sehingga makcik kerani suruh aku cari sendiri dalam timbunan data-data yang ada. Tahu aku buat apa? Aku selongkar tingkatan enam atas punya data. Aku cari Mohfiz dan menyalin semua data dia. Paling penting, alamat.

Pernah juga aku masuk ke bilik disiplin menyelongkar itu ini. Aku tahu dulu dia pengawas dan aku mencuri gambar dia. Dan gambar itu dirampas semula setelah ada spotchek mengejut.

Setiap minggu aku pasti menghantar dua keping surat. Surat berbau khat sebagai alasan. Setiap minggu juga aku jadi penunggu setia posmen. Tetapi hampa. Tidak pernah ada balasan. Peliknya, aku tak pernah jemu menghantar surat. Setiap minggu. Berbulan-bulan.

Sehingga result STPM keluar. Aku menanti penuh debar. Pasti Mohfiz datang. Pasti. Hingga jam 12, tiada. Ustazah jadi pelik melihatkan aku. Kerana terlalu minat pada Mohfiz, semua pencil aku bertandakan ‘Bachok’, tempat tinggal Mohfiz. Ustazah bertanyakan Nadiah kenapa aku tak duduk diam,

“Dia tunggu buah hati dialah tu,”
“Banyaklah kau,”
“Siapa Nadiah,”
“Firdaus,”
“Firdaus Zakaria? Khat tu?”
“Siapa lagi Ustazah,”

Ustazah memandang aku.

“Firdaus tu baik Huda. Bagus budaknya. Ustazah sokong,”

Laa, kesitu pula.

Aku pulang setelah tamat sekolah. Kerana aku ketua kelas, aku perlu ke pejabat setiap hari menghantar rekod kehadiran. Ketika meniti tangga, aku perasan kelibat lelaki sedang turun.

Mohfiz!!!!!

Dia tersenyum.
Aku juga tersenyum.

“Lama tak jumpa. Nah,”

Mohfiz menghulurkan sepucuk surat pada aku.
Aku pulang dengan senyuman dan kegembiraan.

Ayat-ayat dalam surat itu tidak lebih dari menjawab sebahagian dari soalan-solan khat yang aku tanya. Tapi aku sangat gembira. Sangat-sangat!

Aku dapat tahu result dia tidak berapa elok. Kemudian aku berpindah sekolah ke Maahad Muhammadi Lilbanat. Aku tidak lagi mengutus surat. Namun aku terus menyimpan hasrat untuk berjumpa Mohfiz. AKu sangat ingin berjumpa dia lagi.

Setiap kali aku pulang melawat sekolah lama, aku akan terus bertanya usataz ustazah perihal Mohfiz. Jika aku terjumpa kawan-kawannya, biarpun aku tidak kenal, aku tidak berhenti bertanya. Macam-macam cerita aku dengar. Dari yang baik hingga seolah Mohfiz berputus asa. Aku tidak percaya yang buruk. AKu hanya mencari Mohfiz.

Segala kenangan surat, buku, ajaran, contengan Mohfiz hilang dihanyut air ketika Kelantan dilanda bah besar 2004 dulu. Tapi kenangan dan harapan aku untuk bertemu Mohfiz, tidak pernah padam.

Ketika di Maahad, hanya dua kali aku bertanding khat. Itupun sebab kawan-kawan aku masuk juga untuk suka-suka. Ketika pertandingan, kami berkongsi pen khat yang sama. Dan ada aku buatkan untuk diorang. Memang untuk main-main. AKu tidak berminat lagi untuk bertanding. Kerana kau tiada Mohfiz dan berapa kali aku kecewa dengan pihak pengurusan sekolah.

Sehingga ku berjaya menjejaki kaki ke asasi UM, aku terus menyimpan cita bertemu Mohfiz. AKu pasti bertemu dia.
Satu hari, aku dimarahi Encik Jedzry kerana soalan kalkulus yang aku tidak tahu untuk jawab apa. Encik Jedzry memarahi aku di hadapan kelas dengan nada sedikit tinggi mengatakan aku meniru. Pelajar PASUM pasti kenal Encik Jedzry, tutor yang garang ini.

Pertama kali aku menjeling tutor di PASUM. Aku duduk kembali dengan marah dan sedih bercampur. Handphoneku bergetar tanda mesej masuk.

“Pelajar Saniah, Mohd Firdaus Zakaria telah bertemu Ilahi pagi tadi kerana kanser tulang. AlFatihah untuk beliau,”

Mesej dari Zati menyebabkan aku menggigil. Muka aku pucat. Aku terkejut, tergamam. Aku bangun terus keluar dari kelas kalkulus. Pelajar kelasku dan Encik Jedzry barangkali terkejut. AKu menuju ke tandas. Dan aku menangis tanpa henti di situ.

Aku menangis.
Aku terus menangis.
Menangis dan menangis.
Sehingga aku puas dan masuk kelas semula.

Aku ingin bertemu Mohfiz, tapi dia telah bertemu tuhan dahulu sebelum sempat aku melihat senyuman lesung pipit kiri miliknya.

Sejak hari itu, aku tidak lagi memikirkan khat secara serius. Bahkan aku tiada niat bertanding apatah lagi belajar dengan serius.

Minggu Penghayatan Islam anjuran USM kali ini ada menganjurkan pertandingan khat. Seperti biasa, aku hanya memandang kosong. Tetapi ketika aku pulang, aku membaca semula kerja-kerja grafik. Tidak semena aku terpandangkan pertandingan khat dan antara syaratnya, ayat seribu dinar. Mohfiz pernah menghadiahkan aku karyanya, ayat ini. Aku tampalkan di pintu. Setiap pagi sebelum aku ke kelas dulu aku pasti membaca ayat ini, dan melihat tandatanga kecil AlMohfiz di situ lantas tersenyum. Sehingga aku berjaya hafal ayat ini secara tidak langsung.
Secara tiba-tiba, aku terasa ingin bertanding khat semula. Kerana ayat seribu dinar ini. Dan kerana aku teringatkan arwah Mohfiz dengan ayat ini.

Sungguh!

“Huda nak bertemu ustaz lagi,”

Aku menangis lagi.

“Ustaz, Selamat Hari Raya. Ustaz apa khabar di sana? Moga bersemadi dengan aman,”

Dan terus menangis.
Kerana aku hanya mampu berbicara di dalam hati.

P/S: Alfatihah untuk Allayarham Mohd Firdaus Zakaria. Dia bertemu ilahi ketika menuntut di UPSI. Aku tahu dia tidak pernah berputus asa. Dan aku selalu tahu itu.

 

Advertisements

~ oleh INFINITY di Disember 8, 2008.

11 Respons to “Mohfiz, pergilah dalam tenang…”

  1. huda, sangat sedih la…sampai kuar air mata ni..alfatihah buat Allahyarham.

    tiba-tiba teringat dia T_T

  2. isk3..sedih bacer entry nih…macam kenal jer…tapi abaikan…doakan kebahagiaan arwah di sana…

    Kenal?

  3. […] Arwah Mohfiz, kerana aku terlalu suka pada dia, aku mengagumi dia, aku bawa segala kenangan. Bila aku tahu dia […]

  4. salam,lalu punya lalu ternampak blog nie..singgah sebentar.
    my gosh..mmg sedih..
    tapi ALLAH lagi syg dia..
    al-fatihah..may ALLAH bless him.
    sy tagged k?

    Semoga dalam golongan orang beriman hendaknya.
    Terima kasih lalu.
    Tagged? Erk! Hihihi~

  5. Assalamualaikum…buat huda akk mendoakan agar huda tabah setelah pemergian allahyarham…..buat oengetahuan huda akk amat mengenali arwah….kerana kami adalah tmn sepermainan di kmpg…akk amat merindui dia walaupun kami sdh lama tdk bertemu…tetapi akk bersyukur kerana disaat akhir hytnya… akk smpt bertemu dia bg melepas kan niatnya sebelum dia menutup mt..,sama2 kt sedekahkan fatihah buat arwah,,,,

    • Thanks Kak Ros! Boleh emelkan saya nombor telefon Kak Ros jika sudi. Sungguh kalaupun tidak boleh berhubung lagi dengan dia, mungkin orang yang pernah baik dengan dia?

      Mungkin jika saya ke Kelantan lagi, saya boleh melawat ibu ayah dia? Mungkin.

      Rindu.
      Sungguh rindu.

      Sebelum itu, bagaimana akak boleh sampai ke blog ini?

  6. Sayang….akk sbnrnya adalah org yg amat merinduinya saat ini…blh huda call akk di no. Ini 0132484240 atau 0193604246 ade cerita untuk dikongsi bersama huda…

  7. Akk sdg mencari maklumat atau gambar arwah….kera terlalu rindukan dia….dia pernah bercerita ttg huda pd akk

  8. Kalau blh huda tinggalkan no tel huda untuk akk agar sng kt brkongsi cerita

    • 0143387675. Thanks akak! Die cerita apa? Dan macam mana akak boleh jumpa blog Huda?

      Mungkin Allah sedang memakbulkan doa Huda…

  9. Thank you sis…..semoga Allah panjangkan ukhuwah ini…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: