Tsunami Hati [6]

Buat sementara waktu aku menetap di rumah kawan baik aku, Azah. Azah, rakan sekuliah yang sama dengan aku. Cuma kali ini, dia memulakan kerja di Hospital Kota Bharu. Kata dia, dia tidak mahu bekerja di HUSM. Bosan. Belajar di situ, kerja juga di situ.

Kalau orang lain, aku rasa perkara yang sama. Tapi aku? Ah, memang aku pelik.

Kata Azah lagi, baguslah kalau aku duduk sekali. Banyak benda boleh dibincangkan. Juga banyak benda boleh dikongsikan. Alam kerjaya biarpun tidak sama, tapi perkongsian boleh menjadikan alam ini semanis pengajian.

Mungkin.

Aku sedang berkira-kira juga hendak menyewa juga. Tidak selesa berlama di rumah orang. Biarpun Azah mungkin tidak apa, tapi prinsip aku jarang membenarkan itu. Biarpun begitu, aku selesa di rumahnya. Adik beradik dia yang ramah, menyebabkan aku tidak kekok bermain dan bersembang. Begitu juga ibu ayahnya. Aku rasa warganegeri Kelantan memang berbudi bahasa.

Petang ini, selesai menyimpan beberapa fail, aku membelok ke pusat bandar Kota Bharu. Aku sendiri tidak pasti ke mana biarpun akal sudah memberitahu KBMall. Pusat membeli belah penuh kenangan ini aku masuki.

Fikiran aku kosong.

Secara tiba-tiba aku merasakan kesedihan. AKu sendiri tidak pasti apa dan mengapa. Aku berjalan tanpa tujuan. Seperti tadi, masih kosong. Seperti biasa, bila aku kosong begini, aku akan mencari kedai bayi. Melihat baju bayi, kasut, permainan hatta bantal sekalipun, cukup menenagkan.

Kaki melangkah rapat masuk ke dalam Anakku. Beberapa langkah ke depan, aku terpandangkan Dr. Fahmi sedang menikmati Sundae McDonald. Dia keseorangan di atas kerusi rehat KBMall.

Aku jadi musykil. Kenapa aku mesti selalu ternampak atau terserempak atau terjumpa lelaki ini? Tanpa sedar, aku merapati dari belakang. Gila. Perbuatan ini aku sedar mengundang parah. Tapi kata Puan Siti, dia OK selepas waktu kerja. Sepatutnya tiada masalah.

“Assalamualaikum,”

Aku nampak bahunya sedikit terhenjut . Terkejut barangkali. Dia berpaling tanda sedar suara aku dari belakang.

“Seorang?”
“Ada awak nampak bunian lain ke sebelah saya?”

Aku mengeluh dalam senyap. Masih tidak OK lagi. Menyesal juga memberanikan diri menegur. Walau nada sindir dia beri, aku perasan tidaklah sekeras seperti di klinik. Betul barangkali kata Puan Siti.

“Tak nampak. Tapi malaikat kiri kanan kan ada?”

Dia terkejut. AKu juga terkejut. Aku berani menjawab, mungkin kejutan untuk dia. Tapi, kalau difikirkan balik, sejak bila aku berlemah lembut dan bersopan santun? Mungkin dia patut tahu yang aku bukan selemah mana. Dan dia patut tahu aku gadis yang bagaimana.

“Malaikat kita panggil seorang ke?’

Sinis dalam senyuman yang ditahan. Boleh tahan menjawab juga.

“Jadi tak perlulah berkata hal bunian. Bunian kita panggil seorang jugakah?”

Dia garu kepala. Aku juga bingung. Perlukah aku menjawab? Juga perlukah hal bunian dikaitkan? Sekali lagi aku mengeluh.

“Yang awak menegur saya kenapa?” Dr. Fahmi mengangkat kening bertanya lanjut.

“Biasalah adat melayu, bila dah kenal, pula tu kerja satu bumbung, kenalah tegur menegur. Kenalah bersopan santun, bermanis ayat. Tak gitu?”

“Tak juga. Terutama dengan orang lambat macam awak,”

Hish! Buat sakit hati. Sombong sungguh. Tapi, biarlah aku mengalah selama aku masih tengah berbaik sangka begini.

“Kalau itu yang menjadi penyebab amukan, ak.. err, saya minta maaf. Tapi, kalau tak nak maafkan pun tak apa, saya dengan ka…mu, selesai. Jawablah dengan tuhan nanti,”

Oh, geli!

Dia ingin ketawa. Aku tahu itu.

“Maaf diterima, tapi tak bermakna saya berbaik,”

Gila.

“Satu hal, boleh tak kita ber’aku’ ‘engkau’. Aku geli,”

Ada riak terkejut. Begitulah semua permintaan aku kepada semua kawan lelaki atau mereka yang boleh di’aku’ ‘engkau’ kan. Termasuk manusia di depan ini. Mungkin sedikit janggal. Kalau waktu pejabat jadi ukuran, aku akan terus memanggil Dr. Fahmi, dan dia pastinya perlu memanggil Cik Huda, bukan? Tiada masalah sepatutnya.

Luar waktu pejabat, aku selesa begini.

Alasan?

Sebenarnya, aku ingin menjarakkan hubungan. Pada aku, ‘saya’ ‘awak’, cukuplah antara aku dan Umar. Bila ‘aku’ ‘engkau’ begini, rasa lain tiada. Rasa lain yang hanya untuk Umar. AKu rasa tidak salah itu.

“Kenapa?”

“Perlu ada alasankah?”

“Mungkin,”

“Orang suka block jalan orang memang macam ni,”

Dia ingin ketawa lagi. Seperti biasa dia tetap memilih untuk terus menahan.

“Semoga aku tak jumpa kau atas jalan raya lagi,”

Lega. Lega dia menerima permohonan ‘aku’ engkau’ itu. Sekalipun ramai manusia yang sering memandang pelik atas permintaan ini, aku tidak tahu ingin kategorikan sebagai boleh atau tidak, atau patut atau tidak.

“Tapi jangan harap aku akan berbaik dengan mudah,”

Tapi mengapa? Lelaki memang pelik. Umar? Dan dia juga.

“Engkau buat apa kat sini? Mengacau aku pula tu sampai cair sundae ni,”

“Nak masuk Anakku,”

Kerutan tercipta.

“Kau pregnant?”

Kenapalah aku tak terfikir dari kerutan itu. Aku perlu menjawab apa? Tentang kepelikan aku yang satu ini? Oh tidak! Lalu mengiyakan? Apa salahnya? Salah, itu menipu. Aduhai.

“Aah,”

 

Advertisements

~ oleh INFINITY di Disember 5, 2008.

3 Respons to “Tsunami Hati [6]”

  1. besnyer..sukaaa sangat.

    hahaha. mengapakah?

  2. […] View post:Tsunami Hati [6] […]

  3. emo jap

    rasa nak sekeh Dr Fahmi tu

    teringat kat bdk medic yg agak sama senget cam watak Dr Fahmi tu

    hik~ Budak medik baik-baik. Hhahaha. Seperti Syafiq. Kot. Huhuhu

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: