Tsunami Hati [5]

Sebelum aku menamatkan pengajian dua bulan lalu, aku tak pernah jumpa doktor lelaki ini. Aku terfikir siapakah? Sepanjang aku melakukan pemerhatian untuk penyakit telinga di klinik yang lebih dikenali sebagai klinik Ear Nose and Throat (ENT), tiada pula aku ternampkkan dia.Bagi pelajar pula, ENT lebih dikenali sebagai ORL. Otorinolaringologist. Ah, nama medikal. Kadang-kadang menggelikan hati untuk disebut.

“Puan, doktor tadi tu, doktor baru ye?”

“Yang mana?”

“Ala, yang patient budak perempuan tu,”

“Dr. Fahmi?”

“Yang tu lah kot. Huda tak sure nama dia,”

Puan Siti tersengih-sengih. Sah. Sah pemikiran dia dah melencong ke lain.

“Tu dia ada kat hujung,”

Sambil memuncungkan bibir ke arah lelaki yang melihat aku setajam pedang tadi.

“Tahu. Ternampak tadi. Ni saya tanya,”

Aku ada terfikir juga. Memang normalkah kalau gadis sebaya aku menanyakan tentang lelaki, maka mereka yang sudah berkahwin atau dalam erti kata sudah makan garam dalam bab-bab cinta akan menyalahertikan sebagai suka?

Entahlah.

“Doktor tu baru. Dia sambung master ORL untuk jadi surgeon kot. Under supervision Prof. Am rasanya. Baru je tu. Anak didik kesayangan Prof tu. Bijak, cekap, berwawasan. Pendek kata baguslah buat kerja. Handsome pun. Huda apa lagi?”

Aku dah agak. Memang dah agak dah. Aduhai.

“Hish. Ke situ pula dah puan ni. Dia sombong tak?”

“Kenapa tanya macam tu?’

Ah, sudah. Kenapalah lancang sangat mulut aku terkeluar soalan tak patut sebegini. Otak aku mula ligat memikirkan perkara untuk menampung silap atas keterlanjuran perkataan yang tidak sepatutnya.

“Puan kata anak didik kesayangan Prof. Am. Mestilah Huda tak senang duduk. Mahu Huda tak jelous, Huda je boleh jadi anak didik kesayangan dia,”

Puan Siti mula ketawa dan aku lega. Mujur wanita bercahaya mata kembar ini tidak mengesyaki apa-apa. Rasanya tidak patut aku memulakan hari dengan membawa seolah mesej bermusuh dengan sesiapa. Lebih baik begitu barangkali walaupun perangai teman multidisiplin aku ini agak menjengkelkan. Itu persepsi pertama aku.

“Dia tak sombong, tapi tegas. Kalau luar waktu pejabat, seronok juga bawa berbual dengan dia,”

Tak sombong? Macam tu ke tak sombong? Biarlah.

“Yang dia cakap pasal sekat-sekat jalan tadi kenapa?”

“Oh, pagi tadi Huda salah masuk jalan. Jaga tahan kereta tak ada sticker. Masa sibuk explain tak tahu ada kereta kat belakang. Terlambat sikit je, tu yang dia cakap pasal sekat-sekat,”

Aku tersedar sesuatu. Aku salah masuk jalan sebab aku tak ingat itu kawasan asrama dan aku tidak tinggal di asrama lagi. Aku sudah terbiasa dan itu bukan disengajakan. Yang dia masuk ikut laluan asrama juga, kenapa?

Tapi bukan pelik pun. Laluan asrama tembus juga ke kawasan hospital bahkan lagi dekat ke jabatan ORL. Kalau tidak, mahu aku pucat semula kena patah balik keluar.

Entah.

Advertisements

~ oleh INFINITY di Disember 4, 2008.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: