Tsunami Hati [3]

Ya Allah,
Jika benar ini permulaan hidup fasa kerjayaku, permudahkanlah segala urusan. Jika ada sukar yang meminta aku untuk bertahan, kuatkanlah hatiku. Andai ada gusar perlu aku telan, biarlah hadam dengan jalan penyelesaian. Sekiranya kelak, aku jatuh tak berbantu, tabahkan hatiku untuk bertatih semula.

Ya Rahman,
Dugaan bukan mudah. Juga bukan terlalu payah. Segala sukar, pasti mampu aku tahan. Itu janjiMU. Susahnya ujian hanya bagi mereka yang layak, itu aku tahu.

Ya Rahim,
Kurniakan aku kelapangan hati. Hadiahkan aku ketenangan perasaan. Berilah aku ruang nafas untuk usaha berkekalan. Mereka di hadapanku kini, amanah untuk aku sempurnakan. Bantuan tangan, akal, perasaan dan juga kemampuan, perlu aku berikan. Aku mohon petunjukMU untuk setiap gerak laku juga keputusanku.

Ya Muhaimin,
Aku tidak tahu apa akan jadi esok. Aku tidak pernah akan tahu. Rahsia dalam suratanMU, peganglah hati aku untuk redha. Segala kurniaan duniawi, ikatlah hati aku jauh dari terperangkap dalam bangga. Setiap dugaan mahupun kesenangan, pelihara hati aku dari mengeluh susah.

Bantu aku Ya Allah. Bantu aku.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Folder Arina, bayi yang mendapat kuning aku belek semula. Membaca sacara ringkas. Aku bangun menuju kaunter. Berdehem membetulkan nada, perlahan mendekati pembesar suara.

“Nur Arina Hafizi, sila masuk,”

Aku mengulang sekali lagi. Puan Siti seperti biasa, tersengih memanjang memandang aku.

“Sedap dah suara Huda tu,”

Ada pula macam tu? Tanpa kenyataan itu, aku tahu suara aku memang lunak. Aku mengumam dalam hati menjawab dialog Puan Siti. Aku tersenyum sendiri.

“Sengih-sengih tu, apa pasal?”

“Suara Huda memang sedap pun. Macam tomyam. Puan tak cakap pun Huda tahu,”

“Perasan,”

Seorang lelaki berbaju kemeja biru berkotak kecil bertali leher sedang berusaha membuka pintu. Hemat aku, pakai sekemas ini, mencerminkan kerjaya yang mungkin dalam kalangan professional. Mungkin. Bayi dalam kendongannya menyukarkan lagi pintu klinik yang besar dan agak ketat. Dorongan tenaga yang kuat perlu. Aku sendiri, kadang-kala tak terlarat untuk membuka itu. Terutama sekali apabila sesi klinikal petang, seluruh tenaga sudah minima.
Pantas tangan aku membantu.

“Encik Hafizi?”

“Ya,”

“Jom. Klinik satu,”

Aku berjalan depan. Lelaki bernama Hafizi di belakang. Aku agak pelik. Biasanya ibu yang membawa bayi mereka mendapat rawatan. Kali ini, agak lain situasinya. Ini bakal menyukarkan keadaan. Lelaki tidak boleh menyusukan bayi jika bayi menangis secara tiba-tiba. Jika ini berlaku, segala ujian saringan mungkin tidak dapat dilakukan.

Pada aku, bayi lebih selesa dalam dakapan ibu berbanding ayah. Mungkin aku mendiskriminasikan jantina, tapi itu yang selalu aku rasakan. Ibu dan ayah ada aura mereka yang berlainan tetapi tersendiri. Buat masa ini, aku hanya berharap keadaan tidaklah terlalu sukar.

Hari pertama yang penuh kejutan.

Aku melihat Arina selesa dalam dakapan ayahnya. Beberapa kali Arina memberikan senyuman secara tiba-tiba respon natural seorang bayi kurang dari sembilan bulan umurnya. Comel. Arina bijak. Setiap kali diagah, dia mengekak menampakkan gusi. Mata bundar kecil yang berkelip itu, menggamit satu perasaan normal wanita.

Bayi. Kombinasinya pasti segala yang berhubungkait dengan kecomelan.

“Selalu ibu yang bawa anak datang buat saringan. Hari ni lain, kagum saya dengan Encik Hafizi,”

Aku memandang Arina lagi.

“Comelnya dia. Arina datang sini nak buat apa?”

Bayi bernama Arina tersenyum. Aku belai pipi putih gebu miliknya. Sesekali dia berkerut dengan bibir bergerak. Normal. Kelakuan itu menunjukkan dia masih ada ‘sucking reflex’ yang ada pada setiap bayi normal.

“Lama ke dia dapat kuning? Doktor ada buat apa-apa ke macam letak bawah lampu?”

Kes baru maka semuanya bermula dari A. Sebelum memulakan apa-apa, aku harus mendahulukan dengan ‘history taking’.

“Mulo-mulo tak dok gapo. Bawok kelik umoh. Bekali Arina tok nyusu ma dio, tu kot dapat kuning. (Mula-mula tak ada apa. Bawa balik rumah. Mungkin Arina tak menyusu dengan mak dia, tu dapat kuning,”

Aku memandang dan dia menyambung.

“Ko guano? Ado jugok baco, baby kena menyusu sebab nok buleh imunisasi asli dari mok. Sayo tok tahulah, mugo saya bukan doktor. (Ke macam mana? Ada juga baca, baby kena menyusu sebab nak dapat imunisasi asli dari ibu. Saya tak tahulah, sebab saya bukan doktor),”

Jelas benar dia membaca. Juga ketara dia mengambil berat tentang bayinya.

“Kenapa tak menyusu?”

“Ma dio meninggal masa lahirkan dia. Arina anok sulung, jadi sayolah hok jung ngasuh lo ni. Dia tak dok sapo doh. (Mak dia meninggal masa lahirkan dia. Arina anak sulung, jadi sayalah yang menjaga dia sekarang. Dia tak ada siapa dah),”

Ada nada sayu di situ.

Aku rasa bersalah bertanya.

“Maafkan saya,”

“Tak dok gapo eh. Hok gi tu, biarlah gi. Hok hidup ni, keno teruskan. Dio tinggal Arina untuk sayo. Lebih dari cukup. Baik dari tak ado lasung buak kenange. (Tak ada apalah. Yang dah pergi, biarlah pergi. Yang hidup ni, kena teruskan. Dia tinggalkan Arina untuk saya. Lebih dari cukup. Baik dari tiada langsung untuk kenangan),”

Aku memandang Arina seperti tadi. Kali ini dengan pandangan simpati dan juga sayu. Tabahlah kamu, Arina.

P/S: Kerana cerita ini berlatar belakangkan Kelantan, maka dialeknya juga Kelantan untuk lebih realistik. Readers outside please notice ni, perlukan translation atau tidak? Aku malaslah pulak nak men ‘translate’. Mahukan standardkan bahasa melayu sahaja, atau teruskan dialek ini tanpa terjemahan atau berterjemah seperti diatas?

 

Advertisements

~ oleh INFINITY di Disember 2, 2008.

4 Respons to “Tsunami Hati [3]”

  1. hhmmm… kagum ngan encik Hafizi tu… sungguh positif dia…

    semoga.. haha

  2. perlu arr translate … jangan mung traslate bahsa siam douh lerr..Gua faham sawadikap..kap.kap.. jerkkk !!!! hehehehehehe…

    beres2 bos. hahaha

  3. Aik!! tak leh nyamar lak sebagai REader OUTside ..
    kluar gambor ikang tu plak doh..
    hahahahaha

    kalau cicak nak menyamar jadi ikan. Macam ni la..hahaha

  4. heheh…tak sabo nak bace yg sterusnyer…
    takpo..adik pehe..
    idop klate!!! wahahaha

    hiduuuup!! hahahah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: