Tsunami Hati [2]

Satu langkah demi satu langkah. Suasana hospital masih biasa. Terus biasa. Sudah namanya hospital, mana-mana tetap sama. Yang mungkin ada beda, infrastrukturnya. Mungkin di sini, begini dan di sana, begitu. Ciptaan manusia mana pernah sama, seperti tidak samanya pemikiran.

Jika sama, mana mungkin ada peperangan, bukan?

Aku tersenyum melangkah. Melihatkan beberapa pelajar medikal segak berkot putih. Sesekali aku menjeling tag nama tergantung kemas. Aku masih jelas perbezaan pelajar di sini. Tag nama biru untuk perubatan, merah untuk pergigan dan ungu untuk kesihatan.

Aku dulu megah bertag nama ungu. Dan kini, aku tidak perlu ketiga-tiganya. AKu sudah berjaya bergelar audiologis. Aku sekarang hanya memerhatikan pelajar-pelajar ini pula berusaha keras sebagaimana aku dahulu.

Aku mungkin akan mengalami perkara yang sama semula, jika berpeluang menyambung master.

Berapa langkah selepas melepasi makmal hematologi, maknanya sampailah aku di klinik untuk berkhidmat. Jika dulu menimba ilmu sebanyak mungkin, kini masih sama. Bezanya, dua perkara. Aku perlu bertindak profesional dan beretika yang bukan lagi pelajar memohon bantu jika silap berlaku. Juga, aku kini bakal menjadi clinician tempat rujuk pelajar selepas ini.

Pintu klinik aku tolak perlahan. Menarik nafas dan berusaha tersenyum.

“Puan Siti, saya balik!”

Manusia pertama aku jumpa di kaunter temujanji. Antara manusia yang banyak membantu sepanjang perjalananku bergelar pelajar, Puan Siti.

“Hai audiologis baru. Boleh buli ni,”

Aku ketawa. Bersalaman. Mencium tangan. Antara lakuku yang paling sopan, mengucup jemari manusia yang lebih berusia, yang berpengalaman, yang menabur budi juga yang tidak lelah mendidik membantu.

“Bulilah. Berani buli, Huda repot Prof. Am, audiologis senior membuli audiologis junior,”

Aku ketawa galak.

“Saya tak kisah pun, Prof. Am lagi sayang orang lama,”

“Ceh,”

Aku menilik di luar cermin. Ada ramai ibu bapa, bayi dalam dukungan dan kanak-kanak menanti. Dua budak lelaki sibuk bercerita itu ini menarik hati untuk tersenyum seperti biasa.

“Banyak patient hari ni?”

“Hari Ahad, kes baru macam biasalah. Awak macam tak biasa observe jadual klinik ni. Eleh, baru dua bulan cuti, dah buat-buat lupa ya?”

“Hahaha. Ada-ada je puan. Manalah tahu, pemergian saya merubah segalanya,”

“Ayat tak menahan. Ni, baca folder patient ni. Huda ambil kes baru hari ni. Patient jaundice, Arina. Dulu masa student, suka present patient ada jaundice, ni tugas pertama,”

Aku ketawa terus. Senaman pagi hari ini dipenuhi dengan tawa. Untung juga berkerja di sini. Ini tempat kerja impianku, dan ini juga situasi kerja ayang aku cari. Penyakit kuning istilah biasa antara penyakit yang aku suka untuk faham. Penyakit biasa yang memungkinkan manusia kehilangan pendengaran normal. Penyakit yang juga boleh melumpuhkan upaya seorang manusia. Penyakit yang memberi warna kuning pada manusia.

Leka aku menatap satu-satu info yang tertulis jelas pada beberapa keping kertas. Pesakit paediatrik dari Neonatal Intensive Care Unit (NICU) yang mengalami kuning yang teruk. Satu tarikan nafas mendalam. Otak aku ligat memikirkan dan mengulang pelajaran lalu. Ujian apa sepatutnya. Jika bayi ini bermasalah, aku patut buat apa? Ngeri.

“Hai. Tak kan dah cuak?”

Senyum.

“Mestilah. Name tage ni dah bertukar dah. Bukan pelajar lagi. Kalau salah bagi result, mahu kena saman,”

Jam belum pukul 9. Klinik masih belum boleh buka. Kemujuran ini membenarkan Puan Siti dan aku ketawa segalaknya.

Zapp!!

Erk!

Pintu klinik terbuka cepat mengundang gamam. AKu terkejut. Tawaku mati. Mataku terbuka luas. Seorang lelaki berkot klinikal putih pantas berdiri di sebelahku. Dari gayanya seolah ada perkara penting untuk dibincangkan bersama Puan Siti. Aku menginjak sedikit ke tepi memberi ruang. Meja kaunter kini dipenuhi dua orang. Aku dan doktor atau bakal doktor itu.

“Puan Siti. Saya nak repeat semulalah Pure Tone Audiometry test tu. Patient minggu lepas datang semula minggu ni. Saya tak puas hati result tu. Macam ada silap. Tapi, itulah. Patient dah datang. Puan free ke?”

Sah dia doktor. Aku ternganga-nganga. Tidak tahu butir bicara, hujung pangkal. Senyap memandang Puan Siti. Untuk memandang doktor itu, oh aku kecut.

Kenapa tidak puas hati? Ujian itu untuk menentukan setakat mana kemampuan seseorang boleh mendengar. Kekuatan bunyi paling minima yang boleh mereka dengar menjadi indikator mereka normal atau tidak. Ujian semudah itu, boleh berlaku silapkah?

Aku senyap memandang.

“Kejap lagi ada, patient saya dah datang. Bilik 1 tak ada patient lagi. Appoiment patient pukul 10. Nak result cepat ke?”

“Kalau boleh cepat. Malas nak tangguh. Tak ada clinician free ke?”

“Rina dengan Ain pergi KL. Seminar. Rosman saya tak sure,”

Puan Siti memandang aku. Aku membeliakkan mata. Jangan.

“Audiologis baru ada ni,”

Aku menunduk. Aduhai.

“Patient jaundice tu..”

“Bukan lama pun test tu,”

Aku tiada bicara. Kenapa aku? Dugaan pertama.

“Bolehlah,” Aku menjawab perlahan. Masih menunduk.

Aku perasan doktor berkot putih itu memusingkan kaki ke arah aku. Lagilah aku kalut.

“Audiologis baru? Mana? Nih?”

Barangkali Puan Siti mengangguk. AKu mengangkat muka memberi senyuman. Erk!

“Bolehlah kan? Takkan tak boleh? Bukannya lama macam berborak dengan Jaga tengah jalankan?”

Kenapa lelaki ini. mengapa manusia ini? Aku dapat mengagak perkara yang sungguh tidak menarik akan berlaku. Dugaan kedua. Peluh memercik semula. Takkanlah kes pagi tadi dilanjut hingga kini.

“Korang kenal ke?” Aku memandang Puan Siti yang seolah menunjukkan minat. Aku menggeleng. Si tuan doktor mengangguk.

“Tak kan tak kenal orang suka blok jalan. Patient on the way, please let her bring that result to me immediately after the assesment done,”

Dia keluar. Aku tercengang. Besar sangat ke dosa aku? Ingin ketawa pun ada. Mengamuk apatah lagi. Haih! Puan Siti memandang aku. Janganlah bertanya lanjut. Tolonglah jangan.

“Huda….”

Pintu terkuak. Seorang pelajar perempuan berseragam putih masuk.

“Doktor Fahmi suruh datang sini,” Budak perempuan itu berbicara agam kuat. Jelas, Sedikit tidak normal dari nada itu.

Aku memandang penuh mesra.

“Jom, ikut kakak, saya pergi dulu Puan!”

Mujur.

Advertisements

~ oleh INFINITY di Disember 1, 2008.

2 Respons to “Tsunami Hati [2]”

  1. hahahaha ..kalu gua arrr ,,,trus gua amik MC 3 hari time tu dgn Puan Siti…hahahaha

    Ada-ada je kamu. Hahahhahaha. Mungkin boleh guna =) Hee~

  2. erkkk… x abis lagi kes block jalan tuh… isk isk… seramnya doktor tu…

    mungkin..hahaha

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: