Masa Depan

Hari ni aku menghabiskan masa menonton kartun kat TV9 dekat di hati. Oh, balik kali ni aku bosan mendengarkan adik aku yang tak berhenti menyanyikan lagu Nasi Lemak Kopi O yang entah apa-apa. Adik aku memanglah gila nak bercakap dialek kelantan. Sampai satu masa aku malas nak betulkan. Sah-sahlah aku malas, cakap gila banyak salah. Pulak tu, dah bunyi ala-ala siam pun ada. Ada sekali tu dia masuk dikir barat sekolah dia, sepanjang minggu aku serabut tengok dia menari tarian dikir barat. Tak betul dah budak tu. Hahahah.Sambil tengok-tengok Jimmy Neutron, sambil borak-borak dengan mak. Oh, aku dah hafal susunan kartun kat TV9 tu. Paling aku suka nak tengok, Jimmy Neutron, CatDog dan paling seronok semestinya Sponge Bob Square Pant (macam ni ke eja dia?). Cuma sekarang, bila SpongeBob habis, aku mesti tergelak bila part muzik akhir. Teringat bunyi mesej Si Syafiq. Muahaha. Boleh ke macam tu? Hahuahua.

Em. Tadi berborak dengan mak aku. Mak aku kalau cuti sekolah, dia pun cutilah. Paling seronok, aku dapat meng ‘order’ makanan sepanjang cuti yang aku rasa nak makan. Huu~

Mak aku berceritakan yang kakak aku nak sambung study. Katanya setahun je. Aku tak tahulah sistem pembelajaran jururawat macam mana. Aku suka kakak aku dah kerja. Kerja pulak dekat-dekal, HKL. Bila balik, aku pau duit dia. Dia satu-satunya kakak yang paling pemurah. Macamlah aku ada kakak lain. Hahaha. Aku tanya juga bila kakak aku nak kahwin. Seronok juga kalau aku balik ada anak saudara nak buat main. Gila bosan duduk rumah -_-“

Malangnya aku pun tak tahu bila dia nak kahwin.

“Angah ingat nak sambung belajar terus lepas habis ijazah ni. Itupun kalau USM nak supportlah,”

“Kalau sambung, berapa tahun?”

“Kalau master clinical Insyallah 2 tahun je. Tapi ingat nak sambung phd terus. Nak buat pHD, paediatric Audiology,”

“Agak-agak berapa lama?”

“Adalah 5 tahun kot. Kalau lepas Master and nak sambung pHD boleh dah nak perform clinical kat hospital. Kira macam kerja sambil belajar,”

“Nak buat kat mana?”

Ni course baru. Malaysia tak ada. Kalau lecturer angah, dia buat kat Australia. Angah ingat nak buat kat situ juga kot. Kalau USM nak sponsorlah. Hehe. Lagipun memang hajat nak buat under USM, nak sambung jadi lecturer. USM pun tengah tak cukup lecturer jugak untuk Audiologi ni. Bukan USM je, UKM UIA. Samalah. Benda baru. Nanti mak ayah bosan-bosan, lepak Kelantanlah,”

“5 tahun tu. Lamanya,”

“Kalau dapatlah. Mak doa-doalah dapat,”

“5 tahun. Angah tak nak kahwin ke?”

Erk!

“Cakap pasal kahwin. Kalau sambung belajar dan dah berkahwin, ada elaun untuk orang yang dah kahwin. Kira ada duit belanjalah. Hehehe. Kahwinlah dulu, baru fly. Kahwin bukan lama pun,”

Sengih-sengih.

“Dah ada calon ke?”

“Mestilah tak ada. Maklah cari. Nanti kalau dah dapat tawaran, mak cari terus,”

“Heh. Tak retilah mak,”

“Sampai masa, kahwinlah,”

“Dah ada calon ke?”

Beria benar mak aku. Well, semua kawan lelaki dan perempuan aku rasanya sorang pun aku tak sorok dari pengetahun mak ayah aku. Mak aku pun kenal je sorang-sorang. Mungkin aku suka bercerita pasal semua benda yang berlaku setiap hari dan semua watak-watak yang terlibat, jadi diorang pun dah hafal semua nama kawan-kawan aku. Termasuk cerita lama. Bila semuanya tamat, aku bagitahu juga.

“Mana ada. Couple-couple ni haram. Mak carilah nanti,”

“Tak retilah mak,”

Aku?

Aku gelak-gelak je.

Dengan perangai aku macam ni, aku wonder juga, siapalah yang malang itu. -_-“

Advertisements

~ oleh INFINITY di November 28, 2008.

6 Respons to “Masa Depan”

  1. salam ziarah..
    muga2 k. huda cepat2 dapat calon..
    nak join makan nasik minyak..!! hehehe

    muahaha…amiiiin! hee~

  2. lawak plak baca entri nie… mak awak plak yang cuak… 😛

    hehe. Entah dia. Huu~

  3. ”…………siapalah yang malang itu”

    hahahahahahaha…..best..best.. leh makan nasik minyak..

    tak ada maknanya. Huu~

  4. de lak ckp malang..xbek tau..
    ko ok pe??ko la shbtku yg plg b’wawasan..
    2 yg aku nmpk scra zahirla..huu
    insyaallah..ko kn dpt yg t’bek nnti..
    ameeen…

    Amiin. Kau mabuk apa puji aku ni? Muahahhaa~

  5. ok.cepat2 ye..adam dan umar menunggu =p

    mane tagnye?

    Hihi.. Umar adik, Adam abang. Muahahaha. Itulah. Yang sepuluh perkara paling pelik. hihi~

  6. haha tak tahan ayat

    ” kahwin bukan lama pun”

    wes, ingat kawin ni main pondok2 ke?

    Laa, betul apa. Kahwin, akad nikah je. Yang lelain tu aksesori je. Hiks

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: