Ini Agak Pelik

award-kreuger

Ini hadiah dari cik Dharajaku. Sorry sangat, malas nak upload hari tu. WordPress lambat. hee~ Saya bukan sabar untuk menunggu. Owh, again, Arigato Gozaimas.

Erk! Sebenarnyalahkan apsal aku rasa ejaan ni salah? Aku rasa blog aku ni sangat hampeh. Blog aku ni hanya cerita nonsense dan tempat untuk aku buang masa luah benda yang aku rasa dalam hati. Terutamanya marah dan benci. Dan juga tempat aku ingin bersabar supaya lebih kuat. Owh, dan menyatakan aku minat itu ini. Walaupun ada seorang manusia telah menyalahanggapkan erti cinta, tidaklah mengapa. Asal hidup aku tenang aman damai, suka hati kamulah -_-“

Jadi, kalau ada, kalaulah ada sesiapa nak meng’award’kan aku. Silalah berfikir semasaknya. Sebab aku rasa tak ada benda yang menarik pun di sini. Hahahah. Tapi kalau nak bagi juga, tak boleh nak buat apa-apa dahlah. Ayat perasan. heheheheh. Thanx ya Dharajaku..=)

Dan blog juga merupakan link tempat aku menengking dengan marah pada blog orang lain. Especially Wandai. Sebab tulis kat sini, orang akan baca walau kadang-kadang kita tak mention. Mereka pasti terasa. Jadi kita cari orang dan aku cari Wandai. Wandai tak kesahkan? Psstt.. dia yang kata tak kesah dulu. Muahahaha.

Jadi, demi menjaga hati Wandai, kononnyalah, aku buatlah homework dia. Walaupun dia kata aku perasan comel, tak mengapa. Hakikatnya aku memang comel. Hehehehe.

Inilah dia… Terimalah!

1. Each player of the game starts of with 10 weird things/habits/little known facts about yourself.
2. People who get tagged need to write a blog of their own 10 weird things/habits/little known facts as well as state this rule clearly.

3. At the end you need to choose 10 people to be tagged and list their names.
4. NO TAGS BACK!

Satu.

Aku pemarah. Pelik ke? Pada aku pelik. Bila aku marah, terutamanya marah dengan orang, aku akan berfikir segala macam cara untuk balas dendam. Aku akan berfikir itu ini yang negatif untuk menunjukkan marah. Aku akan jadi syaitan berjuta tanduk serta merta. Bila aku marah, sangat marah sebenarnya dan aku tak dapat luahkan dengan perkataan, aku akan menangis. Dan kemudian aku tidur. Bila bangun, tak ada dah dendam-dendam yang aku reka masa marah. langsung tak ada. Aku boleh jadi biasa. Ketawa semula dan relax. Aku akan bercerita dengan tenang dan aku akan OK. Aku kemudian akan ketawa mengingatkan segala perbuatan ingin membalas dendam yang aku fikirkan. Hahaha. Tapi awas! Jika aku diam tanpa bicara walau kau membuka pelbagai cerita ketawa, itu maknanya aku sedang mengawal amarah aku. Again, aku bukan sesiapa untuk dikisahkan. Kalau aku marahpun, siapa peduli. Kan?

Dua.

Owh, aku sangat mudah suka orang. Sila baca dengan perkataan berlawanan jantina. Nampak macam menggatal pula kan? Hahaha. Suka hati akulah. Itu benda yang pelik. Sekurang-kurangnya pada akulah. Aku selalu berfikir manusia sebegini fikirkan apa. As for me, i always think that man is seriously unpredictable. Woo! Sound weird isn’t it. Well, if that man done things that realy em.. OK senang cerita bertepatan dengan akal aku fikirkan, itu comel dan baik. Aku akan suka. Dan aku tidak kesah untuk bekerjasama. Walaupun satu ketika dulu aku pernah separuh mati membenci. Jadi, bila aku berbaik-baik. Silalah jangan perasan aku jatuh cinta. Toooooooooooooolonglah!

Tiga.

Aku tak pernah mempercayai cinta pandang pertama. Oleh kerana sekarang banyak kisah atau cerita atau drama atau filem yang berkisahkan cinta pandang pertama, aku terjeluak. Jadi aku tak suka menonton ini sebagaimana aku tak pernah mempercayainya. Mungkin ini akan berubah, kalau aku melaluinya. Dan, dengan sombong aku mengatakan mungkin tidak.

Empat.

Aku sangat suka kanak-kanak. Pelikkah? Mungkin tidak. Tapi aku rasa naluri kegilaan aku pada bayi sangat pelik. Seperti kalau aku stress menggila, aku akan keluar naik bas yang melalui jalan paling jauh ke Kota Bharu semata-mata ingin melihat peralatan bayi. Oh, dan seperti aku melihat buku cerita kanak-kanak, aku membayangkan aku membacakannya sebagai ‘bed story’ untuk mereka hingga tertidur. Ada satu benda sukar ditafsirkan. Ah, kau tak tahu tu!

Lima.

OK, aku tak suka memasak. Mak aku selalu mengatakan ini bila aku membuat benda lain di rumah selain dari memasak, “anak-anak angah nak makan apalah esok,”. Well, aku tak rasa aku tak reti atau aku malas. Aku rasa bukan keperluan untuk aku memasak lagi. Hahaha. Asrama mengharamkan memasak didalam bilik. Jadi tidak perlu. Dan di rumah, aku hanya membantu mak aku kalau dia pun cuti dari mengajar. Aku suka memotong segala macam sayur, dan mak ayah aku puji aku potong sangat cantik dan halus. Hahaha. Tengok berapa jam pula masa diambil. Satu sebab aku malas masak, setiap kali aku buka buku resipi bila tiba-tiba hormon aku berubah untuk rajin memasak, aku perlukan kesempurnaan. Macam bila dia kata halia 2cm, jangan tak tahu aku menggunakan pembaris. Dan aku akan menyusun segala peralatan dan rempah ratus, dan sayur-mayur dengan lengkapnya. Dan jangan tak tahu kalau instruction gula dua sudu, dua sudulah yang ada dalam piring. Ala yang macam dalam TV tu.  Jadi proses memasak jadi lama, banyak pinggan mangkuk nak kena basuh, lepas tu hasilnya tak sesedap mana. Cantik je lebih sebab dalam buku resipi cantik. Hahahah. O, itu alasan aku tak nak memasak. Satu lagi, aku rasa bila aku dah ada anak, secara automatik aku akan masuk dapur kan? So, mak, relax-relax dah eh. Hehhehe. Kalau mak aku baca, mau kena pelangkung ni.

Enam.

Aku sangat degil. Kalau aku kata hitam, jangan cakap putih. Engkau akan sakit hati kerana aku tidak mengikut atau engkau akan bengang aku akan buat tak tahu tentang putih itu. Peliknya, aku mudah berubah. Kalau engkau bijak memanipulasikan fakta hingga membuat aku terfikir semula hitam atau putih, dan berjaya membuat aku memikirkan semula baik-buruk, aku dengan tidak teragak-agak menukar pegangan. Walau sebelum ini aku bermatian berkeras. Seperti tiada stand yang kukuh kan? Katalah apapun, aku dah lali dengan buruk perkataan.

Tujuh.

Aku kasar. Sinonim perempuan adalah feminin, lemah-lembut, sopan santun..bla..bla.. Walaupun adik beradik aku semua perempuan, dan mereka sangatlah feminin, aku? Oh! Pernah aku konon-konon nak pakai skirt, akhirnya skirt tersadai dalam loker. Pakai skirt jadi tensi. Nak jalan pun kena perhati langkah. Pernah juga aku try pakai high heel adik aku, hasilnya mestilah aku terpeleot. Dulu aku sedih juga, bila semua kawan lelaki aku kata aku gila kasar. Tapi, sekarang aku peduli apa. Aku kasar sekalipun, aku tak guna tangan kau untuk makan. Hahaha. To be honest, aku pelik kenapa perempuan boleh buat semua ni. Dan aku pelik kenapa aku perempuan yang tidak boleh melakukan ini semua. Aku MUNGKIN akan jadi feminin, MUNGKINLAH satu hari nanti. Bila aku dah besar.

Lapan.

Aku sangat mengagumi doktor atau bakal doktor. Tersangat mengagumi sehingga ketika orientasi dulu, aku fikir bakal-bakal doktor semua speaking. Tak pasal-pasal aku cakap omputeh dengan Alif masa aku separuh mati demam sebab bosan. Dan sebab aku terlalu mengagumi mereka, aku fikir mereka tak makan maggi, twisties mesti mahu, mamee slurpp, atau pelbagai cikedis lain yang tak berkhasiat. Aku terlupa bahawa mereka juga manusia biasa. Sebenarnya aku selalu overestimate orang. Dan kerana sifat ini, aku selalu memasang cita-cita tinggi menggunung. Itu positif. Dan kerana aku sekarang dikelilingi doktor dan bakal doktor, maka aku megimpikan ini. PROF. DR HUDA MUSTAFFAR. Pelik bukan? Kalau mereka semua itu tak ada, maka impian aku berubah apa?

Sembilan.

Kalau aku sedih, aku suka duduk dibawah pokok. Atau diatas rumput. Aku suka menangis di situ. Bukan di bahu orang. Dan kalau aku takut, jangan memujuk aku. Aku hanya perlukan pelukan dan dengarkan aku.

Sepuluh.

Ini menjawab kepelikan nombor dua dan tiga. AKu pernah jatuh cinta yang pasti bukan pandang pertama. Pandang petama pada aku tak lebih sekadar kagum. Pandang pertama hanya berlaku kerana sesuatu yang ekstrem. Seperti manusia itu terlalu cantik, lalu kau menyukainya. Atau ayu, atau cute atau ada sifat yang kau sukai. Pandang pertama yang tak menjelaskan segala-gala sifat pada seseorang itu. Dan bila kau kenal, mungkin cinta itu hilang dan tidak mustahil kau mula membenci. Berbalik semula pada aku dan cinta dan cita. Pegangan aku untuk masa depan teguh lalu kita hanya perlu menanti. Cinta ditempat kedua dan cita adalah juara. Andai aku perlu memilih, tiada kata dua untuk cinta. Maka, cinta menarik diri sedangkan perasaan itu sudah berbekas. Walau cinta telah merosakkan beberapa jalan masa depan, merobek kejam hati, mendera gila perasaan, membiarkan air mata tiada harga, membuat hati tegar memujuk derita, walau dia membuang aku seperti sampah, menyumpah seranah dan membuat aku tak terdaya melangkah.

Setiap manusia wajar ada peluang kedua. Dan aku memberikan semua peluang yang diperlukan. Dan disiakan.

“Aku peliklah kau ni. Dah macam-macam benda jahat kau dapat. Itu pun kau nak bertahan? Kalau aku, selamat jalanlah,”

Pelik nombor sepuluh. Walau berjuta manusia di depan aku. Buat masa ini, tiada langsung yang satu. Walau aku menyebut berjuta kali suka, sebenarnya hati aku langsung tidak membicarakan itu. Walau kau nampak aku seolah melayar pesan ada rahsia perasaan, tolonglah, aku tidak bermaksudkan itu. Kalau aku seolah suka, silalah jangan menyalahtafsir sebagai cinta. Dan walau ada yang mengetuk, hati aku sudah tawar. Tiada rasa.

Mungkin akan ada. Yang pasti bukan hari ini.

Pelik nombor sepuluh. Kau tak akan faham.

Mari Tag Mereka.

Sesiapa yang lahir bulan sepuluh. Atau berharibulankan sepuluh. Mereka yang meminati nombor sepuluh. Atau beralamatkan sepuluh. Atau apa-apa yang berkaitan dengan sepuluh. Sila buat! Jangan culas!

Advertisements

~ oleh INFINITY di November 27, 2008.

7 Respons to “Ini Agak Pelik”

  1. hud…
    kau blh jd penulis yg b’jaya..=)

    erk! ini pujian ke ngayian? muahahah.

  2. ok, yg number 4 tu mmg agak pelik…kecik2 dlu x main barbie doll kan???hihi

    aah. geli ngan anak patung tu. berhantuuuuuu! hehhe

  3. haha.
    kau dh link ke belum ke blog wandai?

    link la, kalau tak dia xkan tahu. hihi.

    huda, ada byk benda yg sama dgn aku, kau ni.

    -kasar
    -degil
    -suka kanak2
    -suka melawat Happiness Ltd. milik Wandai
    -jarang buat tugasan yg Wandai beri

    haha. aku suka entri kau ni.

    hahaha. Wandai memang suka aksi homework. Tapi selalu dia malas tag balik, kali ni entah ape mimpi dia. Hahahah.

    OK, aku ada kawan! Hehehehe!

  4. heh~
    saya suka blog awak lah cik infinity…

    owh, terima kasih. =)

  5. susunan ayat sangat puitis. i like!

    kakhuda, tak payah bimbang tak jadi feminin. sy always nak jadi ganas n xfeminin. rimas kalo org ckp feminin. kalo jd ganas cam haidar ke, n sesape yg lain yang ganas2…huhuhu sgt best!

    tapi…

    Kenapakah tapi….?

  6. khud
    pening baca
    tp gelak je kat tmpt2 klaka
    hadeh

    hehe. Owh, malangnya, kamu saya tag sekarang. Huhu

  7. no.4: mgkin kamu sesuai utk paediatric

    Cita-cita saya. Amiin~

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: