Nurse Degil!

OK aku bengang!

Tadi appoinment Imbalance. Progression, hmm~ macam dah OK. Lantaklah. Aku sebenarnya dah positif dengan penyakit aku dan aku malas layan. Sakit bukan alasan dan sakit anugerah tuhan. OK, aku positif. Kelihatan begitulah.

Dan tadi sesi refer-merefer. Letih banyak jalan. Ke Klinik Pakar TB dan berjumpa Dr. Shahidi. OK dia handsome dan baik. Pada aku dia berdedikasi. Semua doktor kat HUSM ni aku puji. Semua doktor pun handsome. Muahahha. Aku rasa dia sangat bagus menjalaskan tugas. Sebab dia refer aku pada XRAY untuk chest xray. Aku suspected to have TB. OK, itu pun tak apa. Again, sakit bukan alasan.

Oh, Alhamdulillah. TB, negatif. Syukur. Cuma, recheck untuk ESR.

Refer pada nurse pula. Ambil darah. Untuk ESR.

“Darah mudah keluar tak?”
“Kanan, mudah. Saya rasa, buat kananlah, biasa kanan,”
“Menulis belah mana?”
“Kanan,”
“Tak boleh kita buat kiri,”

Erk! Sesuka hati dia pulak -_-“

Buat belah kiri. Cucuk gila banyak kali. Tak dapat satu vein, pergi vein lain. OK, aku menggeletar. Aku tak pernah takut ambil darah. Tapi, ini melampau. Sakit. Berpada-padalah.

Dan, darah tak keluar. Degil.

“Ambil belah kananlah. Saya yakin mudah keluar,”
“Sama je dik oi. Kalau dah susah, susah juga,”

Aku hulur kanan juga. Lantaklah nak kata apa.

Cucuk.

Zapp! Darah keluar.

“Kan saya dah kata,”

Senyap.

Degil! Tangan kiri aku mula bengkak membiru. Nurse dah cuak.

“Bengkak ni. Sakit,”
“Alamak. Tekan dik. Tekan,”

Kan aku dah cakap kanan. Degil!
Ok sekarang tangan aku lebam. Berdenyut dan sakit. Yang kanan steady je.

Salah siapa?
Degil.

P/S:Seronok nak bagitahu kat sini, gigi aku sekarang fully berbesi. Again, alhamdulillah. Sekarang kena puasa tunai janji dengan Allah. Alhamdulillah. =) Lagipun, pakai braces bukan boleh makan sangat, baik aku puasa. Huu~ Syukur.

Advertisements

~ oleh INFINITY di November 24, 2008.

5 Respons to “Nurse Degil!”

  1. kawan saya pun pernah terjadi mcm ni jugak….
    gile nurse kat malaysia ni…
    dorang ingat dirang pandai kew…
    kite patient kite tahu kita sakit apa…..
    huhuhuhuhuhuhu

    Well, to be honest. Ada nurse sangat baik dan saya suka. Bukan semua nurse, tapi kali ni quite kecewa. BTW, my sister pun nurse gak. Huhuhu..=)

  2. haih~

    huhu~

  3. wahaha. nak tengok kak huda fully pakai braces! sakit tak masa pakai. teringin gile nak pakai

    tapi, orang asyik cakap ..”eh gigi kamu ok what. xperlu pakai”…err…ku kuciwa!

    Masa pakai tak sakit. Dah start malam gila sakit. Hari ni kena makan panadol tahan. Memang tak tertahan. Harap-harap lepas dua hari, OK. Owh, saaaaaaaaaakit!

  4. nurse pelatih kot tu… hehehe

    tak juga. Nampak dah berusia.
    Sometimes, nurse pelatih lagi baik.. walaupun selalu silap.
    Perkataan maaf atas kesilapan menutup segala sakit, bukan =)

  5. aku selalu fikir, org yg bergigi besi, camne nak mkn kacang?

    aku suka mkn kacang, jadi itu perkara pertama yg aku fikir.

    memang pun. Ni bukan setakat kacang, segalanya kena fikir dua kali untuk kunyah. Argh! Tensi! Nak tunggu bertahun-tahun untuk buka. Aduai -_-“

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: