Ada Apa Dengan Meeting?

Meeting. Dan meeting lagi -_-“

Kepala aku dah di setkan dengan perkataan meeting sepanjang selepas exam ni. Walaupun begitu, aku sebenarnya tak tahu apa perasaan meeting. Kerana, pertama, kalau meeting itu enjoy dan aku tidak perlu formal di mana aku boleh membahasakan diri aku sebagai aku dan diri engkau sebagai kau, aku tidak ada masalah mungkin.

Kedua, Sekiranya meeting itu dihiasi sedikit lawak jenaka oleh ahli meeting yang lain dan membuatkan aku tersengih sepanjang meeting, itu juga mungkin tidak apa.

Ketiga, meeting itu membuatkan aku banyak berfikir, menilai ragam manusia. Memerhati setiap laku seseorang dan mentafsir sendirian. Meeting begitu juga, aku rasa ada faedah. Faedah bila aku hanya perlu memerhati dan menilai hanya di dalam hati. Faedah bila, aku hanya tersenyum sedikit sinis mendengarkan sesuatu yang langsung tidak patut. Dan, faedahnya bila aku melihat hati-hati mulia sedaya upaya meng’handle’ suasana tanpa menolak sebarang cadangan apatah lagi mengeruhkan keadaan. Aku memerhati betapa sukar hati-hati mulia ini, menerima dengan tidak menyakitkan hati si pemberi. Walhal, kalau nak diikutkan, si pemberi itu layak dilanyak setiap butir bicaranya.

Oh, sombong! Mungkin.

Meeting yang aku kurang gemar.

Pertama, di sana bercerita, di sini berbicara. Pasar. Bezanya, pasar ini langsung tiada nilai hormat-menghormati. Aku di tengah bosan. Sebelah kiri satu nilai akustik perlu aku tafsir. Di sebelah kanan, pelbagai nada suara perlu aku tahan. Sudahnya, otak aku beku dan kantuk mula bertamu. -_-“

Kedua, meeting yang melebihi pukul 11.30 malam. Oh, itu masa tidurku. Aku akan menjadi wanita yang paling tidak sopan bila nguapan aku perlu ditahan. Ok, mata aku akan layu dan orang dengan segera akan tahu bahawa gadis comel ini sudah sampai limitnya berjaga.

Ketiga, bila meeting habis dan kantukku diragut. Lihat, aku perlu berusaha menjemput datang rasa lena itu. Sudahnya, end up di depan laptop menaipkan perkara-perkara seperti ini. Dan sudahnya jam menginjak ke pukul dua. Itu memberi maksud, aku akan qada’ tidur aku seperti esok tidak pernah akan siang. Kau lihat itu! Betapa tidak senonohnya aku.

Oh, sila salahkan meeting. Dan jangan salahkan aku. Aku hanya gadis naif mengikut norma keadaan. Ok, aku sedang memberi alasan.

Sekarang, aku terasa betapa lembab untuk memahami semula walau sepatah perkataan arab. Kalau dulu, enam tahun aku habiskan usia untuk bergelumang dengan bahasa syurga itu, kini, otak aku beku. Langsung beku untuk menangkap dengan cepat bahasa arab yang digunakan. Seperti beberapa minggu lepas, ada nombor tak dikenali menghantar pesanan untuk meeting. Again, meeting -_-“.

Dan aku musykil, siapakah gerangan tuan punya nombor.

“Siapa ya?”

“Ana Faisal,”

Erk! Ana Faisal yang mana? Siapa Ana? Serasa aku, aku tak ada kawan menggelarkan dirinya Ana apatah lagi berbintikan Faisal.

Gila lama aku berfikir. Mujur juga aku tidak bertanya lanjut. Jika tidak…. Malu free sahaja.

Ana Faisal samalah maksudnya dengan saya Faisal.

Gila lembab aku sekarang!

Oh, Faisal adalah pengarah untuk Minggu Penghayatan Islam (MPI), dan aku exco cabuk di bawahnya. Hehehe =P

Advertisements

~ oleh INFINITY di November 21, 2008.

Satu Respons to “Ada Apa Dengan Meeting?”

  1. salam ziarah dari bumi Dublin. Nice blog!! Keep it up. Kalau rajin, dtg laa ziarah blog hamba.. 🙂

    Insyallah. Terima kasih datang melawat =)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: