Hidup ini, macam bintang. [kisah panjang, BEWARE!]

Semalam, 18 November, peperiksaan untuk semester satu tahun dua, tamat.
Oh, semalam, Instrumentasi Audiologi memberikan aku pengajaran besar.

Aku TAUBAT tak nak spot soalan lagi. Ok, aku boleh spot soalan kalau aku nak,

1. Termenung tengok kertas.
2. Mengantuk nak membaca soalan berulang kali.
3. Meraup-raup muka dan bertafakur.
4. Owh, tengok muka lecturer pun rasa nak makan.
5. Dan sabagainya yang seantero dengan pernyataan di atas.

Hahahahahhaahahhaahhaahhahahahahhaah hampeh.

Jadi, aku tak harapkan apa-apa untuk sem ini. Macamlah selama ni aku pernah harapkan apa-apa kan? Tipu, setiap orang ada harapan, cuma berapa peratus sahaja yang dia taruhkan untuk harapan itu. Aku? Hanya kurang dari 20 peratus.

Habis cerita exam. Yang berlalu biarkan berlalu. Tak ada benda yang boleh diubah jika keadaan sudah bertukar menjadi sejarahkan?  Engkau dan aku hanya pelakon berjaya. Menelan segalanya.

Hidup Macam Bintang

Memandangkan dah habis exam, aku pernah mencadangkan dulu untuk berfoya-foya ke pantai. Aku mengajak seluruh kelas, cuma entah. Diam sahaja. Jadi, aku consider mereka tak berminat. Tinggalah, aku dan lima lagi yang lain. Ke pantai Melawi dan menginap di chalet tak ada bintang berharga RM60. OK lah tu, janji gembira. Percutian yang murah dan jimat. Terima kasih kepada bapa Azah yang men’sponsor’ minyak dan kereta. hee~ Arigator gozaimas.

Dan memandangkan aku merupakan salah seorang kaki tangan Minggu Penghayatan Islam (MPI) dan sebagai exco Grafik (aku tak tahu kenapa aku dapat exco ni. Aku gila lembab bab-bab komputer -_-“), ada banyak beberapa kerja yang perlu disetelkan. Bilangan AJK yang kurang menyebabkan beban tugas bertambah berat. Beratkah? Tak start apa lagi pun. Hehehe.

Lalu sepatutnya aku bermeeting semalam. Pantai? Aku mencari jalan untuk berkata yang benar dalam masa yang sama aku tidak meng’expose’kan diri aku kearah berpoya-poya hingga terabai kerja. Lalu,

Aku tidak berada di dalam kawasan sehingga pagi esok.

Maaflah Syafiq eh. Huu~

Bermula dengan menjejak pantai, sehinggalah ke mengira bintang (idea creditted to izzahsakinah), Semuanya membuatkan otak aku letih. Letih berfikir itu ini. Letih memikirkan mengapakah begitu, mengapakah begini. Jua letih memikirkan bagaimana di situ dan bagaimana di sini. Apakah?

Melihat deruan ombak musim tengkujuh, mungkin tidak seindah Pantai di Pulau Perhentian. Tapi, cukuplah dengan keindahan itu jadi tatapan aku seketika. Kerana walaupun sederhana pada kaca mata aku untuk sementara, kebesaran yang tidak mampu dipersoalkan itu tiada tolok bandingan.

Sebelah malamnya, bertolak ke pantai satu lagi untuk makan malam. Aku lupa apa nama pantainya. Usai makan, berjalan ke tepi pantai. Dan di sana aku baring menghadap langit. Oh, inilah perkara yang paling aku suka lakukan. Melihat pekat malam dihiasi butiran bintang.

Ok, aku jiwang.

Tapi semalam, tidak.

Bintang yang berjuta-juta itu masih di situ. Ada cerah gemilang. Ada sederhana begermelapan dan ada kecil seakan suram. Ada besar jelas terlihatkan jua ada kecil sering terlepas pandang. Itulah bintang dan itulah alam.

Aku menilai setiap satunya. Pada aku, aku hanyalah bintang yang paling kecil dan paling suram. Orang jarang melihat dan juga jarang perasan. Aku lebih selesa menjadi begitu. Jika ada manusia suka menilai, maka aku akan selalu menjadi bintang yang dilihat. Jika manusia hanya melihat yang tampak, maka aku kan di belakang. Tak mengapa.

Hidup memang begitu. Seronok menjadi seperti bintang malam kerana ada masa aku ingin bersendirian. Dan saat itu, aku akan gembira kerana tiada siapa perasankan aku. Hidup berjalan biasa dan aku punyai masa sendiri untuk mengharung rasa perih.

Bintang dan manusia. Perhatikan juga ini. Aku rasa manusia semua bintang yang malap. Tiada siapa akan perasankan kita. Maksud aku, siapalah kita ingin berbangga di bumi tuhan ini. Bayangkan, kau berjalan-jalan. Tiba-tiba datang peragut dan kau bergelut. Peragut marah lalu kau di bunuh. Kau diletakkan dalam bagasi besar dan dicampak ke tengah hutan. Zaman ini membuktikan nyawa manusia seolah tiada harga T_T

Masa itu, manusia terutama orang kesayangan kau gelisah mencari. Di manakah kau? Selamatkah? Takutkah? Kau dicederakankah?

Pelbagai soalan dibenak mereka. Persolan tanpa jawapan. Kau tahu masa itu apa? Kau dan aku dan dia dan mereka hanyalah bintang pudar malap. Tiada siapa tahu. Tiada siapa perasan. Tiada tempat bergantung harap. Hanya pada DIA. DIA sahaja.

Dan malam itu aku puas merenung bintang. Juga bertemankan musik iringan UNIC, insan bernama kekasih. Berulang-ulang, berganti-ganti. Mengapakah?

 Entah.

Pulanglah. Kembali semula. Seperti dulu kala. Atau pergi, sejauhnya. Tinggalkan benci.

Pagi tadi, hujan. Berjogging di pantai terbantut. Lalu aku, penuhi pagi dengan tidur. Wah. Lena. Hujan. Sejuk. Tidur. Pakej lengkap. Sayangnya, lena aku di penuhi mimpi bukan-bukan hingga aku letih bila terjaga. Aku bangun, dan yang lain baru pulang dari pantai, berehat. Aku menuju alam ciptaan tuhan itu sendirian.

Sekali lagi merenung. Melihat ombak tidak bosan melakukan perkara sama. Melihat langit yang terbahagi-bahagi tona warnanya. Merenung jauh. Kosong. Aku bangun menghampiri pantai. Sejuk.

Kata orang menjerit akan lega.

Kerana tiada orang. Kerana tiada manusia lain. Kerana aku yakin hanya aku disitu. Lalu aku menjerit sepuas dan sekuat hati aku.

Mungkin kerana jeritan aku sangat sumbang, hujan terus turun mencurah-curah. Sekalipun begitu, aku suka.

Suka kerana aku dapat menjerit sepuasnya.
Suka kerana aku lega.
Dan suka kerana aku dapat bermandi hujan.

Rahmat tuhan itu indah bukan?

Manusia Berbeza

Dan malam ini, aku tersangatlah mengerti betapa manusia berbeza.

Tadi aku berdiskusi dengan Syafiq, merangkap ketua exco grafik aku. Berdiskusilah sangat. Ok, kemudian aku memerhati dia dan Razi merekacipta T-Shirt Persatuan Sains Perubatan (PSP). Aku banyak diam. Standardlah bila dua orang lelaki dan hanya kau sahaja perempuan di situ. Sah-sahlah kepala otak kau berbeza.

Apa yang aku lakukan hanya memerhati. Dan berbicara sepatah dua jika diminta. Sebenarnya aku banyak memerhatikan tangan Syafiq yang menari laju di atas keyboard mengusahakan T-Shirt agar cantik dengan bantuan Photoshop. Disebabkan aku kena menjadi sebahagian orang grafik dan aku tersangatlah lembab bermain dengan photoshop, jadi inilah kerja aku. Oh, aku bukan lembab, aku buta photoshop sebenarnya.

Aku cuba menangkap segala jenis clicks yang dia tekan untuk mendapatkan imej. Dan aku cuba memahamkan berbagai-bagai jenis layer yang dimaksudkan. Dan aku cuba mengerti apa yang dia lakukan. Dan sudahnya, aku mengantuk. Sebab aku tak faham dan aku memanglah tersangat lembab dengan hal-hal komputer.

Untuk memberi idea, aku mampu. Untuk melakukan? Haih! Kalau pakai tangan dan hanya pakai tangan, insyallah. Dan, kerana design T-Shirt itu tak ada kena-mengena dengan aku, aku terperasankan satu perkara.

Manusia memang berbeza.

Mahunya tidak. Ada style mereka suka, aku berkata dalam hati, ok kah? Ada gaya mereka tolak, aku berbicara cantik secara diam. Ok, itu merupakan penyumbang utama kepada kemengantukan aku. Pertama, kerana aku tidak banyak berkata-kata secara zahir. Kedua, aku tidak tahu nak selit diri aku dekat mana dalam perbualan dua orang manusia lain jantina itu.

“Kesian kat kau,”
“Kau ada nak kata apa-apa lagi ke?”
“Tak apalah, kita bincang balik dengan diorang esok,”

Haih.

Kalau cakap awal-awal kan senang. Hujan-hujan ni baik aku bantai tidur. Qada’ masa-masa tidur aku masa exam.

Qada’ masa tidur? Hahaahaha. Aku tak pernah tak cukup tidur. Melebih-lebih adalah. Tak kisahlah exam ke tak.

“Cakap awal-awal kan senang. Boleh aku balik tidur,”

Hish.

Lelaki… lelaki….

*geleng kepala*

hehehehehe

Advertisements

~ oleh INFINITY di November 20, 2008.

4 Respons to “Hidup ini, macam bintang. [kisah panjang, BEWARE!]”

  1. aku suka main hujan.

    tapi dah lama tak dapat main hujan.

    Haaa, sekarang tengah hujan. Silalah main dengan jayanya. Heheh =P

  2. hype…mana gambarnya?

    gambar apakah?

  3. pdn pun senyap2 gi pantai dalam ujan
    huhu

    malulah nak jerit ramai-ramai. Hee~

  4. how sweets..
    suka tgk bintang jugak..sgt suka tgk..paling latest dpt tgk bintang masa masuk kg org asli.. kena jalan kaki setengah jam dalam kepekatan malam..kiri kanan hutan yang dipenuhi bunyi cengkerik yg berlagu indah..betapa besarnya keindahan Allah sediakan untuk kita..hanya perlu pandai menghayati sahaja… =)

    p/s: awk dpt award…

    betul! Seronok kan?
    hehehe.

    Owh, hampir terlupa. Thanx ingatkan. =)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: