Antara pekara gila pernah aku buat.

Yes! Satu paper je lagi. Satu je lagi. 18 November ni untuk Instrumentasi Audiologi matapelajaran Dr Normani yang diajar sepatutnya oleh Dr. Rosdan yang pergi Australia sebab belajar ke mengajar aku tak tahu. Gila panjang ayat -_-“. Dan, subjek ini menurut senior senang nak score sebab keluar sejibik macam dalam nota.

Oh, disebabkan subjek ini telah diajar oleh Dr Normani, maka kata-kata senior bahawa mudah aku tidak percaya 180 darjah sama sekali. Hahaha. Eh, aku tak memaksudkan soalan gila susah. Cuma aplikasi itu. Adeh. Adeh. Dan adeh lagi. Haru sungguh! Itu maknanya susahlah kan?

Teringat Psikoakustik. Boleh pula aku salah baca simbol. Dan sebab aku tersalah baca simbol, maka aku terkeliru untuk diagnos penyakit. Mahu tidaknya. Untuk satu result, aku yakin aku tahu. Tapi untuk result satu lagi yang berkaitan simbol, aku diagnos lain. Itu membuatkan aku stuck sekali lagi. Exam kali ni banyak traffic jam lah!

Exam lepas lepas, kereta aku rosak terus. Huahuahua.

Lalu aku angkat tangan setelah berpeluh-peluh aku recall tak keluar-keluar. Dah nak terputus otak aku perah semoga dapat idea. Aku dok diagnos malingering je. Itu je aku boleh diagnos. Malingering adalah penipuan yang dilakukan pesakit untuk kepentingan tertentu seperti untuk mendapat insurans.

Dan satu lagi, retrocochlear. Penyakit yang berlaku menganggu pathway selepas cochlear. Ala yang macam tumor ada kat nerve, acoustic neuroma. Tapi, diagnos itu tak ngam langsung untuk result satu lagi. Arghhh! Sekali lagi aku mendongak tengok atap yang tak berhenti-henti menitis air cond kat tudung dan hidung aku. Mangkuk betul! Meraup muka seperti selalu, merenung setiap langkah pengawas periksa, cek tudung diorang kena tak dengan baju (hehehe, observer yang baiklah katakan), tengok macam mana lecturer-lecturer lain jawab soalan pelajar, termenung dan melukis sebagai rutin bila stuck. Siot.

Masa tinggal 40 minit untuk dua soalan bernilai gila banyak markah, 25. Mahu atak tidak, aku. angkat. tangan. Huargggh! Aku ingat nak bantai je diagnos. Tapi kalau aku bantai, semua jawapan untuk selepas soalan itu, memang sah-sah salah. Mahukah aku ambil risiko? Tidak!

“Ini, saya wonder. Diagnos dia sampai 3 markah. Dia ada dua diseasekah? Saya tak dapat berfikir melainkan malingering, tapi saya tahu bukan,”

“Satu je. Satu je yang bertepatan untuk kedua-dua result. Relate. Satu pathological disease,”

Erk! Sekali lagi, habis aku! Aku dengan unconscious telah membuat muka seposen la gamaknya. Standardlah orang tak boleh jawabkan.

“Tapi simbol ni macam tak relate je dengan tympanogram. Saya hanya dapat fikirkan…bla..bla,”

“Awak yakin ke?”

Sah! Aku salah fikir dah ni. Lalu aku menunjukkan semua simbol yang aku hafal. OK, memang salah. Walaubagaimanapun, setelah dibetulkan, tak berapa nak betul pun juga. Hehehe. Pelajar buat silap kan? OK, aku nak senangkan hati je dengan frasa tu.

2. Who to refer? (Macam ni kot soalan dibawahnya)

Sudah. Aku cuma nampak ORL. Tapi, aku tak sure doktor ORL panggil apa. Memanglah doktor tapi apa nama special dia. Aku cuma dapat fikir Dr. Din je. Sebab klinik dia sebelah klinik Dr. Zu yang memang aku selalu jumpa bila appointment. Pikir punya pikir. Tak keluar juga. Lalu aku menjawab yang aku nak tergelak sampai hari ni. Apa ke punya lambatkah aku ni.

Person who has expertise in ear nose and throat. Eg. Dr. Din. Muahahahahahah!

Dah nak habis masa, aku terfikir.

Audiology, Audiologist.
Speech Pathology, Speech pathologist.
Otorinolaringology, Otorinolaringologist. (Aci tak?)

Entah. Aku pun tak tahu.

Eh, aku bukan nak cerita ni.

Antara perkara paling gila pernah aku buat semalam. Semalam exam Etnik. Dalam hati, Etnik je. Lalu aku tidur balik pukul 7 pagi. Aku malas nak bangun sebab mengantuk sangat, pukul 8.20 baru terjaga. Relek lah, exam start pukul 9 pagi. Awal lagi. Mandi, berfoya-foya, solat, relek-relek. Ok, aku lewat. Itupun aku tahu sebab Nadiah dah singgah bilik aku dan dia kena pergi dulu. Habis, takkanlah aku nak suruh dia tunggu aku pulak. Gilo apo.  Relekla, Etnik je pun. Slip exam, ada. Matrix card, ada. I/C, ada. Ok jom! Sebab Azah tunggu aku. Heee~

Dah sampai tengah jalan yang dah lambat tu.

“Alamak! Satu pensil pun tak bawak!”

Gila sungguh! Mujur Azah prihatin bawa lebih. Adalah pensil sebatang. Pemadam sebijik. Dan sharpener. Bila jumpa nadiah, dia tambah dua lagi menjadikan aku ada 3 pensil. Oh, aku hanya pakai satu je sudahnya. Pensil Nadiah sebab pensil Azah pensil baru. Sayang nak pakai. heee~

Padan muka aku! Macamlah Etnik tak masuk pointer aku nak buat main-main dan tak serius! Aku. Memang. Sangat. Hampeh betul!

Itulah… “Etnik je kan?” T_T

 

 

Advertisements

~ oleh INFINITY di November 15, 2008.

6 Respons to “Antara pekara gila pernah aku buat.”

  1. mcm bukn nk g exam, tp mcm nk g test jek..haha

    Itulah pasal, hampeh kan? Exam ngan test ada beza ke?”

  2. haha..mmg keje giler.!

    hehe. najmi audio kah?

  3. khud, pinjam ayat tau esok.
    nak ckp kat stefan, “look at the moon~”
    hoho ; )

    sile2.. haha. Tak lalu nak mengadap instrument nih! Gila susah -_-“

  4. yea…arini budak audio dah hbs exam…

    yea! jom g pantai!

  5. hehehe~

    hampeh..sgt hampeh~
    hehehe tp sy pun hampeh juga..dek kerana suka sgt berjaga sampai subuh.sy pernah tertinggal exam untuk 1 jam kredit..
    dan kerana tu sy terpaksa repeat subjek itu..subjek itu ialah subjek usrah…

    hampeh kan? =p

    erk! Tak ada kawan kejutkan ke?

  6. aku kalau nak peksa, susah nak tidur lena.

    aku kalau takleh jawab, dalam dewan tu aku dah menguap-nguap.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: