Aku Profesional Masa Depan

Tadi, Profesor kebanggaan aku mengadakan open house raya paling western aku pernah pergi. Siapa lagi kalau bukan Prof. Dr. Din. Ini jamuan raya paling kelakar, jamuan raya tapi kau dihidangkan spageti, BBQ, kerang kukus dan pelbagai lagi yang tiada kena mengena dengan raya. Oh, memang unik. Benar kata Ika. Barat gila raya kali ini. Muahaahahahahahahah!

Well, ada solat hajat sekali bersempena kami yang bakal periksa 4 November ini. Alamak! Ngeri bila difikir-fikir. 8 subjek killer yang sangatlah takut untuk diingati. Mak aih! Jadi antara ucapan solat hajat yang terngiang-ngiang lalu menaikkan semangat kerdil yang mudah naik, mudah jatuh aku ni adalah ini,

Solat hajat ini untuk mereka yang nak menghadapi ujian. Tak kiralah ujian besar ke kecil. Juga bagi mereka yang nak mulakan penyelidikan dan kepada bakal-bakal profesional masa depan. Semoga menjadi audiologis-audiologis yang berjaya, bertanggungjawab dan bersemangat berkhidmat pada masyarakat.

Oh, mengapakah hati aku sayu?

Ok, aku terfikir…mampukah aku?

Sepanjang dia berkata-kata, aku hanya menunduk. Menelan setiap patah kata, menghadam setiap butir bicara. Dan bila mula perkataan ‘profesional’ itu disebut, aku terusik lalu mengangkat kepala memandang Dr. Din. Berkebetulan dia terpandangkan aku, aku senyum. Aku menarik nafas sekali lagi.. mampukah?

Juga mampukah cita-cita tinggi menggunung aku direalisasikan? Aku hanya akan berusaha, selebihnya..jalan ini aku serahkan DIA tentukan.

Aku makan bersama-sama senior. Bergelak ketawa dan selalu dikenakan pakcik. Mahu tidaknya, asal ada sesuatu yang berlainan dari fikiran aku, pasti ayat ini terkeluar..

“Tulah, look at the moon!”

Hahahahaha. Tahu mengapa? Sewaktu majlis perpisahan Stefan, aku ada mengatakan ini,

“If you miss us, just look at the moon. Though we’re thousand miles away, we still look at the same moon,”

Ucapan ini aku kena telan sebagai bahan lawakan pula. Muahahaa. Bukan setakat senior melawakkan itu, Stefan juga apa kurangnya. Haih -_-” Tapi, aku seronok. Seronok dengan segala perkara yang aku lakukan hari ini. Aku tidak nampak kepahitan untuk ditelan, kerana manisnya menjangkau nilai insulin kesedihan untuk bertindak balas. Owh, aku gembira kehidupan universiti aku.

Andai kata orang bertanya apakah aku rindukan zaman persekolah. Tipu kalau aku mengatakan tidak, tapi sungguh..aku lebih bahagia dengan zaman universiti ini. Bersama teman-teman, clinicians, seniors dan yang paling penting lecturers. Owh ya, aku ada melakarkan potret Dr. Din, sayangnya telah kemik. Kerana beg aku diatas kerusi, standardlah kalau dilanyak bukan? Heheheh.

“Dr. Din. Nah. Tapi dah kemik,”

Dia ambil dan tersenyum. Bertanyakan siapakah artist yang melukis. Aku diam memandang. Mungkin atas sebab ini aku sesuai berperwatakan ESFJ. Aku akan tersangat suka melihat manusia kesayangan dan kebanggaan aku tersenyum.

Ketika dia menunjukkan lukisan itu pada sekalian mereka yang ada di situ, aku terfikirkan. Satu hari nanti, aku akan menjadi seperti dia. Tersenyum dihadapan pelajar aku sendiri. Berbual mesra dengan anak didikku sendiri. Bahkan mungkin aku akan bebual santai menceritakan pengalaman dan kenangan ketika aku dalam pengajian ijazah..dengan manusia-manusia menabur budi seperti Dr. Din satu hari nanti.

Ketika pulang.

“Huda, thanks for the drawing,”

“Eh?”

“Thanks for the drawing,”

Lama aku tersenyap.

“Sama-sama. Tapi dak kemik. Nanti saya lukis lain, lagi besar!”

Dr. Din ketawa. Aku tersenyum lagi.

Aku ingin menjadi seperti dia. Melakukan penyelidikan dan terbitkan jurnal seperti dia. Disayangi anak didik seperti dia. Islamik dan warak jua seperti dia!

Oh, akulah profesional masa depan!

Advertisements

~ oleh INFINITY di Oktober 31, 2008.

Satu Respons to “Aku Profesional Masa Depan”

  1. jgn jadi seperti dia, tp jd seperti diri sendiri..

    jadi seperti dia… satu dorongan positif saya untuk menjadi diri sendiri=)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: