HandPhone Aku 2

Aku ke department ORL tadi. Seperti biasa, aku akan sentiasa cuba positif. Kalau ada, Alhamdulillah. Tak ada, buka rezeki aku. Bila aku menjejak kaki ke ORL, orang pertama aku terjumpa Dr. Rosdan.

“Cari apa?”
“Handset. Tertinggal kat sini rasanya, lepas presentation hari tu,”

Lalu Dr. Rosdan membantu aku mencari handphone. OK, aku terharu. Berapa kali aku minta maaf sebab dah terambil masa dia. Berapa kali juga dia menjawab, tak mengapa. Tak ada hal. Bersungguh Dr. Rosdan carikan. Sekali lagi aku betul-betul ingin berkhidmat dalam HUSM kelak. Di bawah pimpinan dan bimbingan lecturer aku sekalian. Yang baik hati, lemah lembut budi bicara..sopan tutur katanya.

Dia bertanyakan begitu begini pada kakitangan yang lalu lalang. Seperti biasa, jawapannya tidak ada. Tak mengapa.

“Nanti saya tanyakan makcik cleaner. Datanglah petang karang. Tapi, jangan expect ada lagi,”

Aku senyum. Tersenyum. Bukan kerana jawapan positif, tapi kerana kebaikan hati seorang doktor.

Petang tadi, aku singgah. Dia tersenyum. “Jawapan standardlah Huda. Tak ada. Malam ni gi Kbmall cari yang baru,”

Aku tersenyum juga. “Tak ada maknanya. Terima kasih doktor,”

AKu sudah positif pun jika jawapan dia tidak ada. Bahkan, aku tak berharap pun jawapan akan ada. Aku melangkah ke library. Owh, sebelum itu aku telefon kakak aku memberitahu handphone hadiah pemberiannya sudah hilang. Tipu kalau aku kata aku tidak sedih, tapi aku berkata benar bila aku sebut aku sudah redha. =)

Tiba-tiba kakak aku call. Suruh aku telefon semula nombor aku. Katanya ada orang angkat. Bergegas aku keluar dari library dan membuat panggilan pada nombor sendiri. Kata manusia itu, dia membeli dari kawannya. Dan kawannya itu manusia yang tiada kena mengena langsung dengan USM. OK, kata dia, rakannya itu mendapat beberapa handphone yang lain. Entah siapalah mangsanya. Mengikut logik akal aku, manusia yang mendapatkan sumber-sumber handphone itu adalah orang dalam juga. Jika tidak, masakan dia tahu bila dan bagimana masanya? Lagi satu, beberapa minggu kebelakangan ini, department ORL sering di pecah masuk. Jadi, secara tidak langsung aku mengandaikan orang yang sama yang melakukan perbuatan keji itu.

Oh, taubatlah kamu!

AKu sempat juga berkata,

“Kalau tak nak pulangkan, tak mengapa. Pesan pada kawan awak itu, jumpa saya untuk di jawab di hadapan ALLAH di yaumul mahsyar kelak,”

Dia memberitahu aku, esok dia akan datang berjumpa.. memulangkan sim telefon semula. Tak mengapalah kalau hanya sim sahaja. Sim itu sangat penting untuk aku. Nombor itu ibarat nyawa penghubung sesama manusia. T_T

Aku dilamarkah tadi? Hahahaha~

 

Advertisements

~ oleh INFINITY di Oktober 26, 2008.

3 Respons to “HandPhone Aku 2”

  1. siannye..mmg teruk betul penyamun 2..

    sabor je laa..

  2. Wah..baiknya seorang doktor itu..huhu..ehem..single lagi x dokt tu?hihi3

    erk! Doktor Rosdan tu sudah berkahwinlah..hahahaha =) Anak sulung dia sebaya adik saya kot. hahaha -_-“

  3. […] lecturer yang baik. Aku pernah state cerita dia dalam beberapa entry kat blog ni. Hee. Pasal Pacat, Handphone dan Triple R. […]

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: