congkak

Walaupun aku ada assigmnet bertambun dan beberapa exam sebelum final, aku telah menghabiskan masa menonton movie melayu bertajuk Congkak. Hahaha. Seperti biasa, aku memang tak berpuas hati dan selalu aku nampak beberapa ketidaklogikan dalam sesebuah filem terutamanya filem melayu. Satu lagi, filem melayu terlalu kerap menunjukkan perkara negatif. Contoh paling memualkan aku, adalah adegan yang mewujudkan watak lelaki lembut yang pada aku, kalau tak ada watak tu, sedikit pun tidak cacat mutu jalan cerita tersebut. Walaupun masih banyak dan terlalu banyak yang perlu dibaiki. Itu mengajar namanya secara tidak langsung. Tak memasal semua lelaki sejati tak nak jadi lelaki sejati dah. -_-“

Berbalik pada congkak, semalam roomate sebelah meja study aku menonton cerita ini. Dan beberapa kali dia terjerit-jerit. Tengok dnegan dikelilingi bantal dan selimut buat tutup mata masa scene konon ngeri. Hahaha. Aku gelak je. Cerita hantu melayu dan mana-mana negara sekalipun, scene dia mesti tak ada beza. Alahai, setakat mana sangat nak berubah cerita. Mesti punyalah berkait dengan masa lampau, mengapa kejadian tu berlaku, hantu merata-rata terutama dekat cermin, toilet (stendetla, toilet kan tempat jin bertendang..hahahha), dalam bilik sunyi dan beberapa scene yang di jangka. Kan?

Well, semalam aku tengok. Still, ada beberapa scene yang obvious berlaku keselekehan yang tampak. Contoh, masa si Sue, isteri hero dalam cerita ni, terapung. Rambut tak bergoyang. Keras kaku. Itu satu, nambak pula samar-samar bayang-bayang hitam macam dia baring atas kerusi. Haih. Lawak…lawak.

Lepas tu, ape ke punya logik dalam ketakutan dia tinggalkan bini dia orang-sorang kat luar. Macamlah hantu tu takkan kacau bini dia supaya terapung makin tinggi sekali lagi kan? Haih! Geleng kepala. -_-” Dan, berdasarkan penilaian akulah, budak-budak melayu takkan berani punyalah pergi rumah baru, pastu dengar bunyi pelik-pelik, pastu dalam takut pergi tengok apa benda yang seram. Adeh! Paling koman dia jalan separuh langkah, terus lari atas katil menggigil ketakutan sampai tertidur. Hehehe.

Secara logiknya, dalam filem ni, diorang tak sembahyang. Sebabnya, diorang terbangun dah cerah pagi. Ok, kalau aku nak positif sekalipun yang diorang sembahyang pastu tidur balik, boleh ke dia tertidur lepas mimpi gila takut? Kononnyalah? Geleng…geleng kepala. Ada ke logik, satu kampung tahu yang dia duduk rumah yang menakutkan berlari tak nak bercakap dengan Sue kat kedai. Bahkan, lari macam lintang pukang?

Sudahnya, rugi dua jam aku tengok cerita ni. Dah agak dah. -_-”
Pastu aku tidur dan bangun lewat. Habislah aku bersengkang mata malam ni. huhuhu.

Kaya macam mana pun manusia kat Malaysia, nak beli rumah mestilah tengok dulu kan?

Advertisements

~ oleh INFINITY di Oktober 19, 2008.

7 Respons to “congkak”

  1. tiber!
    salam singgah.. =)

    sila2. add ya.

  2. agaknya kan.. mmg budak2 u ni bile nak final je rajin ek nak tengok cerita.. me sendiri tengah melayan cite korea.. hari tu cite melayu sat.. hehe! layan sorg2 cukup..

    yeke? boleh buat tajuk research ni. muahahhahaa.

  3. Teknologi perfileman Malaysia jauh ketinggalan.

    entahlah..-_-“

  4. wakakakaka.. aku pun tak suka filem seram melayu.. tak seram langsung.. buat aku ketawa ada la.. hahaha… teringat scene hantu bangang dalam certa jangan pandang belakang… wakakakkakaka..

    Adry @ http://www.adrysabry.com

    hakhak..tau takpe. Nak harap aku tengok memang taklah, tapi dok tengok roomate aku terjerit-jerit..layan gaklaa….hehehe

  5. aimi tgk gak congkak…tunggu gak mana hantu nye. bile keluar…Ya Allah! ni lah hantunye…pompuan tua je…dah la nak main congkak je kerjanya…klakar betul

    pastu tengok jangan pandang belakang kat tv ngan bros masa hari raya ari tu

    bro 1.: mana hantunye? ni dah buang masa! tengok…dah berapa minit. hantu x kuar2 lagi…cite ape ni?

    bro 2: jangan pandang belakang…

    bro 1: ah? ape jangan pandang belakang?

    bro 3: tanya aimi…dia dah tgk. aimi mana hantu? bila nak kuar ni?

    aimi: ntah! cd dua… (cd pertama skip…hantu xkuar…pelakon asyik termenung sana sini)

    bros: la…(mengeluh + senyum sinis)

    hakhak. khud tak pernah tengok jangan pandang belakang, taktaulaa.. hehehehe. stendetla tu..cerita melayu..

  6. x seram ye congkak? hehehe… pemerhatian yang lengkap. saya x dapat buat pemerhatian sbb kalo tgk citer hantu kekadang tu tutup mata gak. 😛

    ni sama macam kes roomate lah ni..hehe

  7. aah..
    kadang terpikir watak2 yang tak perlu pun nak ditonjolkan..
    filem Malaysia memang mcm tu..watak negatif lebih suka ditonjolkan..
    konon nak bg sedar rakyat..padahal diorang yang merosakkan rakyat..

    memang pun. Hasilnya, tengoklah anak-anak kini..-_-“

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: