Another Disease

Right Saccular Dysfunction.

Itulah penyakit yang Dr. Zu diagnos aku sebelum ini. Dia baru baru balik dari Singapura mem’present’ kes aku. Dan tadi, seolah another history taking diambil. Mungkinlah kalau aku tak salah.

Sebab.

Menurut Dr. Zu, dia terlupa untuk bertanya lanjut sebelum ni tentang migrain yang aku ada. Lalu semasa sedang berbincang dengan Prof dari US itu, ada beberapa kemusykilan timbul. Jadi itu mungkin bukan penyakit aku. Sepatutnya aku berterima kasih dan Alhamdulillah.

Tapi, lain pula ceritanya.

Padanlah akhir-akhir ini aku berasa seperti semakin sukar untuk fokus. Mata aku seolah berlari ke kanan dengan cepat kemudian kembali semula ke posisi asal. Ini menyebabkan aku sering hilang tumpuan. Juga, tulisan pada slide lecturer juga semakin mudah dissolve dan double. Hasilnya, juga, aku selalu hilang tumpuan.

Tapi, aku tak berapa nak kisah sangat. Lagipun aku selalu ignore benda yang tidaklah terlalu teruk. Hilang fokus, dapatkan fokus semula. Dissolve dan double tulisan, pejam dengan kuat aku akan dapat bentuk tulisan asal kembali. Tak mengapa.

Cuma.

Kata Dr. Zu tadi, mungkin Meniere Disease.

Tentulah aku takut. Sebab kebanyakan pesakit dengan penyakit ini berkemungkinan besar, tinggi peluangnya untuk mendapat profound hearing loss. Dan penyakit ini juga menyebabkan vertigo, severe imbalance, tinnitus…dan…progressive hearing loss.

Aku tak akan apa-apa kan?

Pasti takkan ada apa-apa.

Advertisements

~ oleh INFINITY di Oktober 12, 2008.

Satu Respons to “Another Disease”

  1. ohh.. ade relate eh ngn yg khud cte psl mata lari2 hr tu?
    pdn pn td tnya psl hearing test

    huhu..aah. nama dia jerky eye.. =)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: