apa perasaan kau?

Satu ketika dulu, kau pernah menjumpai seorang lelaki atau gadis yang mula kau minati dan cintai dia. Dia mengetahui itu dan dia katakan perkara yang sama. Engkau mengatakan ya kau cinta, tapi untuk satu hari nanti yang pastinya bukan hari ini.

Ini kerana kau ingin menjaga dirimu dan dia. Dia setuju. Masa itu semua sahabat baikmu mengetahuinya. Satu hari kau mengetahui dalam kau menjaga setia, sahabat baikmu mula merapatinya dan sekali lagi ya, dia melayannya.

Engkau hanya senyap kerana sahabatmu orang yang kau sayangi dan dia juga sama. Lalu kau mengambil keputusan berdiam diri dan berjauh hati. Engkau melupakan dia dan engkau bertahan atas nama persahabatan. Kau, terguris, terluka, terobek hati setiap detik dan ketika melihat kemesraan rahsia itu.

Sekali lagi kau berpegang kekal dia bukan untuk kau sekalipun beribu kali hati kau menafikan itu.

Kau diam. Kau senyap. Kau menjauh. Dan dia terus jauh.

Sahabat baikmu itu seolah tidak pernah tahu yang kau tahu. Dia mungkin tidak pernah terfikir yang engkau tahu bahkan mengerti dan kau hanya senyap dalam sabar melihat justeru memujuk hati.

Dia dan si dia terusan bergembira dan bermesra atas duka kau dan memikirkan yang engkau tidak pernah tahu. Tetapi kau, melarikan diri jauh berharap tidak ketemu keduanya.

Namun siapalah kau untuk menafikan cinta yang pernah bertunas dulu. Andai tulisan ini terjadi pada kau, apa perasaan kau?

Kalau kau tanya aku, aku salahkan sahabat baikku itu. Titik. Nokhtah. Mengapa?

Ok, aku banyak tengok filem melayu kebelakangan ini barangkali.

Tipu!

Advertisements

~ oleh INFINITY di Oktober 10, 2008.

8 Respons to “apa perasaan kau?”

  1. cerita cinta kdg2 umpama cerita dongeng.
    jgn terlalu kejam mengecap bahagia atas duka org.
    😀

    entah apa nak kata =)

  2. Hahahaha..aku pernah macam ini..tahun lepas..kejap, dua tahun lepas kot..

    iya? menarik! weyh, sharelah

  3. kan dah pesan, jangan tengok tibi banyak sangat. lagi2 citer melayu.huh! hampeh!~

    hehehe..apa nak buat..-_-“

  4. Huda:
    nantilah aku kongsi..bukan apa, malas nak cerita banyak – banyak..tapi kalau kau stalker sejati, aku rasa kau tahu macam mana aku rasa..hehehe

    erk! wandai, aku tak paham ape kau maksudkan dengan ‘stalker sejati’..-_-”
    ok, aku tunggu!
    Aku tergelak bila kau buat ini. “Huda:”
    hahaha, kau fahamkan kenapa..=)

  5. Huda:
    hehehe..aku memang suka buat begitu..oh?kiranya cuma aku sahaja yang mampu menjadi stalker sejati ek?membaca entri yang ada dari entri terbaru sampai entri paling lama..

    hmm~ maksud kau, aku menjelajah ke semua entry yang kau pernah ada dan akan ada? engkau rasa aku tak buatkah? Aku buat, mungkin tidaklah seperti membaca novel. Kalau itu kau katakan stalker sejati, mungkin aku iya..hee~

  6. klau sy kne mcm ni, jgn pndg blakg dah.
    hidup misti diteruskn..
    usah dihrap org yg x setia..
    ow ye k.huda,
    komen my new post kay..
    da lme x menulis,rindu plak.
    erm tag khud yg dlu tu pon sy ta pna tawu..
    huhu..sory.

    tau tak pe. gile lama tak update. hehehe

  7. emm..tempat dia bukan di sisi kamu tu…mesti ada orang lain.

    erk! sayakah?

  8. teruskan hiduplah. macam kalau sakit perut taruk minyak angin, kalau sakit hati, semua orang gelabah, padahal boleh je cari ubat untuk hati. tenang tenang ya? heh.

    Hahahah..betul..betul..betul..=)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: