alangkah bagusnya

Semalaman bersengkang mata menyiapkan assigment.

Pukul empat setengah pagi baru tidur itupun masih belum siap sepenuhnya apatah lagi mem’print’. Tidurlah dengan senyenyaknya dek keletihan bertongkat mata depan laptop menaip huruf demi huruf. Eleh, padahal copy paste je, buat last minute lah katakan..!

Sebelum tengok jadual, aisehmen kelas start pukul 8. Aduhai..pesan memesan pada roomate supaya dikejutkan pukul tujuh. (maknanya selepas solat subuh, tidur semula). Sejam awal? Bukan apa, pukul 7 kejut bangun. Ber’uh’ ‘ah’ atas katil dulu, bermalasan melayan kantuk dulu, ber’itu’ ber’ini’ dulu, paling awal tujuh suku baru lepas katil dari badan.

Nak boleh ke mandi, satu hal. Gosok baju lagi, simpan buku untuk lecture, meja yang bertambunan nota dengan laptop lupa nak shut down. Apa lagi? -_-“

Siaplah pukul 0745, terkocoh-kocoh pergi kelas lagi.

Ok, itu cerita normal.
Cerita yang jarang mengikut normal.

Mengantuk gila-gila. Kawan kejut berpuluh kali pun tak ada kesan. Masa tu mau je telinga ni kasi sumbat dengan cotton bud. Tapi, mengingatkan kelas terpaksalah bangun. Terpisat-pisat menenyeh mata, cari handphone berniat melihatkan jam. Jam dan rosak, inilah dia.

Teraba-raba cari handphone. Oh, dah 7.30. Lepaklah, jam handphone sepuluh minit awal. Malasnya. Eh, ada mesej. Mahu atau tidak, baca jugalah,

Dear Friends,
Kuliah hari ini batal dan akan diberitahu kelak bila diganti.
Please forward. Tq.

Yeay!!!!!!!!!!! Forwarded dan……. zzzzzzzzzzzzZzZz!

Jangan nak cakap kau tak happy bila jadi gini ye!

Advertisements

~ oleh INFINITY di Oktober 6, 2008.

9 Respons to “alangkah bagusnya”

  1. hahahaha..aku ingat aku seorang sahaja yang bersengkang mata siapkan kerja..rupa – rupanya kau pun sama..
    on the side note, pembatalan kelas adalah salah satu nikmat dunia, bagi akulah..haha

    bukan kau aku dan aku saja, bahkan melambak-lambak lagi manusia sebegitu. heheheh~
    penggantian kelas pula ibarat kehampehan yang nyata -_-“

  2. waaaa..nampaknya melompat2 atas katil sebelum tidur balik tu!! 🙂

    katil double decker -_-“..hee~

  3. wahaha..kelas aku pun batal esok!
    yay!seronok tak terkira la..
    😆

    batal2 ni seronok, ganti-mengganti yang tidaknya..-_-“

  4. ok jugak, tapi kadang2 dah on the way pergi kelas baru dapat mesej macam tu.. perghhh.. saket ati je kan..

    tau takpe, itu memang rasa nak terajang orang je. hehehe~
    gila panjang alamat blog?

  5. hehe! msg kelas batal mmg di nantikan setiap pelajar. setiap pagi mesti cek msg utk pastikan kelas cancel atau proceed. lawak sungguh. kira sengkang mata kamu ni berbuah hasil jugalah ya.

    banyak juga terlajak dan ponteng..muahahah~

  6. tu satu nikmat yang jarang dapat 🙂

    anyway, terima kasih kerana lawat blog yer.

    betul sangat..sama-sama =)

  7. setuju..setuju!!

    bagus. hahaha

  8. haha, alamat memang panjang giler. ingat nak tukar, tapi kalo dah setahun tukar sampai 3 kali, nak tukar lagi dah rasa malas la plak, hehehe..

    owh ye ke, tak payahlah. susah aku nak edit balik. muahahhah =)

  9. yuhuuuuu….memang time tuh rasa mcm merdeka abis… heaven sgt biler part last yg tido blik tuh…
    tpi klu msg mcm tuh dpt kul 7.30pg dah siap nak g klas dah…rasa mcm nak jerit n bunuh org jew….huhuhuu

    tau tak pe. hehe~ part nak mula tido semula, memang best! =)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: