sebenarnya aku tak nak menulis

Aku ada assigment yang nak kena siapkan jadi aku tak nak menulis tapi aku nak juga tulis!

Perfume aku hilang jadi aku beli yang baru. Still penuh. Aku bangun kawan aku bagitahu jatuh dan pecah. Hati aku?

Padanlah aku bangun pagi nak solat bilik aku wangi. Serius. Susahnya nak jaga hati!

Aku sedih! Serius aku sedih. Aku pujuk hati, boleh beli baru lagi kan? Tapi, aku tetap sakit hati. Bukan sakit sangat tapi sedih. Yang buat aku sedikit sakit sebab aku disalahkan atas silap orang lain. Fine, mungkin salah aku melambak barang tapi…entahlah! Hati, jangan sakit!

Aku menangis! Sebab aku geram! Sebab aku marah! Aku benci!

Aku dah cuba bertimbangrasa. Tolonglah. Maaf pun tidak. Sekasar-kasar aku, sejahat-jahat aku, aku minta maaf kalau aku buat salah. Even sometimes bukan salah aku, aku cuba letak dalam diri orang lain yang tu memang salah aku, then aku still boleh minta maaf dengan ikhlasnya!

Aku bukan baik pun! Korang lagi mulia.

Dan kejap lagi aku akan senyum seperti biasa. Aku nak marah orang sangat!

Adik beradik aku sikit, 3 orang. Aku anak kedua. Jahatnya aku sampai adik and kakak aku selalu mengalah dengan aku. Kalau aku nak marah, aku main marah je. Kalau aku nak lempar barang, aku main lempar je. Kalau aku nak senyap, aku takkan cakap sepatah pun. Kalau aku nak mengamuk, aku sesuka hati je mngamuk. Aku memang jahat pun.

Tapi, bila aku masuk hostel, aku tak boleh ikut kepala hotak aku je. Aku hidup dalam komuniti, dan aku tidak boleh sama sekali menurutkan perangai jahat aku. Macam mana nak marah pun, macam mana nak mengamuk pun, macam mana itu pun, macam mana ini pun. Aku. Kena. Banyak. Senyap. Walaupun. Hati. Aku. Nak. Lempar. Sangat. Barang!!!!!!

Oklah, aku jadi lebih banyak sabar walaupun naturalnya aku bukan begitu.

Tapi, bila selalu sangat begini aku pun ada limit sabar. Aku banyak bertimbang rasa dah. Somehow, itu bukan menunjukkan diri aku langsung. Langsung tidak. Benda kecil bila banyak akan jadi besar dan tahap sabar aku pun sudah ke penghujungnya.

Jadi, jangan pelik kalau aku tak bercakap seharian hari ini!

RIGHT SACCULAR DYSFUNCTION

Alhamdulillah kerana itu bukan tumor.
Alhamdulillah, syukur. Bukan tumor!

Setelah segala macam ujian yang telah dilakukan, sedang dilakukan dan akan dilakukan, itulah sakit aku. Right Saccular Dysfunction. Well, itu penyakit baru.

Lecturer aku yang tiga orang itu..i. Dr. Zu, ii. Dr. Din, iii. Dr Normani akan present kes tu hujung minggu ni kat singapura kalau tak silap. hahaha. Aku rasa tak adalah teruk sangat sakit aku tu tapi tak kisahlah, asalkan aku sihat apapun tak apa.

Walaupun:
i. Naik turun tangga satu masalah.
ii. dan berlari juga.
iii. dan naik lif juga. opps, it’s getting better now! 🙂
iv. nak muntah dan muntah juga

Tak mengapa.

Vestibular Rehabilitasi. Setiap hari aku kena buat benda alah ni. Punyalah seksa. Sebab. Aku. Jadi. Nak. Muntah. Sepanjang. Masa.

Maka, ke klinik vertigo akan menjadi rutin. Tapi, still tak kisah sebab aku kena belajar benda ni jadi secara tidak langsung aku akan mula menghafal segala macam prosedur melakukan balance assessment and kerana klinik vertigo sebelah dengan klinik dr. Din aku berpeluang tengok lecturer kesayangan aku perform rawatan dia.

Dr. Din sangat baik. Setiap kali, actually baru dua kali aku observe clinical session dia, mesti dia suruh aku perform benda aku belajar juga. Seronok, sebab aku suka. Actually, sebab aku tak ada alasan. Suka adalah sesuatu yang abstrak, bukan? Distraction test, tuning fork test, otoscopic examination and many more. Dan semua ni menguatkan aku untuk further study dalam bidang er….as Dr. Zu wish, BALANCING. 🙂

Namun begitu…T-T, aku banyak sangat tidur ramadhan ni. Aku pun tak tahu kenapa tapi mental dan body aku sangat letih. Aku letak kepala, maka aku akan tidak sedar selama dua jam dan malam lepas tarawikh begitu juga.

Semalam aku tak pergi sebab aku muntah-muntah dan aku sakit perut maka aku tidur sepanjang-panjang malam dan petang. Bila bangun perfume pecah.

Betapa aku sakit hati kerana itu jadi biarkan aku seyap sepanjang hari ini.

Akan ok. Pasti ok. Untuk itu. Biarkan aku dahulu!

~ oleh INFINITY di September 10, 2008.

4 Respons to “sebenarnya aku tak nak menulis”

  1. Er… sabar dik sabar..

    hikhik..sabar dah ni =)

  2. banyak2 sabar… and rest a lot, ok…

    yeah! arigato! =)

  3. perfume kesayangan pecah?? eh, mengamuklah apa lagi. Bantai jer sesiapa yang ada kat depan tu. Paling ringan sepak jer pintu locker..hehehe.. tapi sabar dan diam itu pun bagus juga. Luahkan melalui tulisan.. lagi bagus..

    kamitaken, ni perli ke ape? apepun…saya dah ok! hahaha~
    pssttt..selalukan, sepak pintu tandas, malangnya sakit kaki sendiri..-_-“

  4. kesiannya awak, muntah2 masa puasa..cubaan besar tu.

    Kuatkan semangat ye walaupun bukan mudah tu.. 🙂

    selalu dan sentiasa. amiin. arigato…!

Tinggalkan komen