kisah doa

kisah untuk pengajaran…fowarded by my dad.

Adakah ada yang Akan Mendoakan Kita?Seorang pengarah yang berjaya jatuh di kamar mandi dan akhirnya stroke. Sudah 7 malam dirawat di RS di ruang ICU. Di saat orang-orang terlelap dalam mimpi malam, dalam dunia roh seorang malaikat menghampiri si pengarah yang terbaring tak berdaya.

Malaikat memulakan pembicaraan, Kalau dalam waktu 24 jam ada 50 orang berdoa buat kesembuhanmu, maka kau akan hidup. Dan sebaliknya jika dalam 24 jam jumlah yang aku tetapkan belum terpenuhi, itu berertinya kau akan meninggal dunia!

Kalau hanya mencari 50 orang, itu sangat mudah.’kata si pengarah ini dengan yakinnya.

Setelah itu Malaikat pun pergi dan berjanji akan datang 1 jam sebelum batas waktu yang sudah disepakati.

Tepat pukul 23:00, Malaikat kembali mengunjunginya; dengan bangganya si pengarah bertanya, Apakah esok pagi aku sudah pulih? Pastilah banyak yang berdoa buat aku, jumlah pekerja aku punya lebih dari 1000 orang, jadi kalau hanya mencari 50 orang yang berdoa pasti bukan perkara susah.

Dengan lembut si Malaikat berkata, Anakku, aku sudah berkeliling mencari suara hati yang berdoa buatmu tapi sampai saat ini baru 3 orang yang berdoa buatmu, sementara waktumu tinggal 60 minit lagi. Rasanya mustahil kalau dalam waktu dekat ini ada 50 orang yang berdoa buat kesembuhanmu.

Tanpa menunggu reaksi dari si pengarah, si malaikat menunjukkan layar besarberupa TV siapa 3 orang yang berdoa buat kesembuhannya. Di layar itu terlihat wajah duka dari sang isteri, di sebelahnya ada 2 orang anak kecil, putera puterinya yang berdoa dengan khusuk dan nampak ada titisan air mata di pipi mereka.

Kata Malaikat, Aku akan memberitahukanmu, kenapa Tuhan rindu memberikanmu kesempatan kedua? Itu kerana doa isterimu yang tidak putus-putus berharap akan kesembuhanmu.

Kembali terlihat dimana si isteri sedang berdoa jam 2:00 subuh, Tuhan, aku tahu kalau selama hidupnya suamiku bukanlah suami atau ayah yang baik! Aku tahu dia sudah mengkhianati pernikahan kami, aku tahu dia tidak jujur dalam kerjanya, dan kalaupun dia memberikan sumbangan, itu hanya untuk popularity dan menaikkan namanya saja untuk menutupi perbuatannya yang tidak benar dihadapanMu. Tapi Tuhan, tolong pandang anak-anak yang telah Engkau berikan pada kami, mereka masih memerlukan seorang ayah. Hambamu ini tidak mampu membesarkan mereka seorang diri.

Dan setelah itu isterinya berhenti berkata-kata tapi air matanya semakin deras mengalir di pipinya yang kelihatan cengkung karena kurang rehat.

Melihat peristiwa itu, tanpa terasa, air mata mengalir di pipi pengarah ini. Timbul penyesalan bahwa selama ini bahawa dia bukanlah suami yang baik. Dan bukan ayah yang menjadi contoh bagi anak-anaknya. Malam ini dia baru menyadari betapa besar cinta isteri dan anak-anak padanya.

Waktu terus berlalu, waktu yang dia miliki hanya 10 minit lagi, melihat waktu yang makin sempit semakin menangislah si pengarah ini,penyesalan yang luar biasa. Tapi waktunya sudah terlambat ! Tidak mungkin dalam waktu 10 minit ada yang berdoa 47 orang!

Dengan sedihnya dia bertanya, Apakah diantara pekerjaku, kaum kerabatku, teman kerja ku, teman organisasiku tidak ada yang berdoa buatku?

Jawab si Malaikat, Ada beberapa yang berdoa buatmu.Tapi mereka tidak ikhlas. Bahkan ada yang mensyukuri penyakit yang kau derita saat ini. Itu semua karena selama ini kamu mementingkan diri, sombong, mengainaya pekerja, kejam, ego dan bukanlah pihak atasan yang baik. Bahkan kau sanggup memecat pekerja yang tidak bersalah dan yang tidak setimpal dengan kesalahannya. Si pengarah tertunduk lemah, dan pasrah kalau malam ini adalah malam yang terakhir buat dia. Tapi dia minta waktu sesaat untuk melihat anak dan si isteri yang setia menjaganya sepanjang malam.

Air matanya tambah deras, ketika melihat anaknya yang sulung tertidur di kerusi hospital dan si isteri yang kelihatan lelah juga tertidur di kerusi sambil memangku si bongsu.

Ketika waktu menunjukkan pukul 24:00, tiba-tiba si Malaikat berkata, Anakku, Tuhan melihat air matamu dan penyesalanmu!! Kau tidak jadi meninggal,karena ada 47 orang yang berdoa buatmu tepat jam 24:00.

Dengan hairan dan tidak percaya, si pengarah bertanya siapakah yang 47 orang itu. Sambil tersenyum si Malaikat menunjukkan suatu tempat yang pernah dia kunjungi bulan lalu.

Bukankah itu Pusat Asuhan Anak Yatim? kata si pengarah perlahan. Benar anakku, kau pernah memberi bantuan bagi mereka beberapa bulan yang lalu, walau aku tahu tujuanmu saat itu hanya untuk mencari populariti saja dan untuk menarik perhatian kerajaan dan pelawat luar negeri.

Pagi tadi , salah seorang anak pusat asuhan tersebut membaca di surat khabar bahawa seorang pengarah terkena stroke dan sudah 7 hari di ICU. Setelah melihat gambar di surat khabar dan yakin kalau orang yang sedang koma adalah kamu, orang yang pernah menolong mereka dan akhirnya anak-anak yatim pusat asuhan sepakat berdoa buat kesembuhanmu.

Doa sangat besar kuasanya. Kita malas. Tidak ada waktu. Beban untuk berdoa bagi orang lain. Ketika kita mengingat seorang sahabat lama/keluarga, kita fikir itu hanya kebetulan saja padahal seharusnya kita berdoa bagi dia. Mungkin saja pada saat kita mengingatnya dia dalam keadaan memerlukan doa dari orang-orang yang mengasihi dia.

Disaat kita berdoa bagi orang lain, kita akan mendapatkan kekuatan baru dan kita boleh melihat kemuliaan Tuhan dari peristiwa yang terjadi. Hindarilah perbuatan menyakiti orang lain… Sebaliknya perbanyaklah berdoa buat orang lain.

Kerana pahlawan sejati, bukan dilihat dari kekuatan fizikal dan hartanya,tapi dari kekuatan hatinya. Katakan ini dengan perlahan, ‘Ya TUHAN saya mencintai-MU dan memerlukan- MU, datang dan terangilah hati kami sekarang…!!!’

Saya berjalan-jalan ke merata-rata blog. Membaca begitu begini. Dari yang saya tidak kenal hingga yang saya kenal. Dari yang saya sangat kagum hingg ke biasa-biasa sahaja.

Kadang-kadang lebih bermakna membaca dalam kalangan mereka yang biasa-biasa saja. Mereka dan saya juga, tidak menceritakan berjuta kisah benci melampau, tidak berkata begitu begini, tidak menyalahkan orang itu dan orang ini, tidak menunding jari atas kesalahan yang entah pada bahu siapa perlu ditunding jari. Tidak ada sengketa. Tidak ada caci maki. Tidak ada hina benci. Tidak ada iri hati. Tidak ada bahasa keji.

Entah.

Entah.

Entah.

dan mengapa?

Cerita harian yang mengingatkan. Cerita pengalaman yang mengujakan. Cerita masa depan yang memikirkan. Cerita hati yang menginsafkan. Cerita cinta sekalipun terkadang menjengkelkan. Cerita dunia dan masa depan. Cerita harapan dan persoalan. Cerita suka derita duka. Cerita pelajaran dan kegagalan. Cerita senyuman dan kemenangan. Cerita kesedihan dan kekentalan.

Cerita yang bukan berbentuk cacian.

Mungkin ada, dan tidak mampu dinafikan!

Tapi.

Tolonglah..

Tolonglah…

Tolonglah….

Jangan sampai taraf hormat merudum jatuh. Taraf tinggi nilai dirimu, kerana sikap peribadimu menjadi tontonan umum…. terbuang tak dipakai…

hanya kerana

hanya sebab

hanya alasannya

bahasa tulisanmu

AMAT MENJENGKELKAN!

ingatlah, segalanya ditanya kelak. oleh DIA!

Kita tak diajar membenci lantas mencaci! Berbincanglah bertemu muka. Bermuzakarahlah mencapai satu kata. Bersamalah bina hidup bermaruah. Ber’kita’lah mencapai jaya masa nanti. Kerana masa nanti penentunya hari ini.

kerana setiap langkah kamu,
kerana setiap bicara kamu,
kerana setiap pemikiran kamu,
kerana setiap bahasa kamu,
kerana setiap tulisan kamu,
kerana setiap kata-kata kamu,

menunjukkan diri kamu.

kamu tontonan umum. kamu harapan umum. setiap tingkah lakumu diperhati umum.

kerana kamu.

SEORANG PEMIMPIN.

dan aku juga.

jagalah budi bahasa, tutur bicara mu…sekalipun hanya menulis pendapat.

aku amat berharapkan itu! kerana hati aku satu, dan bukan untuk disakiti gaya bahasa penulisanmu. mugkin kamu berkata..

“jadi jangan baca!”

dengarkan pula hati aku menjawab apa,

“kerana dunia kampus untuk aku fahami, juga bergantung pada kamu, silapkah itu? kamu pemimpin aku, dan aku berhak untuk tahu,”

kerana kamu, PEMIMPIN!

Advertisements

~ oleh INFINITY di Ogos 30, 2008.

2 Respons to “kisah doa”

  1. aku tak berapa suka baca entri panjang.(jangan marah ye)
    just dropin’ by to say “selamat berpuasa!”

    hakhakhak..tak marah eh. aku boleh buat apa kalau orang tak suka entry bermanfaat kan…muahaha
    (jangan marah ye) =P

  2. PEMIMPIN…punya amanat yg mesti, mesti & mesti dilaksanakan dengan penuh tangjawab. Ia satu amanah.Cuba dengar, cuba lihat, cuba rasa, cuba fikir, cuba lakukan dengan cermat & bersungguh.

    benar sama sekali!!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: