bas rosak dan sabar

Hari Ahad.

“Nak pergi KB ni, nak beli barang. Kang dah masuk Ramadhan, payah pulak,”

err.. tak bolehlah, ada cooper test. Nanti tak sempat balik.

Hari Isnin.

“Nak pergi KB ni. Semalam tak jadi. Tangguh-tangguh kang tak sempat nanti,”

erk..! Lembaga Akreditiasi (macam ni ke eja?) nak datang. Nak evaluate course. Tangguh lagi.

Hari Selasa.

“Kebetulan Azah nak pergi KB, tumpang, balik, khud kelik sendiri,”

Orang JPN nak datang pukul 11. Lab ada tak siap.

ARGHHH!!!!!!!! Tensi!

Pergi KB sorang-sorang…aku tak kisah…aku suka begitu…tak perlu menunggu tak perlu ditunggu.
Pergi KB kena naik bas…aku tak kisah…aku suka begitu…sepanjang jalan menilai pemandangan.
Pergi KB tidak berteman…aku tak kisah..aku suka begitu…membuat keputusan tanpa tentangan.
Pergi KB seperti selalu…aku tak kisah…aku suka begitu…aku diajar berdiri sendiri.
Pergi KB bersendirian…aku tidak kisah…aku suka begitu…itulah aku!

Yang aku kisah, bila kehendak aku terhalang hanya kerana bukan aku tidak mampu. Aduhai!

Aku dan degil. Sesuai.
Aku dan kepala batu. Padan.
Aku dan pemarah. Sinonim.
Aku dan negatif. Tiada penafian.
Aku dan tensi. Akrab.
Aku dan membencikan. Tepat!

Dan, aku P-E-D-U-L-I apa?

Aku ada diri aku!

Ades! Em..apa kaitan dengan bas dan rosak?

Inilah dia.

Berkeras ke KB juga. Masalah lain muncul di tengah. Kursus KoK buat hal. Hal dengan username dan password. Haish, naik kembali temperature darah aku yang memang dah membuak-buak. Sabar. Begitu begini aku bertanya. Masih tidak boleh. Sabar. Mencuba itu ini. Tak menjadi. Sabar. Cuba dan cuba lagi. Dan sabar lagi.

Sudahnya. Gi mampos lah ko!

Erk! Aku berjalan sendiri ke depan HUSM (tempat daftar). Untuk tunggu bas. Sebenarnya hajat aku nak bawa nota, tapi tertinggal. Kalau aku patah balik dan teringat username gila tu, maka lebih baiklah aku tidak berpatah semula. Konon nak rvise nota masa tunggu bas, mati begitu sahaja. ulang..konon!

1.30 pm : Tunggu bas. sambil belek-belek purse…err rupa macam wallet.
2.00 pm : tak sampai lagi?? Baik aku bawak nota!
2.15 pm : Mana ni??? Aku ada badminton petang ni!
2.30 pm : Al mangkuk ayun punya bas!
3.00 pm : Tak datang 15 minit lagi. Cancel!
3.15 pm : Nampak gak akhirnya.

Dan ke KB lah dengan perasaan syaitan itu. Kegemaran memerhati alam dan membiarkan angin menampar manja pipi aku yang berparut jerawat ni, lega. Marah? Hilang jua. Walaupun ke KB macam tak cukup tanah aku langkah. Adeh!

Nak balik. Jam pukul 5. Hem, masa paling kurang setengah jam. Tak apalah badminton lewat sikit. Selalupun lewat je sebenarya.

Lari-lari, bas yang cepat ke USM dah jalan. Sabar.
Ada bas no dua. Lega.
Bas tu memulakan perjalanan. Semoga sampai walaupun 45 minit jangkaan sampai.
Tengah jalan. ROSAK!. Sabar.
Jalan macam kura-kura. Sabar.
Penumpang tak paham bahasa. Tolonglah turun kalau jarak dekat-dekat. Sabar.
Dari 45 minit dah jadi sejam. Sabar.
Tengah jalan kena tukar bas jua. Nazak amat. Tunggu lagi. SABAR.
6.15 sudah. SABAR.
Bas sampai tak masuk dalam. Kena jalan kaki..lari sebenarnya. SABAR.
Akhirnya 6.30. Tinggal 15 minit je lagi. SABAR!

SABAR. SABAR. SABAR!

Aku berjaya senyum pada pakcik bas, pada penumpang, pada siapa-siapa kat situ.

PELIK TU!

Apa nak buat, pak ck bas tu mesti lagi tensi dari aku. Orang dok hon tak berhenti kat dia.

Paling penting, aku reti bersabar. Selepas 2 hari aku hilang sabar! Kes assigment yang menyebabkan aku tekan papan kekunci aku macam nak tercabut, aku tekan keypad henset macam nak makan, aku cakap macam desibel suara aku dah paling keras. frekuensi agak tinggi dn yang sewaktu engannya. Yang pasti, memang negatif.

Maaflah. Aku memang sangat teliti. Sangat cerewet. Walau kau tidak berkata, hati aku bising berbicara. Maaf!

erm..

Bilik kebal, aku usaha pinjam dan punah. Ketua aku yang tersayang, kalau tak beli cat nak baiki, memang nak kena dengar frekuensi dan desibel suara aku yang amat tinggi lah jawabnya. Aku remind banyak kali, memang tak makan saman. Menyakitkan hati! Sabar-sabar.

Kesian junior kalau lain kali nak pinjam tak dapat disebabkan senior.

Tolonglah.

Tolonglah faham.

Tolonglah consider!

Apepun. AUDIOLOGI dapat anugerah STESEN PALING POPULAR.

Alhamdulillah.

Berbaloi rasa usaha lecturers creditted to DR. DIN, DR. ZU dan DR NORMANI. Masa hari Ekspo Kampus, DR. DIN datang juga luangkan masa. Aku sangat GEMBIRA! Senyum sepanjang hari. Esoknya, DR. ZU datang juga. Walaupun aku tak bertugas, dia datang suport dan lihat hasil kami. Bertambah GEMBIRA. DR NORMANI pergi graduation. Aku tau, kalau dia ada kat sini, mesti dia datang juga. Sayang semua lecturer aku yang BAIK HATI!!!! Moga aku mampu membalas jasa.


Berbalas juga usaha senior..creditted to all seniors, ABE, KAK IZAN dan SEMUA
Berguna juga bahan AHLI CONVEX..arigator!
Dan berhasil sudah usaha AHLI HEALTHEX!

Cogratulations!

Aku? Senyum. mengingatkan. lecturerku semua. yang. baik. hati.

” najmi barang dah setel ”
” ok. thanx “

erk!

” bukan. itu soalan. barang dah setel? ”
” belum lagi. tengah nak setelkan, “

cis. banyaklah setel.

p/s:jangan tulis mesej macam aku. tak reti letak tanda bacaan! and satu lagi…cik R no dua, dah tak ada dalam senarai aku ya. DELETED!

R no 1
R no 2
R no 3

setel.

Tadi majlis MPDMN. Entah nak kata apa. Dunia.

Advertisements

~ oleh INFINITY di Ogos 27, 2008.

Satu Respons to “bas rosak dan sabar”

  1. uh.. berbelit-belit otak nak mengkhayalkan keadaan ketika tuh..hahaha.. tapi memang takde paksaan memahami situasi itu, cuma suka utk memahami jalan cerita yang ingin disampaikan.. pendek kata, sabarlah yer…

    hahaha..hee~ penulis ni mmg hampeh. suka menyusahkan orang!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: