cukuplah bagiku, ALLAH

Hasbiyallah…cukuplah bagiku Allah…

Semalam aku telefon ayah. Sebenarnya sungguh aku runsing. Hati aku runsing. Tipulah kalau aku katakan tidak. Aku tidak boleh keseorangan. Aku takut. Entah nak kata apa. Tak tahu mana nak mula. Banyak nak kata. Kalau aku berjalan ke kelas seorang diri, makin banyaklah bicara hati…

Aku masih ingat ayah kata yang tak akan ada apa-apalah. Nenek barah rahim, datuk barah tulang. Ayah kata, nenek dan datuk disebabkan perkerjaan mereka, sebab tu diorang dapat barah. Bukan keturunan.

Dalam kes aku, aku bukan mungkin inhereted. Aku telefon selewat 12 malam sebab aku tak dapat tidur. Sebab aku risau. Setiap kali bangun pagi sekarang, kepala dah mula berdenyut. Setiap kali bangun pagi sekarang, aku terasa sangat nak muntah. Dan setiap kali bangun pagi sekarang, aku selalu harap imbalance aku akan berkurang dan kaki aku boleh melangkah semula dengan baik.

Buat masa sekarang, perkara yang teringin sangat aku buat…yang boleh aku buat dulu dan selalu aku buat sebelum aku cedera…berlari.

Aku rindu nak berlari. Walaupun baru hampir tiga minggu, aku sangat rindukan berlari.

Dengan berlari, aku boleh bermain badminton untuk kokurikulum.

Dengan berlari, aku mampu masuk semula persembahan taekwando untuk Integrasi Persatuan.

Dengan berlari, aku boleh berjalan cepat ke kelas. Hanya 13 minit seperti dulu. Tidak perlu sampai hampir setengan jam.

Ya Allah, sungguh, aku rindu berlari.

Semalam, ketika di musallah, aku tersalah langkah. Kaki aku berdenyut semula. Tidak boleh luruskan kembali. Saat itu juga aku lakukan fisioterapi. Mujur Azah ada, sekurang-kurangnya aku dapat prevent diri aku dari menangis teruk. Aku buat fisio depan-depan orang ramai dalam musalla tu, kerana…..aku ingin berlari semula.

Ayah kata, banyakkan zikir. Ayah kata juga aku terlalu risau. Risau boleh menyebabkan tekanan darah tidak stabil. Semalam 131/96. Setiap kali bila tekanan darah diambil, hati aku akan mengharap bacaan menurun. Walaupun….tak. Cuma semalam bila tekanan darah aku diambil, aku berdoa sedikit lain..

“Cukuplah bagiku Allah. Ya Allah, kalau dalam takdirMU ada sakit yang perlu aku jumpa punca, ketemukanlah…kuatkan aku. Senyumkan aku selalu…”

Dan, 131/96. Walaupun sedikit hampa, aku hanya senyum pada jururawat. Sekarang, kebanyakan jururawat di klinik ORL kenal aku. Disebabkan itu, aku selalu boleh ambil tekanan darah dengan cepat. Tanpa perlu tunggu dan tanpa perlu ganggu kelas.

Sebab ayah kata aku terlalu risau, jadi aku harap memang benar kerana itu. Sekalipun ingin muntah, aku anggap hanya sekadar mainan perasaan.

Sekarang, aku terlalu ingin mengadu, aku kurang boleh tumpukan lecture. Pergerakan kepala yang kerap untuk balancing, sungguh menganggu. Sekarang, perasaan ingin muntah semakin kerap. Dan sekarang, kepala berdenyut di sebelah kepala juga makin terasa. Aku ingin banyak bercakap seperti selalu. Aku ingin banyak bertanya seperti selalu. Tapi, aku tidak mahu lecturer tahu aku tidak stabil. Seperti cukuplah, DR. Zu, Dr. Normani dan Prof Din. Cukuplah.

Walaupun begitu, aku tidak sorokkan pada kawan sekelas. Aku ingin diorang tau ada sesuatu terjadi pada aku. Tapi, itu bukan alasan. Aku masih bergurau pada Ika, masih tersenyum pada Nadiah, masih mengutuk hodoh pada Azah, masih aktif pada Kak Ermy, masih mengena pada Zu Reen Izza dan kesemuanya. Cuma bila aku bercerita pada diorang, aku ingin menganggap penyakit aku seperti demam selsema biasa.

Kak Ermy yang selalu membaca entry ni, nadiah juga, ika juga dan rakan-rakan USM yang lain…aku hanya ingin bercerita. Hanya ingin berkata. Hanya mahu bicara. Sebab, aku takut.

Rasa ingin menangis.

Semalam test yang lain aku buat. VEMPs (Vestibular Evoked Myogenic Potential). Satu diletakkan di dahi, satu di sternum dan dua dikedua belah sternocleidomastoid. Ketika berpaling kearah kanan mata aku tidak boleh menilai depth dinding, kepala berdenyut dan ingin muntah. Mata seperti terperosok ke dalam dan itu sakit. Aku memberitahu dr. dan mengalir air mata. Aku bukan manusia yang boleh mengelak dari menangis yang berjaya. Sungguh aku takut. Sungguh aku minta dikasihani Dr. Zu, benar aku mengaharap Dr. Normani mengerti aku takut dan betul aku mengharap dengan kehadiran Azah disitu, aku akan kuat. Sekurangnya hanya mata aku berair, itupun sebentar. Namun tetap mengalir.

Ada rentak seperti ketukan keluar dari headphone yang dipakaikan. Dalam hati aku terus berkata itu ini, dan..cukuplah bagi aku Allah. Dan bila gelombang yang terhasil mula muncul pada skrin komputer, dua orang doktor itu bercerita, aku dan Azah turut diberitahu, memang ada gelombong tidak normal disitu. Secara logiknya, kalau satu otot contract, satu otot lagi akan rehat. Tapi pada aku, bahagian kiri atau kanan aku lupa yang mana, tapi apabila satu contract, yang sebelah lagi turut ada sedikit contraction. Mengapa? Aku terdengar perkataan saccule…

Masih terngiang kata Dr Zu rehablitasi apa untuk aku. Juga terdengar bicara Dr. Normani semuanya perlukan perbincangan lagi.

Aku hanya mampu memandang dan mendengar. Dalam hati minta bertenang.

Hari Isnin sesi ketiga fisioterapi. Cepatlah. Aku ingin cepat habiskan fisio. Aku ingin cepat berlari. Hari Isnin juga ada test keseimbangan yang lain. Posturography. Yang ni mungkin aku rasa rumit berdasarkan pembacaan aku di internet. Aku kena berdiri atas papan yang akan rotate atau moving untuk certain position, dan movement aku untuk balancekan body direkod. Walaupun aku tidak lagi expect untuk normal, aku harap aku mampu untuk kurangkan masalah.

Semalam ada berita menggembirakan. Peluang aku untuk pakai Braces mungkin tinggi semula. Setelah appliance ini aku tidak mahu lagi pakai, panggilan semalam cukup melegakan. 31 julai appoiment dengan Dr. Norehan di klinik pakar. Alhamdulillah. Cuma tak tahula boleh ke tak. Satu persoalan lain, MRI boleh ke pakai braces? Harap tidak bertindan tarikh. Yang perlu di scan, otak, telinga dan bahu..bolehkah? Dr. Adz..bantu saya untuk jawapan itu..=) Saya tanya mostly student kat sini, ramai tak sure. Nak tanya Dr. sendiri, takut..huhuhu~

Juga, cepatlah MRI. Aku nak tahu ada apa-apakah dengan otak aku? Aku harap tidak. Cukuplah hanya telinga. Namun, cukuplah bagiku Allah. Kalau ada sekalipun, aku tahu itu ada hikmahnya. Cuma, bantu aku untuk kuat.

New onset or change in pattern of headaches….Ada
Headaches that gradually become more frequent and more severe…Kadang-kadang.
Headaches that tend to be worse in the morning and ease during the day …yes.
Unexplained nausea or vomiting …feel vomitting.
Vision problems, such as blurred vision, double vision or loss of peripheral vision..alhamdulillah tidak.
Gradual loss of sensation or movement in an arm or a leg…leg sometimes.
Difficulty with balance …paling kerap.
Stumbling or lack of coordination in walking…yes.
Speech difficulties …so far may be no. But lately, somtimes but i not consider as difficulty.
Confusion in everyday matters ..lately, a bit.
Personality or behavior changes …not so sure.
Seizures, especially in someone who doesn’t have a history of seizures ..alhamdulillah, again.no.
Hearing problems ..no also.
Hormonal (endocrine) disorders..don’t know.
Drowsiness…a bit lately.
Changes in memory..lately, getting worse.

Yang benar,
Aku.

 

 

“Kalau saya, saya nak buat MRI. Takut ada tumor,”

…Apapun yang terjadi, berjalanlah tanpa henti…

Cukuplah bagiku……ALLAH!

Advertisements

~ oleh INFINITY di Julai 18, 2008.

9 Respons to “cukuplah bagiku, ALLAH”

  1. “Ya Tuhan kami, curahkanlah kesabaran atas kami dan teguhkanlah pendirian kami serta tolonglah kami terhadap golongan yang kafir..

    Ya Tuhan kami, janganlah kau palingkan hati kami setelah Engkau tunjuki dan berilah kami dari hadhirat-Mu rahmat kerana Engkau adalah Yang Maha Pemberi..

    Ya Allah, kukuhkanlah aku dari kemungkinan terpelesetnya iman, dan berilah aku petunjuk dari kemungkinan sesat..

    Ya Allah sebagaimana Engkau telah memberi penghalang antara aku dan hatiku, maka berilah penghalang antaraku dan antara syaitan serta perbuatannya..

    Ya Allah, aku mohon pada-Mu jiwa yang tenang tenteram, yang percaya pada pertemuan dengan-Mu dan ridha atas keputusan-Mu serta merasa cukup puas dengan pemberian-Mu..”

    khud.sedih bc entri mu lately..
    Allahumma yashfiik!

    masa menulis juga sedih…T-T

  2. sabar ye… jangan fikir sangat… 🙂
    saya tak tahu nak komen apa… saya rasa sedih baca entri ni…

    saya tahu, saya senang je cakap suruh sabar dan jgn byk fikir. awak yang alami mesti rasa susah hati kan…

    Allah knows best! kita sebagai umat, kena redha dengan ketentuan Allah. 🙂

    bila susah hati, kena banyak senyum. Semoga tiada apa yang berlaku..amin. Arigator =)

  3. alahai. cik darisenja ni sungguh tabah ye. kuat semangat tu penting. moga cepat sembuh. 🙂

    manusia biasa, kerap juga menangis…

  4. huda nee….kuatkn atie.bukn seng nk trima sume nh..ak akn sntiasa sokong dirimu tue.dun giv up.!!!”Allah akn tidak akn timpakan sesutu ujian melainkn y bsesuaian dgn kemampuan hambaNya…”

    yup ieyka chan!!! arigator gozaimas…!

  5. huda..
    setiap dugaan yang Allah berikan ade sebabnya..
    muhasabah diri…Allah tahu ape yang terbaik untuk hambanya…
    U’re very special..that’s why Allah turunkan ujian ini..
    promise me!u should survive…no matter what happen..no matter how hopeless u’re..remember ALLAH is always there for u…
    luv~TQA~

    arigator..rindu masa kita sebilik dulu..rindu amat!

  6. kak huda…

    “Berlari kau rasa membawa jaksa mendakwa jiwa!”

    tugal terus-terusan, tanam yakin dan iman,
    catat terus-terusan, bayar tunda kemudian,

    sekali lagi, puitis sungguh..tak kusangka…arigator.=)

  7. assalamualaikum..Allahuakhbar,lama dah x dengar kaba ko..rupenyer sedg mnghadapi ujian..=( asif,..moga ko sentiasa dan akan terus tabah mghadapi ujian..insyaAllah,sumenye akan kmbali seperti sedia kala..mudah2an itu semua merupakan kifarah..sirru ala barakatillah..uhibbuki lillah..=)

    fana..aku rindu ko. tiap-tiap malam aku peluk teddy ko bg. dah hitam n dah kerinting2 bulu dia. aku bawak mana2, aku takleh tido kalau dia takde. even naik bas, aku sumbat dalam beg bwk balik KL. ko tau tak dia ada nama, ada jantina pon. Nama teddy tu, loyie.. fana, aku nak jadi tabah….macam arwah mak ko…T-T

  8. salam..jgn sedih dgn ujian yg dtg drpd Allah, fikirkan itu yg trbaik utk kita krn Allah Maha Mengetahui yg terbaik utk kita. Papepun, bykkn ibadah mengingati Allah. jdkan ujian yg dtg ini sbg wadah utk memantapkan iman kita kpd Allah dan berlapang dada menerimanya sbg seorg Hamba Allah ❤ ❤

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: