vertigo, fisioterapi, aku dan seorang PUAN

Increasing!! 136/106!

Apalah nak kata. Redha sahaja. Tadi ada appoiment dengan Dr. Zu di klinik ORL di Klinik Vertigo. Vertigo? Apa itu? Vertigo adalah simptom pening yang ada lagi bahagian kecilnya. Pening sampai rasa nak muntah, pening hingga nampak bintang-bintang, pening sehingga keadaan sekeliling turut memusing atau pening seperti terapung. Ini kategori saya.

Appoiment saya pada pukul 0830 tadi, namun kejadian tidak diingini berlaku. Hish! Mana tidaknya, lepas subuh saya kepenatan lagi, lalu saya sambung tidur. Kemudian, terbangun pukul 0826, sakit hati amat! Terkejar-kejar. Membebel juga. (Dan tidak mandi..hahahaha). Dalam kecepatan itu, saya tersilap langakah. Kelepek!! Adui!!! Hmm~ Bertambahla sakit kaki yang memang dah sakit. Isk..isk.. mujur kejap lagi ada fisioterapi.

Dalam bersiap itu, dan dalam membebel sendiri, mujur Laili offer untuk mengosok tudung (saya suruh gosok gitu-gitu je, hasilnya..hee~ macam tak gosok pun. Buat syarat sudah!) Berjalanlah secepatnya hingga sampai 0843. Mendaftar dan menunggu. Dalam hati punyalah mengharap cepat, 1030 fisioterapi pula. Namun sehingga 0945, nama masih tidak dipanggil. Lalu saya bangun ke kaunter, bertanyakan itu ini, sudahnya nurse disitu suruh saya masuk.

Di dalam, saya duduk bersebelahan seorang wanita dalam lingkungan 40-an dan bertudung labuh. Mulanya saya hanya berbual sepatah dua. Dia bertanyakan kaki saya mengapa, dan saya menjawab kerana jatuh futsal. Hmm~ Kes yang sama, kami ke klinik vertigo dan menunggu doktor yang sama. Cuma jenis vertigo dia lagi dahsyat kerana adakalanya alam sekitarnya ‘spinning’.

Cuma bila tiba-tiba saya rasa sangat ingin terjatuh dan sedikit pening. Mungkin saya tidak sarapan, barangkali. Lalu saya berfikir mana paling dekat untuk mendapat makanan. Perlahan saya menegur,

“Ada gula-gula tak? Saya tak stabil, pening pun ya,”

“Gula-gula tak ada, hok ni adalah,” Dan dia mengunjuk clorex kot jenamanya.

“Boleh. Saya pening,”

Dan saya sedikit terkejut, dia merapati saya dan menyentuh bahu. Seperti ingin mengurut. Terharu.

“Nak urut ke?”

Tersenyum.

“Tak apa, saya ok,”

Tersenyum lagi.

Entah bila bermula, dia bercerita perkara yang menguatkan saya. Dia seorang guru pendidikan Islam di salah sebuah sekolah menengah di Jerteh. Suaminya menghidap barah hidung 2 tahun lepas. Alkisah bermula kena hanya sakit biasa yang akan dikata biasa oleh mungkin doktor yang tidak pakar. Sekali lagi mungkin. Dan anak sulungnya ketika itu di tingkatan 4. Dia sepakat dengan suaminya untuk merahsiakan.

Namun benda yang dirahsiakan sampai bilalah boleh bertahan. Akhirnya terbongkar jua. Takdir tuhan, anak perempuan sulung mengalami depression. Kemurungan. Semakin hari semakin teru. Dan terpaksa ke wad 5. Tabah sungguh puan itu. Berulang-alik di hospital yang sama namun wad berbeza. Atas dua kes berbeza.

Anak sulungnya yang bijak ingin benar menjadi doktor. Namun itu bukan takdirnya. Depressi meragut semua. Anak sulungnya yang bijak, mendapat 8A PMR, terpaksa bertukar sekolah dek kerana sistem sekolahnya menjaga prestasi. Anak sulungnya juga terpaksa menerima perbezaan fizikal juga kerana kesan ubat, dan anak sulungnya juga kini di UITM mengambil perguruan. Sempurna sungguh hikmah tuhan.

Suaminya meninggal dua tahun lepas. Ketika ceritanya mula mengambil noktah, ada linangan air mata disitu. Dan sebenarnya mata saya bergenang juga. Katanya lagi, adakalanya dia boleh bercerita tanpa berair mata, kadangkala tidak pula.

Ah, hati manusia, ada emosi sendiri. Sukar dikategori!

Kagum.

“Saya hanya boleh bercakap sabar. Saya tidak merasai, dan kalau itu ujian saya, lagi teruk dari anak puan. Allah tidak akan uji perkara yang kita tak mampu, kan?”

Dia tersenyum.

“Maknanya puan mampu, dan DIA tahu tu,”

Tersenyum lagi. Mengangguk juga.

Nama saya dipanggil selepas itu.

Bermula tekanan darah. Naik. Ujian cari point sentuh hidung (tak tahu nama apa), ada satu dua lost, tapi tak tahulah normal atau tidak. Terbalik tangan, normal. Nystagmus? Tidak tahu. Dr. Zuraida menyuruh saya menjalani PTA (Pure Tone Audiometry) dahulu. Dan saya pergi. Tapi, perlu menunggu, jadi saya ke fisioterapi dahulu.

 

Dr. Zu kata table saya buat ni cantik! Hee~

 Everyday record!! Huu..hijau gitu..=)

Lutut saya, masalah lain pula ceritanya. Selepas proses heating, saya diarah melakukan senaman straight kan lutut. Patela (tempurung lutut) saya masih bergerak. Seolah tidak fix. Berulangkali saya disuruh menekan. Masih sama. Dan rupanya, patela kanan juga begitu. Itulah sebab saya mudah terjatuh ketika bermain. Saya terfikir semasa sekolah dahulu. YA! Tapi ramai menganggap saya sengaja jatuh, dan saya terfikir begitu juga. Ahh!

Disitu ramai sungguh warga emas. Fisioterapis yang berhati penyayang mungkin akan mampu menghandle situasi begini. Saya? Entahlah. Ada juga terfikir. Mampukah?

Pulang semula membuat PTA. Heee~ Saya hanya melakukan dengan senior sahaja. Beberapa ujian dilakukan. Dan juga, tympanic membrane (gegendang telinga) saya sebenarnya kurang kenyal. Tapi sepatutnya tiada masalah dengan balancing. Tak mengapalah. Saya membawa result kepada dr. Zu semula.

Terima kasih, Dr. Atas keperihatinan Dr. Antara dialog yang mebuat saya terharu, ketika meminta appoiment cek darah. Ikut kiraan saya berappoiment pada 12012009. Tahun depan?

“Student saya ni. Takleh ko perawal lagi? Sikit lagi. Nak ngaji ni, kang jadi gapo-gapo,”

Setelah beberapa kali, dapatlah 28082008. Eh, cantik pula nombornya.

“Kalau ikut saya, saya nak buat MRI (Medical Radiation Imaging) terus. Tapi kena refer medical dulu,”

Senyum sahaja.

Hati nak berkata apa? Tabahlah kamu. Kuatkan juga. Tiada ujian berada di luar dari kemampuan kamu.

21 Julai : 2 pm : Posturography

28 August: 9 am : Ambil Darah for detecting Young Hypertension

08 Sepetember : 9 am : Vertigo

Advertisements

~ oleh INFINITY di Julai 15, 2008.

7 Respons to “vertigo, fisioterapi, aku dan seorang PUAN”

  1. emm… too many medical term yang saya x paham. hehhe… saya dulu nak jadi doktor gak. tapi, x layak. huhu…

    kalau pening kena makan gula-gula ke? 😛

    taklah, saya pening sebab tak cukup gula dalam darah, tu yang cari gula-gula..=)

  2. saya kalo pening, suka makan buah..
    saya kurang suka gula-gula…

    err..tapi kalo masa derma darah, antara saya dgn kawan2…saya sorg je yg selalu lepas menderma…
    org lain mesti doktor kata, BP tinggi sangat…so, boleh tengok je…

    normal BP bagi orang sebaya saya, 120/80. Tapi, saya pun tinggi juga. Kenapa tak boleh derma darah kalau BP tinggi tu, saya boleh jawab ikut fahaman saya, cuma tak tahu betul atau salah. Cuma, saya akan minta tolong DR. ADZ, blogger yang saya selalu lawat blognya tolong jawab ya..=)

    Secara logiknya, darah masa derma diambil dibahagian vena sebab tekanan vena adalah rendah. Kalau ambil pada arteri, akan terpancutlah sebab tekanannya. Mungkin sebab BP tinggi tu menyebabkan dr. tak bagi derma darah.

    Apapun, kalau tinggi, cepat-cepatlah jumpa doktor. Penyakit hari ini… tak kenal muda tua. hee~

  3. harap cepat sihat ek…

    insyallah. terima kasih banyak..=) saya add ya link.

  4. Salam buat nurnana & juga huda;
    Dari website American Red Cross Blood Services, diberitahu bahawa orang yang mempunyai high blood pressure masih boleh menderma darah sekiranya paras tekanan darah itu terkawal atau berada dalam paras yang dibenarkan (<180/100). Tak pastilah betul atau tidak cuma kat situ ada tertulis sebegitu, ini link dia.

    http://chapters.redcross.org/ky/rivervalley/eligibility.htm

    Lagi satu, dari bacaan saya dapat beritahu yang orang yg ada darah tinggi ada risikonya sekiranya mereka menderma darah disebabkan proses yang dinamakan “autoregulation” (proses di mana badan akan cuba mengekalkan kadar aliran darah secara tetap apabila tekanan darah berubah…….saya translate, tak pasti sangat Bahasa Melayu saya betul atau tidak). Organ-organ dalaman badan kita seperti otak, jantung dan ginjal adalah yang paling jelas mengamalkan autoregulation. Untuk orang yg ada darah tinggi, organ2 ini dah terbiasa bekerja dalam keadaan tekanan darah tinggi, and bila darah tiba-tiba saja hilang ada kemungkinan organ2 ini tak dapat nak adapt dengan cepat, sebab bila seseorang tu derma darah tekanan darahnya turun. Fungsi2 organ2 ini akan terganggu dan akan memberi risiko pada tuannya.

    Begitulah yg sy faham…kalau silap sesiapa tolong betulkan. 😉

    arigator dr. comment ni masuk dalam spam..hish, mujur saya perasan tadi…hmm~

  5. Doa ku pada mu:
    “…Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami…”
    (al-baqarah: 286)

    terima kasih, ujian ini masih mampu ku tanggung, cuma sesekali teringin menangis..yang pasti, aku tidak meraung…

  6. Owh..tima kasih…
    saya nya BP ok je…

    mak saya kot yg selalu tinggi…

    anyway..saya baru balik dr BP ~ bt pahat~, makan buah manggis dgn rambutan..
    (owh…takde kena mengena..)

    hahaha..huu~ well, batu pahat? em, my mom pnye BP pn quite tinggi, xpela dia dh berusia. Saya? Hmm~

  7. assalamualaikum. erm…huda, can i be your friend? i want to know more about u. somehow, reading ur blog makes me feels as if i’m reading my own storylife in a different point of view.

    waalaikumussalam. yes, anybody can be my friend. No mater who, no mater how.
    reading ur blog makes me feels as if i’m reading my own storylife in a different point of view

    Such as??…

    well, im not that good and..the word bad is very suitable to me. Seriouslly, i always make others terasa, marah, benci to me. Because of my bad behaviours….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: