ayah saya bukan doktor!

Semalam, tekanan darah saya 130/100!

SANGAT TAKUT!

Saya telefon ayah bercerita. Ayah saya yang suka bertanya dan membaca banyak memberikan penerangan. Mendengar dan mendengar. Ambil input, sesekali membetulkan beberapa perkataan saintifik yang digunakan ayah. Hee~ Dan sekarang saya teringat satu cerita yang berkenaan tajuk di atas.

Ceritanya begini, ada satu ketika dulu berlaku kematian di mana saya lupa. Masalahnya sekarang, orang ramai yang mengerumuni tidak tahu sama ada lelaki itu benar-benar sudah mati atau belum. Dan kebetulan ayah saya berada disitu. Lalu ayah saya datang membantu,

“Ada torchlight?”

Ramai yang berada di situ melihat sesama sendiri. Menggeleng kepala tanda tidak ada. Tiba-tiba datang seorang perempuan menjawab,

“Saya ada,” Lalu dia menghulurkan torchlight.

Ayah saya membuka perlahan mata lelaki tadi. Lalu ayah saya suluhkan. Berganti-ganti antara kiri dan kanan.

“Mengikut pengetahun saya, Lelaki ni dah meninggal,”

Orang ramai yang berada di sana bertanya bagaimana ayah saya tahu.

“Kalau manusia belum meninggal, apabila disuluhkan cahaya, anak mata dia akan mengecil. Itu bermakana masih ada tindak balas dan juga membawa maksud masih hidup. Lelaki ini tak,”

“Ohh,”

Tiba-tiba ada seorang dari belakang menyapa perempuan yang menberikan torchlight kepada ayah saya tadi,

“Doktor dan lama sampai?”

Terkejut ayah saya. Hahaha.

“Eh, doktor dan sampai, doktorlah lebih layak cek,”

Senyum. Doktor itu mengangguk.

“Betullah tu tindakan encik. Antara cara nak pastikan manusia hidup atau tidak, begitulah,”

Ayah saya bukan doktor, tapi dia selalu ingin tahu. Dan sifat itu, banyak dia mengajar saya juga. Seperti tekanan darah saya. Ambil contoh tekanan darah, kononnya 130/90. Ayah saya tidak tahu nama yang atas adalah systolic, dan yang bawah diastolic. Walaupun saya dah belajar last semester, tapi itulah, belajar kerana exam. Inilah jadinya. Bahkan, sebenarnya saya dah belajar dan berlatih cara mengambil bacaan, tapi masih…hee~

Kata ayah dalam bahasa dan fahaman dia,

“130 tu bacaan jantung pam keluar. Sebab tu bacaan dia tinggi kerana dia dalam tekanan tinggi. Dan kita ambil bacaan masa bunyi ‘dup’ pertama keluar,”

Dan saya bayangkan, apabila kain tu mengemuk, itu sebenarnya memberi pressure kepada salur darah memberhentikan darah. So, ‘the first ‘dup’ sign for the sudden blood flow. Hee..betul dah kot. Ayah menyambung lagi,

“Yang bawah pula, bila makin tak ada bunyi. Bacaan masa bunyi hilang. Itu pula, bacaan darah kembali semula ke jantung. Bacaan atas akan sentiasa berubah. Takut, penat, berdebar semuanya mempengaruhi bacaan atas. Kalau bacaan atas sedikit tinggi selepas bersenam, itu normal. Sebab boleh juga dikategorikan sebagai faktor luaran. Yang doktor risau, bacaan bawah,”

“Kenapa?”

“Yang bawah ni ketika darah kembali ke jantung. Darah masa ni tak ada pressure. (Disebabkan itulah vena ada injap, kan?). Bacaan yang tinggi mungkin disebabkan ada halangan. Yang bawah jarang bacaan tinggi bagi manusia normal. Dan yang bawah juga menunjukkan ada sesuatu yang tak kena dalam badan. Yang tu doktor kena cari puncanya,”

Hmm~ Betul juga. Saya berfikir. Logik. Jadi untuk masalah saya, mungkin ada masalah yang tidak tahu. Kalau constant bacaanya, boleh di assumekan sebagai young hypertension. Tapi naik turunnya sentiasa berubah-ubah termasuk yang bawah. So assumption sukar dibuat. Takpa, tunggu test untuk isnin ni bagi bahagian telinga. Kata doktor lagi, kalau telinga tak ada masalah, bahagian saraf di otak akan di cek. =)

“Ayah tak tahulah fahaman ayah betul ke tak. Angahlah lebih tahu sebab angah belajar. Ayah baca dan tanya doktor je. Tak belajar. Buku pula terhad, banyak buka medik bahasa inggeris, ayah mana pandai,”

Saya senyum, “Betullah tu, cuma ayah tak tahu istilah medik je,”

“Tu kena serah pada yang pakarlah. Ayah bukan tahu banyak pun,”

Memanglah ayah tak tahu banyak. Ayah bukan belajar spesifik. Ayah hanya bergantung pada jawapan dari doktor dan beberapa bahan bacaan yang ada. Terhad pula tu. Tapi, apabila saya dapat penyakit baru, ayah akan cari sumber maklumat untuk fahaman dia dan diterangkan kepada saya. (Sepatutnya saya yang mencarikan?)

Memang ayah tidak tahu banyak, kan? Ayah saya bukannya doktor.

Tapi, saya salute ayah saya. Kerana, dia lebih tahu banyak dari saya. Kerana dia selalu berusaha untuk faham tentang kesihatan. Dan sebab tu kakak saya kini jururawat, dan sebab itu juga, saya di bahagian kesihatan. Dan mungkin adik saya bakal seorang doktor.

Memanglah, ayah saya bukan doktor, tapi anaknya mungkin, bukan? =)

Ayah saya bukan doktor, tapi keinginnya memahami bidang kesihatan, sama seperti doktor. =)

 

Advertisements

~ oleh INFINITY di Julai 11, 2008.

9 Respons to “ayah saya bukan doktor!”

  1. hi…
    info yg berguna. kalau saya dalam situasi itu, saya yang kalut x tau nak bg info apa dah… 😉

    saya kalut juga, hahaha..tu ayah saya. huu~ well, arigator bertandang, saya add link ya!

  2. info yg cukup bagus….
    ayah saya juga bukan seorang doktor,tapi dia selalau pesan
    kalau sesak nafas jgn baring..kenapa ye?..ada info?

    hehehe…
    saya add link awak ye..,

    saya tak taulaa nk jwb, nnt saya try tnye sape2 yg tau. Tapi, kalau saya asthma, saya terpaksa meniarap…nak baring? jangan haraplah, bertambah teruk..hee~

    terima kasih untuk add ya. awk pnye website? sy nk add juga…=)

  3. ayah gue pun bukan doktor gak !!!!..best..best.. kita geng ..!!

    set!!!! heee~ =P

  4. aku lagik la x pandai kalo bab2 perubatan ni..

    huhuhu..saya pon! sikit2 bolehlaa..=) add ya!

  5. ayah saya bukan doktor juge, tapi kalo org tgk dia, org akan kata dia cikgu..hehe…

    err…kenapa cikgu? hee~

  6. zahid..cikgu?
    ape kena mengena???

    lawak hari jumaat..hehe..

    zahid? cikgu? hmm~ semakin confius.hahaha~

  7. zahidah adalah kawan saya yg saya panggil zahid..
    sekian.

  8. well said!

    Arigator gozaimas….

  9. ayah…..
    pahala yang besar untuk manusia sejagat…
    http://mutiarabiru.wordpress.com/

    rindu ayah…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: