ralat yang normal!

Keputusan darah?

Alhamdulillah normal. Cuma ada sedikit, tapi di cover yang lain. Kesimpulannya, masih normal! Alhamdullillah. Sungguh bersyukur!

Cuma, mengapa masih tidak stabil?

Kata doktor, Blood Pressure saya sudden increase, sudden drop. So, it will influence my balance. Ok. Terima. Cuma, kenapa saya? Mesti ada reason untuk segala ke’sudden’an itu. Tidak puas hati. Tak apa kalau begitu, cuma saya mahu alasan. Mengapa seorang gadis 21 tahun boleh terkena itu dan saya tidaklah terlalu gemuk atau terlalu kurus. Hanya mengapa.

Kaki saya masih tidak baik lagi. Esok, maknanya sudah lima hari. Maknanya kena ke PKP semula. Harapnya tidaklah sampai perlu ke fisioterapi. Hmm~ Ketika cooper test, Dr. Majidah ada memberi surat pelepasan dari menyertai larian itu. Lega, tapi saya harus dan mesti menghabiskan larian sebelum tamat minggu depan. Semoga sudah beransur pulih. Ketika menunggu pelajar lain menghabiskan larian, saya menyertai semua coach yang juga menunggu. Dan topik utama perbincangan, kaki saya! Lucu bukan. Hahahah.

Menurut coach bola tampar, dia menyuruh saya menjalankan fisioterapi. Katanya juga, tahun lepas dia terseliuh bahu. Soft tissue rosak. Jadi fisioterapi selepas itu adalah jalannya dan dia risau saya adalah seperti dia. Senyum. Caring sungguh staff USM. Bangga.

Menurut coach takraw pula, dia menyurus saya berurut. Bimbang urat masuk angin dan ada lendir. (Secara jujur saya masih mencari apa alasan saintifik bagi ayat dan pernyataan ini. Sungguh saya tak faham). Kesungguhan dia menyuruh saya berurut hinggalah dia menunjukkan kesan bengkak kekal setelah lima tahun kecederaan. Tapi di ankle. Saya dilutut. Samakah?

Trainer Senamrobik lain pula ceritanya. Dan saya lupa. Hahaha. Paling seronok apabila coach pingpong sem lepas saya menegur,Encik Nik Nashron yang comel..hahaha.

“Bila kena?”

“Baru je. Dalam 3 hari,”

Setelah saya fikir, rupanya hanya dua ayat itu je saya berborak. Hampeh sungguh! Selebihnya saya banyak tersenyum. Sedih mengenangkan tidak dapat lari bersama. Selalunya saya akan menghabis 2.4 km trek larian itu dalam 17 minit lebih kurang. Kini? Tidak pasti.

Hahaha. Tadi kelas English LSP 300. Seronok. Amat. Terkejut juga melihat guru yang bakal mengajar. Tahu kenapa. Inilah sebabnya. Ketika orientasi zaman lepas, semua pelajar perlu mendaftar secara manual bagi subjek bahasa kursus universiti. Dan ketika itu, ada sedikit kesilapan telah saya buat. Hee~ Dan cikgu ini yang berjaya detect kesilapan itu.

“Benda kecil macam ni pun kamu buat silap,”

Dan saya yang memang blurr innocent hanya pandang. Agaknya dia nampak saya macam berkhayal, lalu dia keluarkan ayat ni.

” I’ll put you in my class. We’ll see then,”

Tak sangka pula saya menjawab begini,

“Im happy to have you as my teacher,”

Gulp! Memamng betul pun. Hee~ Tapi tak pasti dia ingat atau tidak kisah itu. Namun, dia memang guru yang baik. Paling unik, kisah sepuluh sen. Kesnya, saya terus menafikan bahawa pelajar sains tidak kreatif.

“No, I’m not agree!”

“Yes!”

“No”

Selepas itu dia ingin buktikan. Lalu setiap seorang diarahkan keluarkan kertas dan menulis perenggan pertama karangan tentang kepentingan internet. Perkataan yang dimulakan dengan nowadays, a long time agao etc etc semua tak boleh. Itu menujukkan saintifik. Hee~ Dan sepuluh sen saya juga diambil kerana saya menggunakan ‘A long time ago’.

Akhirnya hanya tinggal seorang yang sepuluh sennya tidak diambil. Tapi saya tidak puas hati juga. Ujian menunjukkan saya artistic.

“Sir, may I read my pharagraph. I just want you to clarify wether my words are artistic or more logic as you said,”

“ok,”

“Can i? Now?”

“Yes,”

“A long time ago, I always seeking for reasons to all of my questions. And now, I will never ask for it again and again. Why? That is the role of internet in today’s world. Here I am, a girl that can stand by my own,”

Ok. Tapi perkataan why tu tak sesuai. Hee~ Saya memang artistik pun. Apa nak kata. Hahaha. Well, ayat paling bermakna yang saya terima adalah ini, sungguh membuatkan saya terfikir..itulah ertinya menjadi pelajar.

Mistakes are the sign of my trying

Dan tadi juga saya berjumpa Dr. Zu merangkap doktor ORL (Otorinolaringologi)/ ENT (ear nose and throat) dan juga pensyarah saya. Berceritakan ketidakstabilan saya, Dr. Zu juga sedikit terkejut. Selesai proses history taking, dia membuat appoiment untuk Klinik Vertigo isnin depan. Dan balancing test serta Chaloric test juga yang akan dibuat oleh Encik Adnan yang merupakan bekas MA disitu dan merangkap junior saya kini. Dia menyambung pengajian dalam bidan audio. Hee! Dalam bilik dia tadi juga, saya diuji dengan test serupa seperti Aya dalam one litre of tears. Alhamdulillah, normal. Bermakna, tiada cerebellar problem. Amiin.

Dan untuk vertigo, semoga tidak ada perkara buruk juga.

Sekali lagi, tidak apa untuk sakit.

Advertisements

~ oleh INFINITY di Julai 9, 2008.

5 Respons to “ralat yang normal!”

  1. Salam ziarah..

    alhamdulillah..

    http://topthepop.blogspot.com

    arigator!

  2. nasib baik darah normal..
    kalau x..hehe
    semoga kmu sihat sentiasa 😀

    sayangnya tekanan darah masih tidak normal. terima kasih kerana doakan =)

  3. ok2 boleh..

    blog sudah diubahsuai..

    heheheh..

    arigator

  4. ur name??

    SI COMEL.. hahhahaha

  5. salam..

    hitam itu emas..senang2 dtglah mlwt blog ana yer..

    insyallah, nnt saya add ya link enta =)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: