bola dan aku!

Sudah sampai ke Kubang Kerian. Pagi tadi. Journey yang tidaklah sempurna. Kaki yang cedera. Perasaan yang tak tercerita. Mengapa?

Sepanjang hidup dan memegang title manusia, saya menyedari tiada manusia yang tidak diuji. Cuma tahap ujian adalah berbeza. Kerana apa? Kerana..

Allah tidak menguji hamba-hambaNYA perkara yang tidak mampu dengan kudratnya.

Dan aku juga. Hanya satu hari je tekanan darahku menghampiri normal. Selepas itu naik kembali secara average, 130/90. Tidak meningkat dan juga menurun. Sekalipun begitu, masih. Masih tidak normal. Masih terhuyung-hayang, masih hanyut. Masih sakit senang cerita.

Tidak mengapa. Sedapkan hati juga, bukankah DIA tidak akan menguji perkara yang tidak mampu? Senyum. 4 hari di rumah lebih banyak kepada berehat. Jika stress adalah punca, sepatutnya sudah bertukar normal. Namun masih tidak. Tidak apa. Pujuk hati lagi.

Semalam, paginya adik mengajak bermain futsal. Sekolah dia adakan karnival demi mengutip dana membuat jalan berbumbung. Entah apa. Hati saya akan teruja untuk bermain sukan, apatah lagi permainan yang boleh dikatakan jarang dimain. Adik kata lagi, hanya pemain simpanan. Hehe. Siapa nak dengar? Ayah tidak pula melarang, maka jawabnya bolehlah. Ada juga terfikir, tidak seimbang begini, masih bolehkah?

Namun, saya hanya gadis berusia 21 tahun. Sungguh bukan saya jika hanya melihat tanpa bermain apa-apa. Juga bukan saya menjadi seorang yang pasif. Saya walaupun asthma, masih kuat berlari. Saya sekalipun migrain, masih mampu bertahan. Dengan hanya satu prinsip.

Sakit bukan alasan mutlak!

Tidak sampai lima minit. Sungguh saya tidak tipu! Ketika saya memegang title sebagai keeper ingin menendang bola, saya jatuh. Jatuh! Sakit. Dan saya hanya mampu melihat lutut saya menggeletar. Ketika ada student bertanyakan saya ok dan cuba memegang, kuat pula saya menjerit,

“Jangan sentuh!”

“Tak ok ni, kita angkat ye?”

“Tak apa. Saya ok. Jangan angkat. Biarkan saya dulu dan jangan sentuh lutut saya,”

Saya tidak pernah jatuh begitu, juga tidak pernah rasa sesakit itu. Ketika sakit begitu, otak saya masih sempat berfikir bagaimana fisiologi badan berfiungsi ketika cedera. Dan apa yang bakal cedera di dalam kerana tidak ada satu calar pun pada lutut saya.

“Adik ok tak ni?”

Adik? Mungkin kerana saya bertubuh kecil lalu disangka pelajar juga.

“Awak form berapa?,”

“five?”

“Akak dah 22 dah,”

“Sorry. Saya ingat student,”

“Tak apa,”

Mengejutkan. Tidak lama selepas itu, adik saya disepak pasukan lawan. Berderau darah saya. Lupa sekejap lutut yang sakit, berkejar ke arah dia. Saya nampak dia hampir menangis, dan saya mengarahkan juga jangan disentuh ankle dia. Perlahan saya cuba mencari punca, dari sendi ke tulang ke otot. Mungkin tidak patah. Paling teruk, retak sahaja.

Yang paling menjengkelkan adalah manusia yang menyepak dia. Tanpa ada satu ucapan maaf, bahkan membiarkan adik saya dan terus bermain. Manusia apakah ini? Tidak bertimbang rasa dan berbudi bahasa! Memang bukan salah dia. Semuanya tanpa sengaja. Tapi apalah salahnya? Tanpa jenguk walau sekerling. Geleng kepala.

Sekolah dia juga satu masalah. Sehebat-hebat sekolah, tak ada pasukan PBSM di padang? Akhirnya, kawan-kawan adik saya memapah dia ke bilik guru. Berulangkali adik saya memberitahu jangan diberitahu ayah. Tapi, tiada tindakan langsung dari pihak sekolah! Dengan kaki makin membengkak, mahu atau tidak, paksa atau rela. Terpaksa juga. Ayah terkejut ingatkan saya yang jatuh (dalam erti kata lain, saya tidak memberitahu yang saya jatuh. Kalau dia terbacakan blog ini..hee~)

Akhirnya ke klinik juga. XRay dibuat, mujur. Hanya otot saja yang cedera. Selebihnya, normal. Dan petang kaki saya pula tidak mampu berjalan normal. Solat sekadar berdiri dan rukuk. Tidak mampu untuk sujud. Menginjak malam, langsung tidak boleh bertampung beban di kaki kanan. Aduhai. Ketika diatas bas, saya melihat emak dan adik di bawah. Pertama kali saya meminta bantuan ayah memasukkan semua bagasi. Pertama kali saya tidak mahu pulang sangat. Dan pertama kali saya menangis di atas bas kerana sebab begini.

Semakin kuat denyutan. Tidak boleh duduk selain dari berlunjur biasa. Lenguh. Dan saya muskil saya tidak boleh berjalan masuk ke USM esok. Dan saya menghantar pesan pada Azah meminta jasa baiknya mengambil saya. Dia terkejut dan begitu emaknya. Haish, bas kali ini menghala ke Tumpat, ke Pengkalan Kubur dan paling menarik ada sekatan polis meminta IC. Mantap! Juga pertama kali begini.

Ketika sampai saya tertidur. Melaung si pakcik bas, barulah saya tersedar. Berulangkali saya meminta maaf. Dan apabila dia melihat saya seksa meneruskan langkah, suara dia perlahankan. Bersalah barangkali, dan itu bukan salah dia..=)

“Bakpo kelik jugok doh kaki sakit?”

“Kuliah start dah kejap lagi. Sakit kaki je. Maaf ye,”

Senyum.

Hajatnya ingin menelefon Azah, tapi baru pukul 5. Kesian dia. Tak apa. Perlahan-lahan. Masa masih panjang. Berdikit-dikit. Sesekali terberhenti. Dalam hati habis memujuk. Menangis juga.

Tidak apa untuk sakit. Tak apa juga tekanan darah tinggi. Sakit kaki juga tak apa. Orang lain lagi teruk. Dulu boleh jalan laju, sekarang tak boleh. Belajar terima hakikat. Tak boleh jalan laju, jalan perlahan. Kalau sakit, berhanti kejap. Kalau nak menangis pun, tak apa. Hati tu kuatkan. Sakit kaki je. Sikit sangat. Bukan lumpuh pun, kan?

 Sepanjang berjalan begitu. Sedikit-sedikit. Sampai juga. Jika tidak, saya tidak boleh menulis entry ni sekarang. Senyum lagi. Kejap lagi ada kelas. Tapi ke klinik barangkali dahulu. Keputusan ujian darah, dan mungkin XRay. Tidak mengapa.

Hati masih kuat, kan? =)

Advertisements

~ oleh INFINITY di Julai 6, 2008.

3 Respons to “bola dan aku!”

  1. main futsal?hehe
    memang sakit bukan alasan mutlak, tapi jangan sampai memudaratkan diri lor. kankan.
    *sakit tu lumrah bila bersukan

    huu..kalau sakit sebab main bola, ade consideration boleh diambil kira. Sayangnya jatuh sebab unstable, terkilan sedikit. hee~ yup, lepas ni kena lebih berhati2. arigator =)

  2. hey. thanks for visiting and adding my blog to ur blogroll. 🙂

    saja nak buat bacaan time stress..hee!

  3. […] lagi tak bagi. Survival. Be strong. Oh! Berjalan kaki sendirian esok  mengingatkan aku dengan ini, Ogos tahun lepas permulaan kisah AC ligamen yang putus dua. […]

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: