130/80!

Bismillahirrahmanirrahim!

Dan mulakan dengan puji memuji kehadrat ilahi. Dengan limpah kurnianya, masih lagi aku menghirup udara segar ini. (err..dalam rumah dikira udara segar tak??)

Hehehe!

Hem..semalam ke klinik lagi. Macam satu rutin wajib pula bercuti kali ini. Sekali lagi syukur daku panjatkan, sudah berturun ke 130/80. Normal!!! Ye ke?? err..menghampiri normal patutnya! Apa-apalah!

Alhamdulillah

Ketika melangkah masuk ke Klinik Jaswant semalam,ada satu kepelikkan berjumpa dengan doktor berbangsa sikh (macam ni ke ejanya?), eh dia sudah tidak memakai turban? Hee~ sudah lama tak jumpa doktor ni, dan biasanya kalau jumpa dia dah agak..tak ada benda lain melainkan asthma. hehehehe!

Dan berulang dia berkata ketika daku menyatakan apa masalahnya..”ini tidak baik,”

Memanglah tak baik, nak baik apanya kalau tekanan darah tinggi. Hee~ Tapi, yang pasti dia memang doktor yang baik dan banyak pula pengalaman. (dan tulisan yang hodoh! huu..bukankah hampir semua doktor begitu??)

“Haa, darah kamu sudah turun ni. Stress kot,”

Senyum. Lega. Alhamdulillah.

“Tapi, kenapa saya tak stabil lagi?”

Yang ni saya jadi takut dengar.

“Kalau macam tu, kena buat further medical check up la. Takut penyakit lain. Banyak lagi benda nak kena buat, scan, ultrasound, MRI, XRay..etc..etc,”

Gulp!

Ayah menyampuk, “macam tu doktor buat surat sikitlah,”

“Nak rujuk mana?”

“HUSM,”

Memang doktor yang baik. Cepat dia menulis..(sampai memang saya tak boleh baca. Saya suruh kakak saya yang nurse baca pun tak pasti apa. hmm~ patutnya nurse dah biasa dengan tulisan doktor kan? er..kata kakak, “tulisan doktor along cantik je,” hahhaha!)

hanya dua patah je saya paham..

physician concerned..dan cop terakhir dari dr. jaswant. huu~

tunggu result darah nanti. Haish! stabillah cepat…nak ke kelas banyak tangga nak kena panjat. Mampukah? tolonglah sembuh awal..T-T

 

Advertisements

~ oleh INFINITY di Julai 4, 2008.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: