Ini cerita panjang!

Bagai sudah berbulan rasanya tidak menulis. Lama juga sebenarnya terperuk di Pusat Minda itu. Pagi hinggalah ke petang membuat penerangan, kemudian malam tidur kepenatan. Itulah rutinnya semenjak dua ni.

Dan masih ada perkara yang sangat tidak tersangka akal kecilku ini. (Rasanya, saya ingin menggunakan aku, kerana saya ingin bercerita. Bercerita tentang hati)

Bermula bila saya terpaksa berangkat ke pusat minda sendiri kerana menguruskan penempatan yang masih belum selesai hingga ke saat ini. Apapun saya akan menguruskannya esok. Dan walau apapun saya akan cuba bertenang! Jangan stress! Kerana stress bukan sahaja merosakkan minda, fizikalku kelak mungkin terjejas. Sungguh, stress bukan hanya satu perkataan kecil.Kerana impaknya besar!

Ketika terpaksa ke Besut seorang diri, saya seolah tahu bagaimana untuk menunggu bas. Rupanya memang saya silap. Sekalipun begitu, mulut saya ringan untuk bertanya di mana yang sepatutnya, dan sungguh saya tahu selepas itu. Namun begitulah hidup. Segalanya mungkin. Elok saya menunggu, bas pula tidak berhenti. Panas sungguh hati ketika itu. Tapi, saya takut saya yang tersilap sebenarnya. Jadi saya berpatah balik ke stesen semula. Bertanya juga. Memang tidak silap. Akhirnya saya membuat kerja berulang. Menunggu. Masa sepatutnya sejam, sudah menjadi dua. Dan tiga apabila bas kedua juga tidak berhenti. Memang ingin menyumpah saat itu.

Sudahnya saya mengambil bas ke Kota Bharu, dari sana ambil bas lain pula. Dari sepatutnya sampai pukul 11 pagi, sudah tenggelam ke 530 petang. Sepanjang berulang alik, saya seolah bertabah hati. Namun sungguh pelakon berjaya, padahal sepanjang perjalanan saya menangis. Geram. marah. Sakit hati dan terasa lemah! Dan sepanjang perjalanan ke Besut, saya termenung dalam marah. Saya cuai atau pemandu bas tidak bertimbang rasa.

Dan apabila sampai ke muka pintu hotel, saya tidak boleh langsung tersenyum. Lalu saya mandi, kerana teringatkan pesan nabi apabila marah. Saya jadi salahkan diri sendiri kerana azah dan ika tidak dapat ke pantai. Kerana saya. Memang saya ni penyusah yang berjaya…

Saya juga pelupa yang berjaya, dan selepas itu saya tersenyum. Bergelak ketawa semula. Dan saya dapat menjaga pusat minda itu dengan jayanya. Jayanya? hmm~ iya ke? hee~ Entahlah. Ketika di sana, saya juga banyak membaca buku-buku tentang otak. Dan paling menarik adalah Limbic System manusia dan haiwan yang tiada beza. Sebab itu kambing pun sedih. Kambing juga lapar! Saya terkagum sebentar. Dan rasa yang ingin tahu dan jarang berpuas hati saya ini mengundang pelbagai persolan. Betulkah? Lalu saya menghantar pesanan kepada profesor saya, meminta kebenaran untuk memotong secara sagital kepada seketul otak kambing yang terdapat di stesen. Menakjubkan bila…

OK! Good idea!

Apa lagi. peluang keemasan. Dengan penuh gaya berhati-hati saya membelah otak kambing tersebut. Hee ada gaya doktor tak? (bak kata Ika, gaya bini doktor pun tak ada. Hahahaha) Memang menakjubkan. Memang tiada beza. Maha suci tuhan! Walaubagaimanapun, ‘pembedahan’ tersebut terpaksa dibuat secepat mungkin. Dek kerana formalin yang menyengat-nyegat hidung! Sakit amat. Takut ditriggernya lelahku yang telah lama tidak kunjung tiba.

Menjaga di stesen ini menarik juga. Selain letih, ragam manusia juga banyak. Dari yang ingin tahu, hinggalah menguji sejauh mana pengetahuanku. Aduhai. Tidak apa lagi kalau ingin menguji lalu memberi input, tapi kalau setakat menguji dan ingin melihat daku terdiam. Aduhai, itu melampau. Namun kecoolan yang nyata amat membantu. Hehehehe =)

Hmm. Ada dua gambar yang seronok untuk dikongsi di sini. Tu ha, gambar kat bawah tu. Gambar inilah yang paling banyak menarik perhatian ramai orang. Apa tidaknya, mayat sebenar berada di atas meja. Mau tidak teruja. Dan soalan yang lazim ditanya, “manusia betulke?”, “Dari mana?”, “ish, kesiannya,”

Apalah boleh dibuat. Sudah takdirnya begitu. Emm, jawapnnya, manusia ini dari negara India. Dan dia lelaki. Itu sahaja perkhabaran beritanya yang saya tahu. Bagi pengunjung mungkin bahagian depan yang menarik minat, tapi bagi saya bahagian otaknya lebih penting untuk diketahui. Betul tak? Perlu ke tahu bilangan jerawat yang ada daripada mengetahui lipatan manakah yang menentu pintar? Seperti biasa, persepsi manusia berbeza. Bergantunglah bagaimana yang difikirkan.

Apabila berlaku kelahiran, maka penggantinya adalah pemergian. Ketika sedang nyenyak saya tidur, ayah menelefon. Pelik. Ayah membawa prkhabaran nenek saya sudah kembali kerahmatullah. Innalillah. Terkedu sekali lagi. Saya baru berbual dengannya dua hari lepas.

Saya bergegas bersiap. Dan sekali lagi mencari tiket bas. Allah juga permudahkan. Hanya ada satu tiket untuk semua perjalanan bas hari itu. Bahkan, hanya tinggal 30 minit saja lagi. Ketika sampai, saya masih tidak pergi melihat. Saya menunggu ketibaan keluarga saya dari Selangor. Sungguh saya tidak biasa berdepan dengan situasi begini. Dan kemudian semuanya sampai.

Pertama kali saya mencium jenazah. Inilah satu-satunya nenek yang suka mencium saya. Dan kini tidak lagi. Ketika jenazahnya boleh dilihat buat kali terakhir, saya pergi menciumnya. Sejuk, dan saya hanya berbisik namanya. Saya juga hanya mampu mencium sekali, kerana tidak mahu air mata tertitis. Pergilah sudah satu ahli keluarga.

Dari situ saya menghitung dan berfikir. Sudah mengerti saya dengan hukum dunia. Ada kelahiran maka ada pula yang berangkat pergi. Ketika itu, memang sepupu saya baru melahirkan bayi sulungnya. Dunia itu adil, walaupun ramai memarahi kerana terasa kejam. Dan saya mula mengerti, ya..saya sudah dewasa untuk menilai hukum alam.

3 hari sudah saya dikejutkan dengan bacaan tekanan darah saya. 160/100! Sungguh saya takut! Tapi, untuk berlagak biasa bukan susah. Masih boleh ketawa, tapi dalam masa yang sama hati tetap bergendang bimbang!

Saya salin semula nukilan ketika saya agak takut tadi. English saya memang hampeh. Hahaha..~

My hand’s shakin’. I can’t write proper. Yesterday my blood presure was 160/100. It’s too high and da day before yesterday was 145/90. It’s increasing!!! I’m extremely scared! Today, i’ve to check it again. Up to now, i didnt feel any improvement. My heart’s still beating faster. I can even measure the beating heart by concentrating the ‘dupdap’ sound! Yes, i do can feel it!

Now, I’m doing a test for people for bodily kinestatic intelligence. Unfortunately, Icant take the ball that fall down. Any movement from my leg can causing me to be imbalance. My hand still shaking so i cant do the straight line for the result.

Itulah antara yang saya tulis, malas nak taip selebihnya. Ketika saya runsing yang amat, saya bercerita kepada dr. Adz. Dr Adz., anda memang layak jadi doktorlah. Saya salute! Terima kasih. Sedikit sebanyak saya lega sedikit. Walaupun sedikit, seolah-olah saya sedang mengadu dengan seorang doktor yang setia mendengar. Teruskan menjadi doktor yang baik ya! Pesakit seperti saya akan selalu menghargai!

Ketika saya ke hospital tadi, banyak sungguh kemalangan yang berlaku. Saya hanya terdiam melihatkan doktor yang berlari ke hulur-kehilir. Bagai tidak cukup kaki dan tangan, juga tidak mencukupi kakitangan. Mulia sungguh menjadi seorang doktor, namun dewasa ini kerap sudah nama mulia itu dicemari. Kerana tragedilah, bisneslah, itulah inilah. Entahlah!

Saya ada menyimpan cita-cita, apabila saya habis pengajian empat tahun ini, saya ingin mulakan semula pengajian perubatan. Kerana saya selalu sakit, dan saya faham perasaan sakit itu. Dapat atau tidak, itu masih cita-cita!

 

 

<—— inilah yang dinamakan bosan!

 

 

 

 

 

 

Advertisements

~ oleh INFINITY di Julai 1, 2008.

2 Respons to “Ini cerita panjang!”

  1. salam ziarah…
    oho student medic gak ek…
    sama ngn adz…
    neway thnks lawat YT!
    anda telah dilinkkan…

    thanx lawat. tak2..saya bukan medic. saya sains kesihatan, audiologi..=)

  2. Owh..takde pape la pasal semalam tu huda. 🙂 Semoga dah ok, jangan stress-stress. Yang jawab dekat huda semalam anonymously tu mak sy sebenarnya, heheh. Saya rasa la, haha.

    iye?? saya baru bukak blog mak dr. adz tu. Mujur tulis mama, mula2 teka je..lepas click, betul rupanya..hee~ arigator. Send my an everest of thanx to her. saya copy doa tu..=)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: