hurm!

dua kali taip. tak tersave! Sabar!

Tadi ke pejabat desa. Sedih amat. kecewa juga!

Saya ditempatkan ke blok B. 6 orang sebilik. Sungguh saya tidak mahu! Bilik yang bakal berserabut. Ya Allah permudahkanlah!

Saya turun naik membawa turun barang. Saya kepejabat desa juga, ingin memulangkan kunci. Disamping itu memohon bilik yang dinyatakan. Ketika itulah saya diberitahu supaya ke blok B. Saya ditempatkan disitu. Muka saya yang tidak reti menipu pastinya memberikan jawapan betapa saya tidak mahu ke sana. Dalam hati tidak putus berharap

Ya Allah permudahkanlah urusan duniaku!

Saya tahu juga, kalau rezekinya begitu, pasti ada yang terbaik. Namun untuk itu, sungguh saya berharap takdirnya adalah seperti yang saya harapkan. Setakat ini rasanya tidak mampu berhadapan dengan manusia seramai itu di dalam bilik. Tiada privacy dan susah untuk study pastinya.

Nmaun, saya terus merayu juga sebentar tadi. =) Saya ke pejabat desasiswa pagi tadi. Berjumpa dengan kakitangan desa.

“Awak saya tempatkan di blok B sem depan. Kita kena kosongkan blok ni untuk pelajar baru,”

Terdiam. Tersenyap juga.Tidak mahu! Sungguh tidak mahu! Saya berungkali merayu mengharap dia tukarkan kepetusannya. Namun saya tahu, encik ini baik. Hari itu dia meletakkan penempatan saya ke 011. Saya tidak merayu apapun. Dan saya tahu, kali ini juga dia tentukan atas desakan keadaan. Cuma saya berharap ada keajaiban untuk saya.

“Kalau awak nak tunggu, tunggu dulu. Macam mana?”

Saya memilih menunggu dulu. Namun saya dapat lihat dia melihat kesungguhan saya.

“Ambil dululah bilik 011 ni. Kalau ada perubahan saya telefon. No telefon? Tak pun awak datang je petang ni,”

Petang ni? Saya sudah ke Besut encik. Lalu dia terus mengambil no fon saya. Harapnya sungguh ada perubahan.

p/s: 9hari ke Besut. Mungkin tidak beronline selama itu. Doakan saya mendapat bilik yang saya inginkan ya =)

Advertisements

~ oleh INFINITY di Jun 22, 2008.

2 Respons to “hurm!”

  1. Ramainya orang satu bilik. Macam asrama sekolah pulak. Saya tiga org pun tak tahan, inikan enam. Kalau 2 memang oklah, klu seorang2 tu tengoklah, kdg2 sunyi kdg2 seronok ade privacy.

    Anyway sy dah letak entry pasal kanak2 russian kat blog, seperti yg dijanjikan dulu. lambat sikit, tapi dah ade dah. jemputlah bertandang bila dah balik dari besut.

    dr. adz baik betul. anyway, arigator gozaimas. sekarang juga saya bertandang! ni baru je balik dr besut! hee..syukran2!

  2. walaupun saya tak berapa paham sangat dengan cerita ni tapi yang pasti saya doakan agar kmu dpt bilik yang diinginkan tu ye..
    pss..apelaa bilik yg diarisenja inginkan tu ye?hehe

    bilik yang tak adelah selesa, tapi tidaklah sampai enam orang sebilik..hee~

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: