.:DiariSenja:.[novel]pg2

(Episod 2)

Aku memandang satu persatu setiap bait skrip ‘blood circulation’ hasil nukilan pelajar-pelajar aku. Memang benar-benar menaikkan suhu darah. Serasa berputus asa aku mengajar begini. Dari A sampai Z aku terangkan. Penuh kasih sayang aku mengulang-ngulang. Mereka-mereka ini memang menaikkan darah aku yang cukup menyirap. Pantas aku bangun mencari posisi lebih selamat untuk meredakan tekanan. SPM hanya tinggal beberapa bulan. Layaknya hanya lima bulan lagi.Apa yang mereka buat? Ya Allah!

Aku tidak mahu dipersalahkan untuk itu. Sebagai guru baru, aku sudah berusaha sebaik mungkin. Sebaiknya. Aku bersabar untuk setiap kerenah mereka. Azizi yang banyak cerita, Amin yang kuat tidur, Salman yang menggerikan dan yang paling menduga kesabaranku, Amir. Satu-satu pelajar yang tidak dapat aku baca naluri hatinya. Beginikah guru? Maka beginilah aku.

Letih.

Perkataan itu aku cuba buang sejauhnya. Namun, melihat skrip-skrip jawapan yang bertaburan melemaskan aku. Bagaimana lagi? Bagaiman lagi kamu mahu cikgu membantu? Terasa air panas mengalir di pipiku. Pertama kali selepas empat bulan bertahan aku menangis. Hari ini benar-benar menyakitkan. Lemahnya aku menangis, tapi aku izinkan untuk menjadi lemah seketika.

Deringan telefon bimbitku menghentikan sebentar jujuran air mata ini. Pantas aku melihat skrin. Terkelip-kelip nama cikgu Haris terpapar. Apa lagi dia mahu? Aku yakin jika aku melupakan hasrat mengangkat, dia akan terus mendail. Mengelakkan lagi banyak bicara, aku mengangkat jua dalam paksa.

“Hmm,”

“Hmm?”

“Kamu nak apa Har? Saya sibuk ni,”

Harapanku hanya satu saat itu. Kefahaman dia tentang situasi aku. Dan, kemurahan hatinya menghentikan perbualan.

“Sound bad, hah?”

Bodoh! Tidak fahamkah?

“Get worse if you still keep on trouble me. Please, I need time to complete menanda jawapan. Ini bukan masa sesuai saya nak bertelagah dengan kamu, Har!”

“Do I say so? Hey, your voice. Kenapa?”

Argh! Selagi dia tidak berpuas hati, selagi itulah dia tidak berhenti. Tidak akan berhenti dan aku pasti itu.

“Saya menangis sekarang dan kerana itu suara saya lain. Saya tertekan tengok markah anak murid saya. Saya cuba menanda skrip jawapan mereka penuh hati-hati. Kamu faham dan boleh kamu meletak telefon sekarang, Har?”

Senyap. Aku ikut terkedu.

“Ok. I f you need to be depends on, you have me,”

Klik. Lega dan tertanya. Tidak pernah dia begitu. Gasaklah kamu, Haris. Aku ada perkara yang lebih penting dan perlu dilakukan. Lega juga ya berkata benar. Barangkali kalau aku terus mengelak tadi, sampai saat ini mungkin dia kekal bertanya. Lelaki itu benar merimaskan, tapi ketidaannya membuatkan dunia aku juga terkadang sepi.

Rindu? Mungkin. Cinta? Sama sekali tidak!

 

Advertisements

~ oleh INFINITY di Jun 14, 2008.

2 Respons to “.:DiariSenja:.[novel]pg2”

  1. Bagus sekali…

    terima kasih banyak =)

  2. huda..sambungla lagi bila ada masa. so far, ceritanya cantik tersusun. mantap!

    hakhakhak..cite dah tukar. takleh guna ‘aku’, kena guna kata ganti nama ketiga..hee~

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: